Mari kita berblog sebentar. Ini lah masa nak update. Selepas selesai deadline dan ada masa untuk goyang punggung atas kerusi goyang ini. Baik, kembali kepada Sang Indah saya perlu berhenti angan2. ye2, i sedar memang ia tak kan jadi kenyataan. Tapi i masih positif die terdelete no i. Cuma masih berharap agar ada keajaiban yang akan berlaku nanti. Bile??
Kita fokus pula kepada Sang Setia. Yang ini tidak lah seindah Sang Indah. Tapi cukup sekadar sedap mata memandang. Ala, dia pun pandang i jugak. So, sama2 memandang la kan. Bukanlah i bertepuk sebelah tangan. Milo ais pun i sanggup walau pun sekadar satu sedutan. Kalau boleh nak order macam-macam lagi. Adakah???
Malam ini atau mungkin kejap lagi i nak bertemu Sang Mantan. Mantan?? Sejak bile lah i jadi kekasih die. Tapi Sang Mantan i memang ramai. Hahahaha.... nina cakap i bitch. Nak ngaku ke tak?? Errrmmmmm....tak la, mane ade. Tak baik cakap i macam tuh.
I pun tahu kenapa hormon gatal i meningkat sekarang ini. Rasa nak menggatal je. Lagi pun rezeki tengah datang, nak buat camne kan. So sementara hormon gatal tgh ada ni baik i menikmati sebelum i bosan dan hanya mahu duduk rumah sahaja.
Ok, sekian terima kasih.