mari ikuti blog ini....

Thursday, October 28, 2010

Bulan Purnama Malam

Mari curi masa untuk blog ini sekejap. Tak yah nak curik masa lah, bukan ada keje sgt nak buat. Walau ada kerja ko yg malas nak buat kan. Ye2. angguk kan sahaja.ok, jgn nak marah i merepek dalam blog ini atau u olss nak cakap i selalu berangan menulis. Tolong lah faham situasi i yang memang kerja untuk berkarya sepanjang masa.Jadi dalam blog inilah i nk merepek dan merapu. Dalam bekerja i kena fokus dan menggunakan ayat2 yang betul serta susunan tatabahasa yang tepat. Tak boleh nak buat seperti ini. Sekali lagi i nak cakap, blog adalah tempat i merepek dan merapu juga memasang angan2. i rasa seperti bebas untuk ketuk2 pada papan kekunci ini.

Semalam i sgt kecewa dengan mutu tidur i. semalam adalah waktu paling awal i masuk tido. Lebih kurang jam 11 i dah tido. Konon berangan yang i akan tido lama. Tapi jam 12 lebih ada pulak yang mengganggu i tdo. I memang down. Apa kan daya demi....maka gigihkan sahaja....

Malam semalam jugak BB i tetibe buat hal. I off n i on kan semula. Tanpa i sedari waktu pada jam hp tidak selari dengan waktu sebenar. maka akibatnya pagi tadi terlambat la i bgn untuk kerja. Lambat lite2 jah. Bangun tido jam kat bb kul 830 (bgn sebelum alarm berbunyi k), terus la mandi. Lepas mandi i tengok jam di dinding dah jam 9.00. wahhh..setengah jam la i nak mandi. Bukan banyak celah pun i nak cuci kan. Dah lama dalam keadaan pelik baru i sedar jam kat bb salah. Tapi tak la lambat sgt masuk ofis. Mcm biasa je.

Hari ini miss nina tak kerja, apelah die buat kat umah tuh. Ajak i lunch sama, tapi tak boleh sebab i nak keluar mencari ilham berkarya. Kata ko!!!!