mari ikuti blog ini....

Thursday, October 28, 2010

Bulan Purnama Malam

Mari curi masa untuk blog ini sekejap. Tak yah nak curik masa lah, bukan ada keje sgt nak buat. Walau ada kerja ko yg malas nak buat kan. Ye2. angguk kan sahaja.ok, jgn nak marah i merepek dalam blog ini atau u olss nak cakap i selalu berangan menulis. Tolong lah faham situasi i yang memang kerja untuk berkarya sepanjang masa.Jadi dalam blog inilah i nk merepek dan merapu. Dalam bekerja i kena fokus dan menggunakan ayat2 yang betul serta susunan tatabahasa yang tepat. Tak boleh nak buat seperti ini. Sekali lagi i nak cakap, blog adalah tempat i merepek dan merapu juga memasang angan2. i rasa seperti bebas untuk ketuk2 pada papan kekunci ini.

Semalam i sgt kecewa dengan mutu tidur i. semalam adalah waktu paling awal i masuk tido. Lebih kurang jam 11 i dah tido. Konon berangan yang i akan tido lama. Tapi jam 12 lebih ada pulak yang mengganggu i tdo. I memang down. Apa kan daya demi....maka gigihkan sahaja....

Malam semalam jugak BB i tetibe buat hal. I off n i on kan semula. Tanpa i sedari waktu pada jam hp tidak selari dengan waktu sebenar. maka akibatnya pagi tadi terlambat la i bgn untuk kerja. Lambat lite2 jah. Bangun tido jam kat bb kul 830 (bgn sebelum alarm berbunyi k), terus la mandi. Lepas mandi i tengok jam di dinding dah jam 9.00. wahhh..setengah jam la i nak mandi. Bukan banyak celah pun i nak cuci kan. Dah lama dalam keadaan pelik baru i sedar jam kat bb salah. Tapi tak la lambat sgt masuk ofis. Mcm biasa je.

Hari ini miss nina tak kerja, apelah die buat kat umah tuh. Ajak i lunch sama, tapi tak boleh sebab i nak keluar mencari ilham berkarya. Kata ko!!!!


Wednesday, October 27, 2010

tasik pura cendana

Mari kita berblog sebentar. Ini lah masa nak update. Selepas selesai deadline dan ada masa untuk goyang punggung atas kerusi goyang ini. Baik, kembali kepada Sang Indah saya perlu berhenti angan2. ye2, i sedar memang ia tak kan jadi kenyataan. Tapi i masih positif die terdelete no i. Cuma masih berharap agar ada keajaiban yang akan berlaku nanti. Bile??

Kita fokus pula kepada Sang Setia. Yang ini tidak lah seindah Sang Indah. Tapi cukup sekadar sedap mata memandang. Ala, dia pun pandang i jugak. So, sama2 memandang la kan. Bukanlah i bertepuk sebelah tangan. Milo ais pun i sanggup walau pun sekadar satu sedutan. Kalau boleh nak order macam-macam lagi. Adakah???

Malam ini atau mungkin kejap lagi i nak bertemu Sang Mantan. Mantan?? Sejak bile lah i jadi kekasih die. Tapi Sang Mantan i memang ramai. Hahahaha.... nina cakap i bitch. Nak ngaku ke tak?? Errrmmmmm....tak la, mane ade. Tak baik cakap i macam tuh.

I pun tahu kenapa hormon gatal i meningkat sekarang ini. Rasa nak menggatal je. Lagi pun rezeki tengah datang, nak buat camne kan. So sementara hormon gatal tgh ada ni baik i menikmati sebelum i bosan dan hanya mahu duduk rumah sahaja.

Ok, sekian terima kasih.

Monday, October 25, 2010

SANG INDAH

Selamat hari isnin. Mari kita mulakan isnin dengan nafas yang panjang dan kesegaran di ATM. I like!!!! Hari sabtu yang lepas hanya sekadar terlantar di rumah dan tidak buat apa2. di tambah lagi dengan hujan, maka lebih enak dan ideal jika tido sepanjang hari. Cume petang membawa ke malam bersama amanda dan housemate di rumah. Makan je kan...

Ahad kali ini agak sedikit best. Sedikit?? Banyak best!!! Ntah kenapa tibe2 rasa nk swimming. Bukan berenang untuk kesihatan. Sekadar rendam2 dan celup2 kaki. I tak tahu camne nak luahkan kat sini. Tak tergambar indahnya ble sang indah menyapa dan meminta no telefon.....HOMAIGOD!!!!

btw, saya dah keje la awak..bukan stdnt lagi....

Bermula dengan pandangan mata, sang indah betul2 buat i tergoda. Dari dalam kolam lagi sang indah dah pandang2, n of course i jugak pandang die. Mungkin takdir die tertinggal barang dan kami sempat berbual. Sang indah mintak my num. Tapi sedeh until now sang indah tak call pun... :(

Mengharapkan keajaiban berlaku.... Sang Indah.

Wednesday, October 20, 2010

say cheese!!!

Walau pun tgh busy i nak curik sikit masa untuk blog. Jgn nak maki i. u olss curik masa FB boleh kan? Ok, actually i baru balik dari bandar diRaja Perak.ada program di sana bersama artis popular tanah air... boleh la popular. Hahahaha...alhamdulillah semunya berjalan lancar dan program semua tamat seperti yang telah dijadualkan.

Semalam masa otw balik singgah tapah untuk lunch. Biasa la kan ble ada artis ramai la nak bergambar. Dan i pun habut la kan sebab mereka memang artis. Tapi ada satu kejadian yg i sentap. Camni...

i ala2 catwalk nk g toilet. Dari jauh i dah nmpk sekumpulan adik2 bertudung memandang i dari jauh. dalam hati i biasa je. Sebab i igt diorg kaget tengok i catwalk kan. Apabila i melintas adik2 yang menggeletis ini tetibe i terdengar “laaa....bukan artis!”

Wahh!!! Kalu i bukan artis u tak nak amik gambar dgn i ke?? Memang la tak nak kan..hahahah.... tapi bile2 difikir2 balik, pada awal2 nye adik tu dah menganggap i artis sebab die memerhatikan i dari jauh. cume ble dekat je baru sedar i bukan la artis. Wahhh..tetap berangan.


Ok, jom kerja.

Friday, October 15, 2010

HOTfm

OMG (seperti iklan dalam HOTfm)..... sangat terkejut dengan luahan rasa kakak besar dalam blognya baru-baru ini. Tak sangka kakak besar yang pemalas asyik nak tidur je tuh telah menaip panjang2 di blognye.. terkesima sebentar dek kerana panjangnya entry die. Pasal luahan pun terkejut gak lite2....

Untuk setakat ini, itulah apa yang kami lalui. Kisah kawan2 yang retak akibat yang tak tahu puncanya. Susah nak salahkan satu pihak. Tapi saya percaya kakak besar tak bersalah (i pun tak salah jugak la).... tapi i rasa memang ktorg tak salah pun. Maybe orang akan cakap ‘org baik tak ngaku baik’. Tapi ape salah kami?? G mampossss!!!!

Apa yang membuatkan kami menjadi kawan baik? Sebab kami tak sama antara satu sama lain. Kami sangat berbeza. Setiap kami ada jalan hidup masing2 dan setiap kami ada cara hidup masing2.

Tapi bile kami bersama, semua itu akan jadi satu. Faham tak??? Ktorng support each other. Kalau jumpa sume ada cerita masing2. dan yang penting kami bukan sekadar bercerita but we share the story. Bab carutan tuh rasanya dah banyak dah dosa kami lakukan sebab mencarut dan memaki sesama sendiri. sebab carutan juga kami jadi lebih rapat. Ko igt ko cantik sgt nak carut2 i ke? (setakat ini yg paling cantik adalah nina)...

Tukar topik jap – nina yang paling cantik sekarang sebab fotoshoot di melaka gamabr die sume cantik...sgt down!!!!

Itulah ktorng. Sape2 yang menyampah dgn kami sila abaikan je.

Sekian.

Hari ini jumaat. Mahu makan dan smbhyang di mana??

Thursday, October 14, 2010

Adie Mitcham

i rasa i nk makan hati sekrang....

camni, sejak akhir2 ni i asik tgk sukan renang je. yela, balik keje yg ade sukan renang je. so tgk je la. pertama syabas buat pandelela (betul la kot). sbb pingat emas. bryan pulak sekadar gangsa. syabas jugak....tp i makan hati melihat mitcham matthew....

kenapa??? u olss google la pasal die....tgk gmbr2 die n pasal die....mau tak makan hati...

sekian...

sile google sndri utk gambar...jgn makan hati k....

adie mitcham...sedap kan nama tuh....sesuai....

tp i tetap nak dok malaysia. i tak nak pindah. die yg kene dok sini. tak salah kan. at least die boleh kwn dgn bryan nickson lomas..

masih makan hati.

Wednesday, October 13, 2010

termenung

since FB dh block kat ofis ni tak tahu la nk buat ape dtg ofis pagi2. jgn tipu kalu ada yg dtg ofis pagi2 n terus buat keje. tipu!!! sure bersenag-senang dulu ke kan. n pasti bukak FB. view2 profile, balas komen, n wish sape2 nye bday hari tersebut. kan2.... jangan tipu!!!!

so memulakan hari dengan membaca paper free kat ofis ni. menambah maklumat di dada katenya. hari ini bangun awal tapi bangun dalam keadaan yang tidak best. pagi2 peyut dah meragam. tapi best bangun awal sbb boleh nyanyi2 dalam bilik air kan.....

untuk seketika rasa semangat nak buat kerja. kata ko!!! ape kerja hari ini?? tak de kerja...mahu keluar dan mencuci mata di kampung orang sukan. ade ke mereka?? errrrmmmmm......

Tuesday, October 12, 2010

baby....

kakak besar kembali berblog...welcome back...kite tunggu sahaja apa kah carutan atau curhat die selepas ini.

ok, sepanjang dua minggu yang lalu. tak de banyak yang berlaku. tidak ada juga perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. mungkin juga saya lebih suka untuk tidak melibatkan diri dalam mana2 aktiviti... kata ko!!!!

fokus saya sekarang ini adalah kerja. dan saya dalam usaha untuk mendapatkan baby baru....ssssyyyyhhhh!!! orang cakap kalau nk baby baru jgn sebut2. nanti baby lama merajuk....


dan buat seketika, saya dalam keadaan genting. apa mungkin saya akan terus di sini atau mungkin????

FB

sangat emosi sebab FB telah di block kat ofis ni. bukan sahaja FB malah ape sahaj website yg dipanggil 'social network' telah di block. sedeh!!!!!!

nk try bukak PR la...rasenye die block tak???

Friday, October 8, 2010

CHM.....

Ada sedikit masa terluang. Mari update blog sedikit. Kali ini CHM kembali lagi.

CHM minggu lepas saya kira sangat seronok. Apabila saya meletakkan perkataan sangat maka pastinya Melaka. Yeaaahhhhh!!!!

Ahli-ahli yang berseronok adalah seperti biasa saya, alan n kamal dan turut disertai oleh shy. Perancangan ke melaka adalah utk open house umah kak ngah. Awal kami gerak dari bangi. Sampai melaka lbh kurang jam satu. Makan2, ambil gamabr, makan2, hisap rokok, ambil gambar dan makan lagi. Selesai!

Selepas tuh kami terus ke bandar hilir untuk sesi fotografi. Ape lagi, memang beraksi sakan la kami kat sana. Siap gigih panjat kota a’Famosa tuh. Ko mampu??!!! Setiap sudut nak amik gambar. Tak kira la kat mana. Lantak la nk duduk atas jalan ke, baring atas rumput ke kan. Demi nk bergambar sanggup semuanya. Puas!!!!

Sempat jugak naik cruise keliling sungai melaka yang indah bersih aman permai tuh. Kata kau!!! Dah selesai semua kami makan malam kat umah alan. Terima kasih mak alan. Terima kasih jugak kat angah. Baik angah. Jam 10 gerak semula ke bangi. Hujan lebat yg sgt lebat. Memandu di lorng tgh sahaja. Sangat hati2. alan je teman i k. Kamal n shy dh selamat zzzZZZzzz.....

Rasanya ini pertama kali kami berjalan jauh (jauh ke mlk?) bersama naik kete sama2. selalunya mesti tak cukup sorg kan. Seronok ble makan2 kat highway, makan2 umah kak ngah, jalan2, n bergambar. Lebih seronok bile kite buat sume tuh bersama. Betul tak perempuan gile dan wanita bugis? Sayang sgt kat korng.. terima kasih kat shy juga. Shy sgt suke makan donut....

Thanks for the moment....

Pic will be uploaded..tunggu fotografer ye...

Friday, October 1, 2010

PANAS!!!!

Mari berblog lagi. Rajin pula mahu menulis untuk blog ini. Sementara belum busy maka boleh la nk ngada2 kat blog ni.

sabtu minggu ini akan ke melaka untuk open house kakak ku. Ape aktiviti di melaka yg best erk?? Yela, selain mahu ber’open house’, ape lagi yang boleh dilakukan di melaka??

Malas nak berfikir dan merancang. Takut nanti tak menjadi. Maka biarkan sahaja berlaku apa yang akan berlaku.

Semalam masih sempat beradu suara dengan amanda n nina. Gigih walau pun sekadar sejam. List lagu yg dipilih pun tak abis nyanyi... =(

Tapi tak pe sbb semalam suara i tak sedap pun. So balik awal je la.

Saya perlukan yang panas dan hangat!!!! Idea!!!!