mari ikuti blog ini....

Friday, March 2, 2012

Apek!!!

Sudah masuk Mac 2012. Baru saya nak curi masa untuk blog ini. seperti yang pernah cakap sebelum ini, bukanlah malas atau tidak punya masa. Cuma bila tiba saat untu blog ini, otak jadi kosong. Mungkin kerana asyik berkarya je.(kata kau!). Hampir sepanjang masa saya perlu perah otak untuk ketuk-ketuk story. Nak share kisah artis pun tak best. Nnti anda semua tak beli pula majalah saya. penat kot nak buat. Tunggu HAI 20 Mac k. I suke covernya. (walaupun storynye belum buat).

Ok, dh tiba mode malas. Tak sabar nak berbadminton malam ini. dengan raket baru. Esok mahu tidur sepanjang hari dan ahad akan menemani kak long membeli barang. (barang ape ntah).

Sebenarnya skrang saya sangat rindu pada Izzat. Tapi mak saya cakap tunggu nnti ke Melaka sama-sama. Konon2 sabtu nak terjah melaka. Tapi tak jadi la kot. Tunggu ke sana bersama mak. Semoga izzat masih kenal pak su bile jumpa nnti. Lama sangat tak jumpa ni.

-sambung pura-pura depan pc. Apek!!!!!
-boss suh saya g kelantan. cmne tu??

Friday, January 13, 2012

hate me!

i dont really like myself rite now

Tuesday, November 29, 2011

CHM...setelah sekian lama

Lama sangat tak buat CHM. Atau saya pernah cakap tak mahu CHM lg. Atau mungkin dh mmg tak CHM. Sedih. Ok, kali ini ade sedikit CHM. Mari...

CHM kali ini mula awal skit sbb saya amik cuti hari jumaat. Konon nak bangun lambat. Tp awal juga. Tgh hari saya keluar ke ferenheit 88 dgnn semangat waja. Ade branded sales katenye. Gigih beratur selama satu jam utk menyaksikan jualan tersebut. Bukan main teruja lagi. Alih2 bila dh masuk, hadooooo...langsung tidak memberangsangkan. Untuk ladies maybe yes, sbb banyak barang wanita. Utk saya? Errrmmm...beratur satu jam, n masuk less than 10 mins. Ok, keluar!

Singgah isi perut di a&w sekejap. N ade drama pulak sebelum makan. Malas nak layan sgt drama itu. Saya harap awak ok sahaja. Jgn nak nangis2 k. I'm always here for u. Eh eh..

Habis makan, menonton wayang pula. Immortals. Keji2 sambil tgk wayang. Malas nak komen sgt. Yang penting selamat kami tidak di baling dek kerana suara kuat seorang itu. Kami? Oh, lupa nak bgtau ahli CHM. Errrmmmm... Saya dan mereka.

Abis wayang, isi perut lagi dan terus ke down town cheras. Akhirnya beli jugak baju kat leha. Cantik2. Mak saya pun suka. Selesai down town, ade ujian vokal pula. Ok, spt nak pecah suara. Penat dah. Abis tu, terus pulang. Sume muka cam haram dh tahan ngantuk. Saya tetap gigih memandu. Sekian hari jumaat.

Sabtu bangun awal jugak. Biasa2 je la waktunya. Kemudian kerelina call ajak ke wangsa maju cari rumah. Yesss..gigih mengikut. Petang balik umah, mandi2 dan keluar semula bersama keri n rijal. Kembali ke pavi. Mahu makan tenpayaki katanye. Sedap2!!!! Suke!!! Selesai makan, ade ujian suara lagi. Sgt gigih. Balik jam 2 tanpa menghiraukan esok mahu bangun awal.

Ahad memang kene bangun awal. Siap2, amik mak di shah alam, n zassss..balik palong. Tak perlu la cite hal di palong. Spt biasa, soalan bila mahu kawen wajib ade. Saya suka jawaban mak saya. Mak saya mmg bijak back up. Hahahah...

Isnin, tgh hari gerak semula ke shah alam. Jalan dalam keadaan hujan. Alhamdulillah selamat sampai. Balik bangi, mandi2 n keluar lagi. Doa selamat UPU pulak. Tak de maknenye doa selamat. Majlis makan2 sahaja. Kenyang..sedap dayah masak... Lepas makan2 dgn UPU, sambung minum di fariz maju pula. Tetap pulang rumah jal 1 lebih. ZzzzzZzZzzz.....

Now, di ofis la. Blogging jap before gigih kerja. Weekend lps yg sangat gigih. Hujung minggu akan datang pun saya perlu gigih. Yeaaahhh!!!! Penang n taiping pula. Jom....

Friday, November 18, 2011

Please say YES!

Di kala kesempitan masa, sempat jua menghadap blog yang setia ni. eh, memamg lah setia. Kalau dia ada kaki pun sudah pasti dia akan lari jauh-jauh. (saya taip ni dalam Words. Atas ni ada story anuar zain yg dari semalam tak siap-siap).

Bila update blog sah2 keje ko tgh merengse kan. Yeahhh. Tgh konfius. Mahu fokus pada yang satu atau mungkin mencuba dua dalam satu. Orang cakap tak baik kita tamak nak amik semua. Tapi yang satu ini belum tentu memberi kepastian. I kan memang tak suka tunggu-tunggu ni. dalam hidup i kena ada pasti YA atau TIDAK!

So, sekarang i nak cari kepastian dalam hidup. Iaitu menyiapkan kerja i sebelum mak hayam i letak surat berambus atas meja i ni... sekian. I nak pura-pura rajin depan pc sehingga jam 6 ptg. Malam ini Muzik-muzik semi final. Tgk di rumah mungkin lebih baik.

Thursday, November 10, 2011

Terima kasih kalian

Hati tidak keruan entah kenapa. Akal tidak dapat menafsir apa kata hati. Adakah sistem ini tidak lagi berfungsi untuk menterjemahkan apakah tidakan yang wajar. Susah bila akan dan hati tidak selari. Takut nanti tersungkur pabila melangkah. Pincang pabila berkata atau mungkin kabur pandangan bila melihat.

Penat. Memang penat. Semua serba tak kena. Gelap. Tak nampak sebarang cahaya di hadapan. Maka, mana jalan untuk melangkah. Takut untuk ke kiri dan kanan belum tentu ada pasti.

Setakat ini saya masih tersenyum. Di sisi teman-teman. Gelak ketawa dan riang. Syukur ada mereka. Terima kasih kalian.

Bicara soal hati. Biarlah sendiri je yang tahu. Eh, kalau dah masuk soal hati ni jgn nak skema sgt..errrrmmm... I tak tahu la skrang ni. Ye2, memang I mudah suka kat orang. Awak pegang tangan pun, saya boleh jatuh cinta. Tapi saya tak de kuasa nak baca hati awak. So, saya tak tahu apa yg awak rasa. Kalau ini permainan awak, saya tak main sgt main2 game cinta ni. Kalau stupid zombie or jewels bleh la. Tolonglah awak.

Mungkin silap saya suka sangat kat awak. Tapi awak pun beri jalan yg selesa utk saya pada awal nya. Saya tak tahu ape maksud segala apa yang telah berlaku. Harap2 bukanlah sekadar permainan awak utk kelebihan diri awak.

Ok, setakat ini, keputusan saya adalah untuk berundur. Sebelum saya makan hati, baik saya makan nasi. Takut nnti saya yang rengse. Padan muka sendiri.

Kalau awak sayang saya, bahagianya saya. Tapi saya pasti macam tak mungkin je.

Awak jaga diri baik2.

Monday, October 3, 2011

TEGUH!

Mengantuk yang teramat sangat ni. Sehingga terlelap seketika tadi. Saya yakin ini adalah akibat gangguan tido malam tadi. Kerana semput dan rasa nak demam, maka badan rasa sejuk yang teramat sangat. Bukak kipas slow je, pastu tak pusingkan (satu hala je). Kiranya kipas dinding je. Hahahah...(ok bos lalu).

Ketika bergelut dengan kesakitan malam tadi, sempat terfikir untuk MC hari ini. tapi pagi tadi terjaga dan rasa mcm sihat je. So tak jadi la nak g MC. Siap-siap dan terus berkhidmat untuk negara. Pagi-pagi tadi juga dengar dua orang housemate saya memekak. Entah isu apa yang mereka bincangkan, saya sendiri tidak tahu. Bising bangat!!!! Apa kan daya, tahan sahaja dan sambung tidur buat seketika.

Ok, mata dah hilang sedikit rasa mengantuk. So mahu sambung buat story Heechul. Tu stroy yang aku buat dari pagi tak siap-siap.

Sekian.

dan kemudian hujan turun membasahi bumi. ok, ini mungkin mengundang mengantuk kembali. TEGUH!

Thursday, September 29, 2011

Bersatu...

Betul org cakap sebenarnya bekerja dengan otak lebih penat. Apa lagi utk memikirkan pelbagai macam perkara. Bukanlah masalah kerja sangat. Alhamdulillah, now keje ok sahaja. Semua berjalan lancar.

Tapi yang kurang memberangsangakn ialah apabila perkara-perkara lain yg asyik nak menguji tahap pemikiran ni. Kadang-kadang bukanlah penting sangat. Tapi kalau asyik menerpa dalam otak, penat den nak fikirkan.

Hati dan akal tidak bersatu membentuk satu rasa. Waahhhhh.... Ayat nak over je. Betul la. Serabut bila rasa macam ni.

Boleh tak lupakan seketika semua itu dan lakukan apa sahaja yg di depan mata.

**cantik layout baru org buat ni. org saja je suka2. errmmm...dah lama tak ber'org'....errmmm....