mari ikuti blog ini....

Wednesday, December 29, 2010

CHM....lite2...

Curi masa sekejap untuk tulis2 dan conteng2 dalam blog ini. update sedikit CHM. Hari sabtu adalah hari yg sgt sedih. Bangun tdo dengan keceriaan sebab tahu gaji masuk. Tapi dalam sekelip mata, hilang.....waaaaaaa.....sangat la sedih. Semua gara-gara servix kereta. Budget servis berlebihan sedikit.... siap tukar tayar bagai....

Baby, i dah servis u baik2, u jangan nak buat hal plak lepas ni. kite sama2 mengharungi perjalanan hidup ini ye. U jangan nak mintak itu ini bagai. Jaga diri u elok2, n i akan sayang u sampai bile2. i syg u.

Ahad, saya balik shah alam. Keluar shopping dgn my mum. Tak lah shopping sgt. Mak saya nak cari baju je. Kejap je pun kat sunway pyramid. Lepas tuh zasssss terus ke seremban. Melawat mak cik saya kat hospital. Sebelum balik rumah singgah makan kat pappa rich kota kemuning. Best tau dating ngan mak saya. saya suka!!!!

Sampai je rumah kajang impian yg tercinta, ada acara suka olahraga dalam rumah. Tu je...

Isnin tak keje. Bangun pukul 5 pagi nak hantar wanita pegawai tinggi kerajaan itu ke lcct. Die nak ke sabah katenya. Tgh hari saya ke kajang. Ke metro kajang sajorkk...nak cari barang2 keperluan semasa. Lepak2 makan dengan shy dan petang amik wanita itu semula di putrajaya sentral. Malam zzzzZZZZzzzz.......

Sepanjang minggu ini tak banyak kot yang berlaku. Deadline pun start minggu dpn. Keje ada la juga yang dh diberikan. Tengah fikir jugak untuk cari bahan n cerita2 panas. Errrrmmmm...tapi untuk seketika saya sangat malas.....


---tak ada plan untuk new year. jadi duduk termangu di rumah sahaja.

Thursday, December 23, 2010

SaYa 2010....

Bile nak masuk tahun baru ni, selain memikirkan azam dan perancangan masa hadpan kita jgn lupa untuk buat imbasan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2010. untuk saya rasa 2010 adalah tahun yang boleh tersenyum. Even ada sedikit jatuh bangun, tapi 2010 adalah satu langkah untuk bermula.

Saya memulakan 2010 dengan sambutan di mutiara damansara dan juga aktiviti di sungai chilling. Sangat best. Kalau igt kembali sg. Chilling memang rasa penat sgt. Memang tak larat. Tapi ia adalah terbaik!!!!

Awal tahun 2010 juga sempat untuk melancong ke bandung dngan mak, kak long n keluarga. Pertama kali ke bandung, jadi sebab tak tahu nak buat apa hanya ikut sahaja perjalanan yang telah ditetapkan. Tangkupan Perahu terbaik.!!! Tapi tak dapat nak bermanja di salon ape ntah namanya...dah lupa....

1 April 2010, jangan nak buat april fool sgt lah. Saya rasa tarikh ini adalah antara tarikh yang penting dalam hidup saya. tarikh saya memulakan kerjaya di mana saya berada sekarang. Even ini bukan kerja pertama tapi kali ini bukan kerja main2 seperti sebelumnya. Boleh dikatakan sebenarnya ini adalah tarikh saya memulakan satu yang besar dalam hidup saya. ibarat saya sebenarnya baru memulakan kehidupan. Bekerja, pindah rumah dan ada kehidupan sendiri. Apa lagi bila saya dapat kerja di bahagian yang saya suka. Memang sorak gembira lah. Jatuh bangun, susah senang dalam kerja adalah perkara biasa. Jadi saya harus tabah.

1 April jugak anak buah i yang ke4 lahir. Shamsul izzat fahmi. Panjang kan namanye. Amik ko!!! Sebab izzat lahir sama tarikh dgn pak su masuk keje, maka mmg paksu akan igtlah bday izzat smp bile2. anak buah lain jgn nak kecik hati. Pak su tetap sayang semua....teeha, iman, ais n izzat....saya memang sayang mereka semua.

Memang selepas kerja kehidupan lebih tertumpu pada kerjaya. Kerja! Kerja! Dan Kerja! Tapi sebenarnya saya suka. Tak kisah lah busy mcm mana sekalipun. Kadang2 la merungut sebab hujung minggu pun kerja. Kerja smp tgh malam, public holiday pun keje. Tapi saya suke!!! Sebab saya ni memang jenis yg jarang nak merancang ke mana2. jadi tak kisahlah nak keje selalu.

Raya tahun 2010, rumah palong penuh bile sume balik. Seronok. Blaja masak dgn mak. N paling penting tak de soalan ble mahu kawen sebab abg saya pun ada masa raya. Jadi soalan itu lebih tertumpu kepada abang saya. kalau abang saya dah kawen nanti?

Sebelum terlupa, tak baik i nak lupakan 30 ogos. Terima kasih kepada housemate intana ria yg clbrte bday i. n shy pun sekali. Bday i tahun 2010 jatuh pada bulan ramadhan. Jadi tak boleh la nak berlebih-lebihan. Menghormati bulan puasa katanye.

Kembali sedikit tentang raya. 2010 raya di melaka adalah yang terbaik. Memang saya tak kan lupakan peristiwa di melaka sempena kunjung-mengunjung di hari raya. Kalau tahun 2010 ada empat orang, saya harapkan sekurang-kurangnya ada lima orang untuk raya akan datang.

26 November, satu lagi perubahan dalam hidup i. berpindah sekali lagi. Dari intana berpindah pula ke kajang impian. Masih dalam daerah yang sama. Pindah duduk bersama dia dan dia. I tak leh nk reveal lg pasal cerita rumah selagi yg sorang tuh belum masuk lagi. Kecoh sgt!!!!

Disember, seluruh keluarga saya dilanda kesedihan. Atok telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh atok di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Jadi sekarang ini hanya menunggu hari-hari akhir 2010. as i said b4, 2010 adalah tahun permulaan bagi saya. baru tahun ini saya mahu bertapak dan merangkak membina kerjaya. Semoga lebih baik tahun hadapan.!!! Jom kerja!!!!

janji

Hangat-hangat tahi ayam. Ayat terbaik untuk saya dan blog ini. (saya hangat dan blog ini tahi ayam).hahahaha.. yela, jarang sekali nak duduk hadap pc n update blog ini. apa lagi magu kemaskini gambar dan sebagainya. Memang susah sekali. Tapi saya sangat rajin blog-walking. Bile dah rasa kebosanan memang suka untuk baca-baca blog orang lain. Baca blog orang tak kenal pun best jugak. Inilah dunia bloger. Kite share smthng dengan sesiapa sahaja. Best wooooo......

Skrang ini memang ada kesempatan untuk hadap pc ini. banyak juga cerita yang saya tak update. Pindah rumah, birthday teeha, kerja apa tah lagi. Macam-macam cerita yang saya t ak cerita kan. (pleas berjanji pada diri sendiri intuk update blog selalu)....maka semua cerita itu diabaikan. Sebab dah basi. Nak cerita sekali pun dah tak seronok.

Cuba kite pejam celik mata laju2. kejap je dah sampai tahun 2011 kan. New year 2010 pun rasa mcm baru berlaku. Peristiwa pergi Chilling, curve dengan seuar yg kotor. Memang terbaik!!!! New year 2011 memang tak de apa2 plan lagi. Setakat ini hanya mahu tidur sahaja di rumah. Jangan nak cakap saya pemalas atau saya seorang yang anti-sosial.

Tahu tak, saya dah lama tak menikmati hujung minggu. Bile sabtu ahad, ada sahaja kerja atau urusan-urusan yang perlu diselesaikan. Weekend yang lepas pulak badan kurang sihat. Makanya hanya terlantar atas katil je la. Mengharapkan minggu ini akan ada hujung minggu untuk diri sendiri. Mak dah call ajak saya keluar. Best jugak, dah lama tak kuar jalan-jalan ngan mak kan....saya memang suka dating dgn mak saya. best!!!!

OK, currently teraddicted dengan AH dan HZ. Sgt romantik AH untuk mendapatkan HZ. Actually i pun tak tahu apa kaitan mereka. Tapi kalu betullah AH nak kat HZ, harap2 cinta blog diorg ni menjadi la. Sape yg belum tahu cari ini vidiyo saya. anda tgk video itu dan saksikan bersama. Paling best adalah video HNSZLKH......i nak berangan sekejap...

Hari ini saya mahu duduk dan merancang untuk 2011. seperti biasalah, perancangan mesti ada. Apa yang dirancang 2010 alhamdulillah adalah sedikit tercapai. At least saya telah bergelar seorang pekerja. Yang lain-lain sedang usaha untuk lebih baik.

katanye budak ini sudah tumbuh gigi!!!!

Wednesday, December 22, 2010

tolong!!!!

dah lama tak update blog. saya sgt busy la. jgn marah saya tau. tak baik...

dengan pantas dan ringkas...kepada semua pembaca, sape tahu blog2 or website yg jual barang secara on9...saya sgt pemalas nak keluar bershoping tapi ade bende saya nak cari...plssss..bgtau saya k......


kalau tak de yg tolong saya terpaksa la start kete g ferenheit...jom...!!!!

Monday, December 13, 2010

impian...

Jom kita hadap sebentar blog ini. dah lama tak update kan. Pertama al-fatihah buat arwah atok yang kembali ke rahmatullah pada khamis lepas. Alhamdulillah semua urusan jenazah berjalan lancar. Semoga roh atok di tempat di kalangan orang-orang beriman.

Jadi sekali lagi hujung minggu i adalah tidak menjadi hujung minggu. Tak baik merungut kan. Tempoh bersedih pun i rasa harus ditamatkan. Apa yang penting sentiasa ingat pada yang telah tiada dan sedekah kan al-fatihah.

Balik rumah ku yang indah, i kembali jadi gila. Makin menjadi-jadi perangai kami dalam rumah. Ibarat seperti tiada dunia lain. Bahagia sgt duduk di rumah itu. Kalau sape2 nak join aktiviti kami silalah. Mungkin susah u olss nk jumpa housemate yang mcm kwn i ni. hahahahah..... kalau sume blur2 ape aktiviti kami, dan nak tahu, meh la join sekali. Kami alu-alukan. Syaratnya, sila tinggal semua barang anda di belakang pintu masuk.

Minggu ini kembali bekerja seperti biasa. Setakat ini tak lah byk sgt kerja yang menanti. Tapi i hanya menanti segala kesibukan yang bakal melanda. I sangat suke kerja i.....kata ko!!!!!!

I ada satu lagi impian yang belum tercapai dalam rumah itu. Errrrrmmmm.......i harus laksanakan impian sebelum housemate sorang lagi masuk........

*** 1, 2, 3, 4 i dah lalui.....so i nak lebih dari empat!!!!

Monday, November 29, 2010

CHM kembali........

Dah lama tak buat Cerita Hujung Minggu. Yela, tak de aktiviti menarik maka tiada la CHM. Mari kita lihat apa yang berlaku pada minggu ini. bermula jumaat malam, kami (kamal n alan n me) gigih untuk melakukan aktiviti yang dah lama tak buat. Letih kaki di lantai dansa. Tak hingat esoknya kami bakal penat yang teramat sgt. Skip je la cerita dosa2 ni..malas nk share...

Sabtu.

Pertama, i nak bgtau u olss, i dah berpindah ke rumah baru. Sangat penat ye. Bangun pagi sebab nak g amik kunci, bersih kan rumah, balik rumah lama kemas barang lite2. nak angkut barang masuk lori. Dah la lori tak muat. Kene pulak angkut dengan kete. Dengan hujan nye lagi... sampai rumah baru lif pulak rosak. Terpaksa tambah duit lori sebeb diorang angkat naik tangga. Tingkat empat u olss. Aktiviti pindah pada hari sabtu bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tgh malam. Tu pun ada yang tak setel lagi.

Penat kan nak masuk pindah rumah baru. Nak beli barang sume. Barang2 sekarang pun sume mahal2. ape kan daya je. I sgt percaya smthng yang i usahakan bukan sia2.

I tak boleh nak cerita lebih2 pasal pindah ni. Sebab nak menghormati salah seorang ahli rumah yang belum masuk. Katanya tunggu dia dah masuk baru kami declare yang kami sah pindah serumah. Baik........

Ahad

Walau pun penat hari jumaat dan penat berpindah tak hilang lagi, tapi hari ahad dah gigih bangun pagi2. ke seremban ada kenduri umah mak lang i. i ingatkan makan2 keluarga. Rupa-rupanya siap pasang khemah bagai. Ada doa selamat dan tahlil.

Yang penting, sampai je rumah i terus ke dapur mencari mak i yang tercinta. Bukan jumpa nak salam je, terus i melekat kat dapur bersama mak cik i yang lain. Lantak la kan pak cik-pak cik dok depan. I dok dapur pun tolong2 gak lite2. tapi masa tahlil i dok depan la. Bersama-sama kaum lelaki yang lain.

Hujan turun sepanjang hari. Tapi lepas makan-makan i ngan mak i gigih ke hospital jempol untuk melawat jiran kami kat palong. (ni i ada entry khas).

Dah setel semua i anta mak i blk shah alam n i balik la ke rumah baru. Malam kedua di rumah baru.

Isnin.

Masuk keje seperti biasa. Even rasa malas sangat dan mengharap demam. Tapi tak demam pun. So tak leh nak MC....tapi kite kena GIGIH!!!!!!!!!

Friday, November 26, 2010

dari jemapoh ke manchester...

jumaat kembali lagi. alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menikmati pagi jumaat yang barakah...

kesihatan adalah dalam keadaan yang membimbangkan. dah la sekrang memang musim orang demam. i takut kalau2 berjangkit. plssssssss....jgn lah demam minggu ini. minggu yang sgt penting... byk benda yang i nk setelkan minggu ni. harap sumenya berjalan lancar...

persiapan untuk untuk hujung minggu ni rasanya masih 10%. semalam baru sikit2 malakukan persediaan. konon hari ni nak cuti, tapi gigih jua ke ofis. pastu sampai ofis mcm pening2 kepala skit. baik cuti je kan.....

so, i hanya ada malam ni untuk bersedia. esok sudah mahu melakukan satu perubahan. dengan ada urusan2 lain yang perlu i setelkan. kalau lah i ni ada kuasa mistik, i guna kan kuasa je untuk setelkan sume kerja. apa kan daya, tulang empat kerat ni jugak yang kene gigih.


Tuesday, November 23, 2010

meggi gorang mamak tak nak sayur!

curi masa sekejap untuk blog pagi2 hari masuk ofis ini. walau kerja agak berlambak hari ini. yela, dah bermula deadline maka kene la gigih untuk berusaha.

i akan menjadi gila dalam minggu ini. banyak perkara nak fikir tapi i rasa i kene positif dan i percaya i ting tong sekarang untuk smthng yang akan menggembirakan i nanti. keputusan yang i ambil adalah muktamad. ini yang i mahu kan? ting tong bukan sebab i tak cume sebab dalam keadaan yang segera i perlu bertindak dan dengan pelbagai hal lain lagi.

so, i kene la bijak merancang baik2. jangan nanti ting tong lagi. harap semua berjalan lancar.

untuk seketika i sendiri tak tahu ape yang i rasa n apa yang patut i rasa sekarang ini.

sekian.

Friday, November 19, 2010

Pak Arab Tingkat 5....

Apalah i nak buat sorang2 di ofis ni. Hujung minggu dah datang lagi. Minggu ni pun i ada keje. SHOUT! Awards. Bukan pergi suke2 ye u olss, i kene bekerja kat sana. Jgn nak berangan berjalan atas carpet merah....

Raya haji lepas i balik shah alam bersama ......? siapa lagi kan? Mereka la.. Malam raya kami 3some kat umah amanda. Dah lama tak lepak tido sama. Memang tak buat ape pun. Lepak2 sambil menonton dan tertido.

Pagi raya terus gerak ke shah alam. Lepas makan2 kat umah i, diaorang ke melaka pulak. I ngan mak i balik kampung tgk atok. Semua mak cik n pak cik ade. Sepupu2 pulak i, abang i n sepupu2 yang kecik. Makanya memang i lah anak dara kan. Siap tolong2 mak cik i bagai hidang bila nak makan. Jangan nak cerca i k. Itu tandanya i seorang yang rajin

Sekarang kat ofis. Seyes tak de idea untuk bekarya. Tak tahu la malas or memang tak de idea. Mungkin nak jugak tunggu garisan mati baru i bersungguh. Dah la story byk pulak. Mampos!!!!

Monday, November 15, 2010

seperti dia....

contoh terbaik untuk entry sebelum ini. i pun tak tahu siapa wanita ini.

SYUKUR!!!!!

Entry ini sekadar suke2.. jgn nak pikir lebih2...

Cuba bayangkan diri anda jika anda dilahirkan dengan jantina berlawanan dengan jantina sekarang. Errrrmmm.. bukan i berangan nak jadi akak2 ye. I bersyukur dengan diri i sekarang. Malah untuk setakat yang ada ini i bangga menjadi diri sendiri.

Ok, kalaulah i dilahirkan sebagai seorang ppuan. Pertama pastinya i ada p**i. eeeeuuwwww...ape tuh.... i tak nak bercakap pasal yang lain Cuma nak cakap pasal fesyen if i ni seorang wanita.

Pertama i rasa sah2 la tudung i hanya ada sehelai sahaja. (pelbagai guna, untuk raya dan ada majlis agama) Rambut i tak kan rebonding sebb dah memang lurus. Rambut panjang lite2. tak la seperti puntianak. Rambut lepas kan sahaja. Tapi kemas.

Dalam almari baju i rasa sumenya skirt pendek n baju saiz s sahaja. Baju kurung pun maybe ada 24 pasang sebab 24 tahun i hidup (tempah baju kurung untuk raya sahaja). Baju kurung pulak sume biasa2 je. I tak suke sangat nak fesyen2. sama seperti baju melayu. Seluar? Jubah? Baju labuh? I tak kan simpan. Sori.....

Heel2 adalah perkara paling i suke. Seperti jugak i suka simpan koleksi kasut. Pelbagai jenis dan rupa heels... kalau kuar kerja or jalan2 sekali pun skirt dan heels.. cantik tak?? Handbag maybe tak banyak la. Sebb i suke pada satu beg je.

Aksesori jugak tak banyak. Cukup la i ada bende basic seperti rantai dan gelang. Not to much ok. I tak suke serabut2. rimas. Make-up?? I dont think so. Memang la ppuan kene make-up, tapi tak la mampan. Lipstick dan bedak asas sahaja. Sedikit warna pada mata. Cukup!!!!

Boifren??? Big NO!!!!

Yang pasti i akan jadi wanita yang ada class i sendiri. sofistikated. Tapi i jenis yang simple la... i sangat suke ppuan pakai skirt je.. HOT!!!! Ditambah lagi dengan figura i yang tinggi. tapi badan nak kurus skit la...sah2 kaki i nampak cantik....

Skirt pendek dan juga heels.... HOT!!!!!

Tapi sume tuh i tak kan berlaku lah kan...

*jalan2 pakai skirt dengan nina dan amanda. Pasti kami HOT!!!!!

Friday, November 12, 2010

Tasik Idaman


dua barang ni yang i idam sekarang ini.
boat shoe
mcm tgh trend je pakai kasut gini kan.... walau pun ada ala2 begini tapi nak yang baru gak.

fully-blooded by swatch
i tak tahu la dah sampai malaysia belum jam ini. belum sempat nak g cari lagi. since odm n fossil tak de yang cantik, i nak swatch plak.


tp... camne i nak beli, kalu bukak wallet asik piki nak isi minyak n isi perut. untuk dua perkara utama ni i ala2 berkira jugal duit hanya untuk makan n duit minyak je...camne??

menadah tangan dan berdoa semoga ada rezeki untuk dua benda ni.
senyum

Casa C, Majlis Sukan Negara

Baru sampai ofis jam 1400 tadi. Baru balik dari assigment pernikahan artis muda remaja Raja Farah. Majlis yang simple sangat. Terasa tenteram dan harmoni. Cuaca yang mendung menyumbang juga kepada suasana yang damai itu.

Semalam lepas kerja lepak seketika dengan mereka. sape mereka? anda pasti tahu... yang penting semalam, perempuan gila tuh tak kerja. EL katenye. I sendiri tak tahu la celah mena emergency nye. Tapi jgn kacau orang tgh bahagia. Biarlah dia. Yang penting ko ada???!!!!!

Masuk ofis dalam keadaan yang sangat mengantuk. Belum deadline jangan haraplah kan i nak pura-pura rajin ketuk strory. Memang tunggu deadline la baru buat. Next issue agak banyak gak la story. Cuma belum dapat untuk aksi. Abang2 atlet, u tak nak fotoshoot ngan i ke? Jom kite main kat padang......

Sekian.

Thursday, November 11, 2010

Jus Epal Asam Boi

saya ada 'Sang' baru.... nak panggil die nama ape erk??
tapi saya rasa saya nak panggil dia Sang Nikmat
kalau ada jodoh nanti kita jumpa lagi k.
thanks awak walau pun propa lebih....

tp saya tak pernah putus harapan untuk Sang Indah
Sang Setia seperti biasa.

Studio Jalan Ampas

Jam 1500. Baru masuk ofis dan baru balik dari assgmnt. Pagi tadi tak masuk ofis pun sebab memang malas. So bgn lambat dan terus pergi assgmnt di Balai Seni Negara. Pelancaran P. Ramlee on Coins. N paling best i pun dapat jugak satu coins. Even dapat yang tembaga je, tapi sgt bertuah la kan. Antara org yang terawal memilikinya.

I ke sana bukan nak cover event sgt, ke sana sebab nak interview artis yang perform. Dapat jmp lan je. Najwa awal2 dah balik. Tak sempat nak interview. Tapi yang best jugak ble jumpa rakan2 sekerja yang lain, ada la gosip2 terbaru yang i dapat... nak tahu? Tunggu i siasat dulu k....

Tengah2 event berlangsung tetibe kecoh pulak kat luar dewan tuh. Kononnya ada menantu p. Ramlee datang nak buat kecoh. Buakan konon la, memang betul2 datang. dia cakap guard tak benar kan die masuk dan kenapa dia tak dapat jemputan untuk majlis macam ini. yelah kan, majlis yang menggunakan nama bapa mertua pulak.

Kecoh jugak la bile yang lain2 dok interview. I tak sempat sebab masa tu i tgh bertentang mata dengan lan..hahaha...tapi apa yang i wanita ini sempat bercakap dgn menteri yang datang tentang hak royalti dia dan keluarga. Al-maklum la, bila hal2 begini berlaku kan. Ibarat orang mengambil hak dari kita.

Susah i nak komen hal2 begini. Sebab isu ini dah lama dan i sendiri tak kaji sangat. Tak nak lah bercakap mcm tin kosong. Nnti i dah kaji i bgtau k.

Tapi i sempat jumpa Atilia yg juga penganjur event tu. Dia cakap dia dah jemput semua ahli keluarga p.Ramlee. errrrrmmm..camne tuh??? Mungkin ada salah faham kot....yg lebih penting cucu p. Ramlee lazat...sape2 yang suke bela ikan boleh la...hahahaha....

Sekian.


sebelum terlupa....untuk sekian kali nya, tahniah buat my BFF aman. sorang lagi BFF bile plak???

Wednesday, November 10, 2010

Durja Ningsun dan metamorfin

Mari curi sedikit lagi masa untuk blog. Tapi hari ini boleh curi masa banyak skit kot. Tak pe, untuk diri sendiri saya izinkan. Tidak ada yang menarik sangat hari ini kecuali kes2 di surat khabar tentang bunuh dan dibunuh. Sedih bukan? Lebih sedih lagi apabila kes2 melibatkan ahli keluarga. Si mati terbunuh akibat di tetak oleh keluarga sendiri. *istifar*.

Sila rujuk kosmo dan juga utusan untuk laporan lanjut.

Sebagai pihak ketiga, susah nak tafsirkan apekah di sebalik setiap kejadian. Memang kalu ikut hati dan nafsu kita akan cakap semua itu gila dan pembunuh memang layak di hukum mati. Atau mungkin orang akan cakap Tanggang sekarang bukan sahaja kurang ajar malah sudah bertindak lebih dengan membunuh.

Kalau ikut waras akal, perkara begini memang tak sepatutnya berlaku. Punca2 kejadian juga adalah suatu yang menjadi masalah besar dalam masyarakat. Masalah dadah dan juga kuasa mistik. Perkara yang memang tak boleh kita terima. Betul tak??

Apa kita boleh buat sebagai masyarakat sekeliling? Kalau setakat baca paper dan sedih mungkin belum cukup untuk elakkan perkara ini berlaku. (i cakap untuk diri sendiri). tapi apa kudrat kita untuk atasi semua tuh? *sigh*

*al-fatihah*

Tuesday, November 9, 2010

Sila Jawab Guna Pensil 2B

I tak tahu la sama ada blog ini ada pembaca atau tidak. I harapkan ada la yang sudi baca dan berkongsi cerita di alam maya ini. ok, hari ini i nk tanya pendapat semua.....

Mungkin ada yang tahu siapa diri i sebenarnya dan ada yang tahu apa i buat kan. begini, i pernah terfikir untuk buat entry berkaitan dengan kerja2 i. kalau i update story2 berkaitan kerja i rasa u olls sure suke sebab nak tahu gosip2 kan...haiisshh.. tak baik tau...

Actually i buat blog sebab kat sini lah i nak lari dari kerja. Menaip bukan cerita kerja dan secara bebas i boleh cakap ape2. tapi ada gak berpendapat i boleh share berita-berita sensasi kat sini. Errrrrmmmmm... nnti dah jadi macam i buat kerja kat blog ni.... cmne??

U olss nak gosip? Atau mungkin lebih baik seperti biasa kita kongsi cerita yang bukan pasal kerja?

U olss nak camne?

Sebagai pendahuluan i nak bgtau gosip ....... tak de gosip....lalalala...

Ala, lagipun dah banyak blog2 yang cerita pasal gosipkan..so i tak nak la terlibat sama....

One World Hotel

Ada banyak masa untuk blog hari ni. Yela, semalam di ofis sehingga jam 3 pagi. Maka selepas deadline memang masa untuk suka ria seketika di ofis sebelum keje2 akan datang lepas ni.

I tak de hutang CHM kan? Last weekend pun tak buat apa2. tak de aktiviti menarik pun. Tapi bila bersama perempuan gila dan wanita portugis adalah aktiviti paling best. Cuma sekrang ni i rasa nak mengeluh. Sebab i rasa i dah lama tak rehat yang betul2 rehat. Dah lama i berangan nak g bercuti. At least duduk kat hotel bangun tido lambat. Swimming kat pool dan jalan2. ntah bile la i boleh buat sume tuh. Masalah paling utama adalah $$$$. I bukanlah orang kaya yang boleh petik je nak pegi mana kan. Tapi kalau dapat duduk hotel area2 kl pun ok. Ada sapa2 nk spedo or ajak i bercuti? I nk cuti free... camne? Boleh tak? Jangan nak berangan!!!!!

Hari ini i dah tak nak berangan lagi pasal Sang Indah, Sang Setia atau sebagainya. Walau pun mungkin Sang Setia ada respon positif tapi malas nak fikir buat seketika. Seketika bermaksud sampai selesai i tulis entry ni. Lepas tuh sure lah i akan berangan balik.

Hari yang sangat mengantuk sebab tak de kerja. I dah baca GLAM lelaki dari kulit ke kulit. Bukan mudah i nk buku ni. Nak exam pun i tak baca kulit ke kulit. Sebab bosan, sume i baca. Dan baca blog top to toe. Selalu kalau panjang2 i jarang nak baca.

Jap2... i ada keje..nak call Nur Amina...

ikan kembung masak ladprik

U olss, sekarang jam menunjukkan pukul 12.45 tgh malam ye. Cube teka i kat mana sekarang?? I masih kat ofis ye.....sgt gigih mencari sesuap nasi. Kata ko!!!!

Ahad lepas i gigih ke kolam renang dgn harapan dapat jumpa Sang Indah. Tapi sedih..mungkin bukan jodoh dgn Sang Indah. Tapi yang pasti Sang Setia tidak mengecewakan. terbaik!!!!!

Sekian.

Thursday, November 4, 2010

mihun sup tak nak seafood

sangat rindu pada wanita portugis dan juga perempuan gila itu....dah lama tidak mengkeji antara satu sama lain.bile lah boleh lepak sama kan...esok pulak sah2 la tak boleh sbb cik nina nak raya...errrrmmmm...jom.....

apelah costum cik nina esok???

Tuesday, November 2, 2010

MENUJU PUNCAK!!!!

sebelum keseronokan di pd seperti yang digambarkan dalam entry sebelum ini, ada satu lagi keseronokan yang berlaku sebelum bergerak ke PD.heheheheh...actually dah lama memang memasang niat nak lakukan aktiviti ini. barulah sabtu lepas kesampaian. jom mendaki broga....

plan nak ke broga dah buat seminggu awal, ateem dah roger cakap nak naik broga. i pun on jah....tapi i down la kan sebab kul 4.30 dah call i kononya kul 5 berkumpul. tapi akhirnya tetap i menunggu manja di patronas sek 15.

sampai kay kaki bukit broga masa tuh still gelap lagi. lupa lah pulak nak bwk torch lite, makanya jalan ikut org depan je la. memang seronok sebab bergelak ketawa dan yang paling penting adalah pose2 sambil mendaki. yessssss....

dari satu puncak ke puncak yang lain. pelbagai pose kami lakukan. demi tak nak kalah dengan min maka gigih ke puncak broga yang betul2 puncak. sampai je atas puncak cuaca memang mendung teramat. cepat2 kami pose atas batu sebab nak turun balik. baru je nak gerak turun hujan turun mencurah-curah. sangat takut ketika itu ye. gigih jugak turun perlahan2. hujan tak lah lama, tapi bila dah hujan sah2 la jalan licin kan. maka sangatlah mencabar ketika nak turun bukit. bahaya ye... tapi tetap seronok...

alhamdulillah selamat sampai ke bawah. walau pun cerita i lite2 je, tapi i rasa u olss dapat rasakan keseronokan mendaki bukit broga...yang tak tahu sila google ye. dan yang lebih seronok adalah bersama rakan2...dah la memang dah lama tak jmp diorng......thanks korang!!!!

ahli2 broga - ateem, intam, fareed n pejul....
spt biasa gambar dalam fb k.

CHM...staff day

Mari kite berblog sekejap. CHM kembali lagi. Kali ini memang menarik. I ke PD untuk staff day. Perkataan pertama, SANGAT SERONOK!!!!!!

Percaya atau tidak ini adalah staff day pertama bagi i. walaupin dah byk keje i pindah2. i tak tahu la camne nak gambarkan keseronokannya. Dari hari sabtu sampai isnin. Sukanneka, bbq, polo air, volleyboy dinner dan segalanya. semuanya seronok. Yang paling best semuanya sporting nak join sama dan bersuka ria. Jerit2 bagai. 3 hari dua malam kat Pemaisuri Resort memang best. Walaupun sampai rumah badan sakit2.

few moment2 yang tak boleh lupa .....

kena benam dalam air oleh abg boy (tunggu pembalasan tahun dpn)

gambar lompat2 tepi pantai – tak kisah lah org tgh final volley ball kan...tetap lompat2 bergambar.

Kak azie kene benam oleh nazirul – ko mampu.

Negeri Sembilan kalah bola masa kami tgh ber BBQ.

Malam dinner menari ramai2, siap bos pun sama joget dan poco2....bos ko mampu!!! Pn. Zu mmg terbaik....

JIKA KAU TAK DATANG!!!!

semua moments bersama rakan2 sekerja. Thanks bos, bos2 besar, kakak2 n abang2, semua rakan....luv ya!!!!

- gambar tunggu la ye.. tak pun sila ke FB saya.

Thursday, October 28, 2010

Bulan Purnama Malam

Mari curi masa untuk blog ini sekejap. Tak yah nak curik masa lah, bukan ada keje sgt nak buat. Walau ada kerja ko yg malas nak buat kan. Ye2. angguk kan sahaja.ok, jgn nak marah i merepek dalam blog ini atau u olss nak cakap i selalu berangan menulis. Tolong lah faham situasi i yang memang kerja untuk berkarya sepanjang masa.Jadi dalam blog inilah i nk merepek dan merapu. Dalam bekerja i kena fokus dan menggunakan ayat2 yang betul serta susunan tatabahasa yang tepat. Tak boleh nak buat seperti ini. Sekali lagi i nak cakap, blog adalah tempat i merepek dan merapu juga memasang angan2. i rasa seperti bebas untuk ketuk2 pada papan kekunci ini.

Semalam i sgt kecewa dengan mutu tidur i. semalam adalah waktu paling awal i masuk tido. Lebih kurang jam 11 i dah tido. Konon berangan yang i akan tido lama. Tapi jam 12 lebih ada pulak yang mengganggu i tdo. I memang down. Apa kan daya demi....maka gigihkan sahaja....

Malam semalam jugak BB i tetibe buat hal. I off n i on kan semula. Tanpa i sedari waktu pada jam hp tidak selari dengan waktu sebenar. maka akibatnya pagi tadi terlambat la i bgn untuk kerja. Lambat lite2 jah. Bangun tido jam kat bb kul 830 (bgn sebelum alarm berbunyi k), terus la mandi. Lepas mandi i tengok jam di dinding dah jam 9.00. wahhh..setengah jam la i nak mandi. Bukan banyak celah pun i nak cuci kan. Dah lama dalam keadaan pelik baru i sedar jam kat bb salah. Tapi tak la lambat sgt masuk ofis. Mcm biasa je.

Hari ini miss nina tak kerja, apelah die buat kat umah tuh. Ajak i lunch sama, tapi tak boleh sebab i nak keluar mencari ilham berkarya. Kata ko!!!!


Wednesday, October 27, 2010

tasik pura cendana

Mari kita berblog sebentar. Ini lah masa nak update. Selepas selesai deadline dan ada masa untuk goyang punggung atas kerusi goyang ini. Baik, kembali kepada Sang Indah saya perlu berhenti angan2. ye2, i sedar memang ia tak kan jadi kenyataan. Tapi i masih positif die terdelete no i. Cuma masih berharap agar ada keajaiban yang akan berlaku nanti. Bile??

Kita fokus pula kepada Sang Setia. Yang ini tidak lah seindah Sang Indah. Tapi cukup sekadar sedap mata memandang. Ala, dia pun pandang i jugak. So, sama2 memandang la kan. Bukanlah i bertepuk sebelah tangan. Milo ais pun i sanggup walau pun sekadar satu sedutan. Kalau boleh nak order macam-macam lagi. Adakah???

Malam ini atau mungkin kejap lagi i nak bertemu Sang Mantan. Mantan?? Sejak bile lah i jadi kekasih die. Tapi Sang Mantan i memang ramai. Hahahaha.... nina cakap i bitch. Nak ngaku ke tak?? Errrmmmmm....tak la, mane ade. Tak baik cakap i macam tuh.

I pun tahu kenapa hormon gatal i meningkat sekarang ini. Rasa nak menggatal je. Lagi pun rezeki tengah datang, nak buat camne kan. So sementara hormon gatal tgh ada ni baik i menikmati sebelum i bosan dan hanya mahu duduk rumah sahaja.

Ok, sekian terima kasih.

Monday, October 25, 2010

SANG INDAH

Selamat hari isnin. Mari kita mulakan isnin dengan nafas yang panjang dan kesegaran di ATM. I like!!!! Hari sabtu yang lepas hanya sekadar terlantar di rumah dan tidak buat apa2. di tambah lagi dengan hujan, maka lebih enak dan ideal jika tido sepanjang hari. Cume petang membawa ke malam bersama amanda dan housemate di rumah. Makan je kan...

Ahad kali ini agak sedikit best. Sedikit?? Banyak best!!! Ntah kenapa tibe2 rasa nk swimming. Bukan berenang untuk kesihatan. Sekadar rendam2 dan celup2 kaki. I tak tahu camne nak luahkan kat sini. Tak tergambar indahnya ble sang indah menyapa dan meminta no telefon.....HOMAIGOD!!!!

btw, saya dah keje la awak..bukan stdnt lagi....

Bermula dengan pandangan mata, sang indah betul2 buat i tergoda. Dari dalam kolam lagi sang indah dah pandang2, n of course i jugak pandang die. Mungkin takdir die tertinggal barang dan kami sempat berbual. Sang indah mintak my num. Tapi sedeh until now sang indah tak call pun... :(

Mengharapkan keajaiban berlaku.... Sang Indah.

Wednesday, October 20, 2010

say cheese!!!

Walau pun tgh busy i nak curik sikit masa untuk blog. Jgn nak maki i. u olss curik masa FB boleh kan? Ok, actually i baru balik dari bandar diRaja Perak.ada program di sana bersama artis popular tanah air... boleh la popular. Hahahaha...alhamdulillah semunya berjalan lancar dan program semua tamat seperti yang telah dijadualkan.

Semalam masa otw balik singgah tapah untuk lunch. Biasa la kan ble ada artis ramai la nak bergambar. Dan i pun habut la kan sebab mereka memang artis. Tapi ada satu kejadian yg i sentap. Camni...

i ala2 catwalk nk g toilet. Dari jauh i dah nmpk sekumpulan adik2 bertudung memandang i dari jauh. dalam hati i biasa je. Sebab i igt diorg kaget tengok i catwalk kan. Apabila i melintas adik2 yang menggeletis ini tetibe i terdengar “laaa....bukan artis!”

Wahh!!! Kalu i bukan artis u tak nak amik gambar dgn i ke?? Memang la tak nak kan..hahahah.... tapi bile2 difikir2 balik, pada awal2 nye adik tu dah menganggap i artis sebab die memerhatikan i dari jauh. cume ble dekat je baru sedar i bukan la artis. Wahhh..tetap berangan.


Ok, jom kerja.

Friday, October 15, 2010

HOTfm

OMG (seperti iklan dalam HOTfm)..... sangat terkejut dengan luahan rasa kakak besar dalam blognya baru-baru ini. Tak sangka kakak besar yang pemalas asyik nak tidur je tuh telah menaip panjang2 di blognye.. terkesima sebentar dek kerana panjangnya entry die. Pasal luahan pun terkejut gak lite2....

Untuk setakat ini, itulah apa yang kami lalui. Kisah kawan2 yang retak akibat yang tak tahu puncanya. Susah nak salahkan satu pihak. Tapi saya percaya kakak besar tak bersalah (i pun tak salah jugak la).... tapi i rasa memang ktorg tak salah pun. Maybe orang akan cakap ‘org baik tak ngaku baik’. Tapi ape salah kami?? G mampossss!!!!

Apa yang membuatkan kami menjadi kawan baik? Sebab kami tak sama antara satu sama lain. Kami sangat berbeza. Setiap kami ada jalan hidup masing2 dan setiap kami ada cara hidup masing2.

Tapi bile kami bersama, semua itu akan jadi satu. Faham tak??? Ktorng support each other. Kalau jumpa sume ada cerita masing2. dan yang penting kami bukan sekadar bercerita but we share the story. Bab carutan tuh rasanya dah banyak dah dosa kami lakukan sebab mencarut dan memaki sesama sendiri. sebab carutan juga kami jadi lebih rapat. Ko igt ko cantik sgt nak carut2 i ke? (setakat ini yg paling cantik adalah nina)...

Tukar topik jap – nina yang paling cantik sekarang sebab fotoshoot di melaka gamabr die sume cantik...sgt down!!!!

Itulah ktorng. Sape2 yang menyampah dgn kami sila abaikan je.

Sekian.

Hari ini jumaat. Mahu makan dan smbhyang di mana??

Thursday, October 14, 2010

Adie Mitcham

i rasa i nk makan hati sekrang....

camni, sejak akhir2 ni i asik tgk sukan renang je. yela, balik keje yg ade sukan renang je. so tgk je la. pertama syabas buat pandelela (betul la kot). sbb pingat emas. bryan pulak sekadar gangsa. syabas jugak....tp i makan hati melihat mitcham matthew....

kenapa??? u olss google la pasal die....tgk gmbr2 die n pasal die....mau tak makan hati...

sekian...

sile google sndri utk gambar...jgn makan hati k....

adie mitcham...sedap kan nama tuh....sesuai....

tp i tetap nak dok malaysia. i tak nak pindah. die yg kene dok sini. tak salah kan. at least die boleh kwn dgn bryan nickson lomas..

masih makan hati.

Wednesday, October 13, 2010

termenung

since FB dh block kat ofis ni tak tahu la nk buat ape dtg ofis pagi2. jgn tipu kalu ada yg dtg ofis pagi2 n terus buat keje. tipu!!! sure bersenag-senang dulu ke kan. n pasti bukak FB. view2 profile, balas komen, n wish sape2 nye bday hari tersebut. kan2.... jangan tipu!!!!

so memulakan hari dengan membaca paper free kat ofis ni. menambah maklumat di dada katenya. hari ini bangun awal tapi bangun dalam keadaan yang tidak best. pagi2 peyut dah meragam. tapi best bangun awal sbb boleh nyanyi2 dalam bilik air kan.....

untuk seketika rasa semangat nak buat kerja. kata ko!!! ape kerja hari ini?? tak de kerja...mahu keluar dan mencuci mata di kampung orang sukan. ade ke mereka?? errrrmmmmm......

Tuesday, October 12, 2010

baby....

kakak besar kembali berblog...welcome back...kite tunggu sahaja apa kah carutan atau curhat die selepas ini.

ok, sepanjang dua minggu yang lalu. tak de banyak yang berlaku. tidak ada juga perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. mungkin juga saya lebih suka untuk tidak melibatkan diri dalam mana2 aktiviti... kata ko!!!!

fokus saya sekarang ini adalah kerja. dan saya dalam usaha untuk mendapatkan baby baru....ssssyyyyhhhh!!! orang cakap kalau nk baby baru jgn sebut2. nanti baby lama merajuk....


dan buat seketika, saya dalam keadaan genting. apa mungkin saya akan terus di sini atau mungkin????

FB

sangat emosi sebab FB telah di block kat ofis ni. bukan sahaja FB malah ape sahaj website yg dipanggil 'social network' telah di block. sedeh!!!!!!

nk try bukak PR la...rasenye die block tak???

Friday, October 8, 2010

CHM.....

Ada sedikit masa terluang. Mari update blog sedikit. Kali ini CHM kembali lagi.

CHM minggu lepas saya kira sangat seronok. Apabila saya meletakkan perkataan sangat maka pastinya Melaka. Yeaaahhhhh!!!!

Ahli-ahli yang berseronok adalah seperti biasa saya, alan n kamal dan turut disertai oleh shy. Perancangan ke melaka adalah utk open house umah kak ngah. Awal kami gerak dari bangi. Sampai melaka lbh kurang jam satu. Makan2, ambil gamabr, makan2, hisap rokok, ambil gambar dan makan lagi. Selesai!

Selepas tuh kami terus ke bandar hilir untuk sesi fotografi. Ape lagi, memang beraksi sakan la kami kat sana. Siap gigih panjat kota a’Famosa tuh. Ko mampu??!!! Setiap sudut nak amik gambar. Tak kira la kat mana. Lantak la nk duduk atas jalan ke, baring atas rumput ke kan. Demi nk bergambar sanggup semuanya. Puas!!!!

Sempat jugak naik cruise keliling sungai melaka yang indah bersih aman permai tuh. Kata kau!!! Dah selesai semua kami makan malam kat umah alan. Terima kasih mak alan. Terima kasih jugak kat angah. Baik angah. Jam 10 gerak semula ke bangi. Hujan lebat yg sgt lebat. Memandu di lorng tgh sahaja. Sangat hati2. alan je teman i k. Kamal n shy dh selamat zzzZZZzzz.....

Rasanya ini pertama kali kami berjalan jauh (jauh ke mlk?) bersama naik kete sama2. selalunya mesti tak cukup sorg kan. Seronok ble makan2 kat highway, makan2 umah kak ngah, jalan2, n bergambar. Lebih seronok bile kite buat sume tuh bersama. Betul tak perempuan gile dan wanita bugis? Sayang sgt kat korng.. terima kasih kat shy juga. Shy sgt suke makan donut....

Thanks for the moment....

Pic will be uploaded..tunggu fotografer ye...

Friday, October 1, 2010

PANAS!!!!

Mari berblog lagi. Rajin pula mahu menulis untuk blog ini. Sementara belum busy maka boleh la nk ngada2 kat blog ni.

sabtu minggu ini akan ke melaka untuk open house kakak ku. Ape aktiviti di melaka yg best erk?? Yela, selain mahu ber’open house’, ape lagi yang boleh dilakukan di melaka??

Malas nak berfikir dan merancang. Takut nanti tak menjadi. Maka biarkan sahaja berlaku apa yang akan berlaku.

Semalam masih sempat beradu suara dengan amanda n nina. Gigih walau pun sekadar sejam. List lagu yg dipilih pun tak abis nyanyi... =(

Tapi tak pe sbb semalam suara i tak sedap pun. So balik awal je la.

Saya perlukan yang panas dan hangat!!!! Idea!!!!

Tuesday, September 28, 2010

5 perkara SEBELUM 5 perkara

Mari bercerita tentang kematian. Bukanlah nak cerita insaf2 ni. Tapi kadang2 cerita tentang kematian boleh memberi keinsafan.

Pernah tak terfikir mcm mana kita akan mati. Haasiiissshh...takut bile difikirkan. Tapi ade tak terfikir tentang kematian yang dari keturunan. Contohnya sakit yang diwarisi ke kan.... macam tuh la... kalu u olss tak pernah berfikir lantak u olss la..

Tapi ini adalah somthng yang i selalu fikir. Mati keturunan. Begini.....

Arwah ayah meninggal pada umur 52 tahun sebab sakit jantung. Dan dua org pak cik sebelah ayah meninggal pada umur 52 (lebih kurang).... ada pak cik yang pernah cakap lps ni turn diorg plak bile umur 52. adakah i juga??

Kedua, nenek sebelah mak meninggal sebab kanser. Baru2 ni mak cik i, (adik mak) di sahkan mengidap kanser jugak. Belum la sampai tahap nak menunggu ajal, (nauzubillah). Tapi itu adalah salah satu penyakit keturunan jugak kan.... adakah i juga??

Tapi yang bestnye cerita atok i. Tahun ni (2010) atok i berumur 88 tahun. Percaya atau tidak?? Dan adik-beradik atok i ada yang masih hidup yang juga sudah tua berumur lingkungan 75++. Meletop kan mereka??? Dan atok i masih mampu bwk kereta.... adakah i akan begitu??

Entah la, i pun tak tahu jalan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Sebagai umatNYA i hanya mampu berdoa agar dikurniakn kesihatan dan kehidupan yang sempurna. Insya ALLAH...

- i ade telinga besar seperti atok i, tp i ada mata seperti arwah ayah i-

Monday, September 27, 2010

kecil

Adik2 mari sekali lagi kite update blog ye adik2. inilah akibat tidak ada kerja di ofis. Tidak da kerja??!!! Ko yang malas nak cari kerja kan?? Keji!!!

Baik, ini versi i olss ok, so yg bukan kawan2 i olss, sile klik pada pangkah. Nak baca jugak? Boleh sajorkkk!!!!!

What a small world. Pusing2 itu jugak. Apatah lagi dalam dunia i olss ini. Dalam fb sahaja bila tgk common friend org2 itu jugak la yang ada kan.

Semua itu kebetulan. n bagi i lah kan, sgt baik lah untuk kite meningkatkan silaturrahim. Tapi i tetap tak suke og yang nak add i suke2 nenek u olss. Motifnye bukan nk berkwan dgn i kan. U nak kwn dengan kwn dlm friendlist i kan. Sudehhhhhh!!!!

I tak nak kawan u la. Ble dh approve senyap je. Sedeh la u olsss...

Sabtu lepas, selesai acara nawal. I ikut mell g open house umah kawan die. Errrrmmmm. Maka ramai la i olss yang berkumpul. Mula2 i segan jugak, tapi meriah dengan mereka. Tak la sombong n baik.

Ape yang i nk cerita sebenarnye adalah what a small world. I rasa dalam kalangan itu ada je yg berkait. Kwn dalm fb, pernah jumpa la. Mcm2. ada yg selalu chat kat fb tp baru nk jumpa. Hahahah...n lps majlis ada yg add kat fb n ble lihat common friend rupe2nye adalah kalangan kwn2 i jugak...

What a small world!!!!

Sekian.

*mahu pulang segera untuk bermesra dengan amanda n nina*

GELAK TAWA

Rajin pulak untuk blogging hari ini. Kalau ini selesai di taip makan akan di publish. Tapi kalu setakat separuh jalan, maka tidaklah maknenye.

NAWAL’s reception.

Pertama tahniah kepada NAWAL & FIRDAUS. Telah selamat bergelar suami isteri. Bernikah pada 24 sept dan reception pada 25 sept 2010. TAHNIAH.

Majlis perkahwinan, bukanlah nak pergi makan melantak sangat. Pertama of course menerima jemputan dan wajib lah datang untuk meraikan orang yang diraikan. Tapi yang lebih menarik adalah berjumpa rakan-rakan lama. Yeaaaaahhhh!!!

Masa dan ketika inilah dapat berjumpa. Nak tunggu untuk semua berkumpul memang sangat susah. Semua dah ada komitmen masing2. apa kan daya. Sangat seronok berjumpa mereka.

Nawal n me. Kami kenal masa belajar dulu n sama kolej n sama JAKSA. Dan rakan2 yang dtg sah2 la seangkatan dengan kami semua. Masa ni lah nak update cerita masing2. dah kurus, dh gemuk, dah tunang, dah nak kawen, keja mana, still blaja, duduk mana n ada jugak yg dh tukar no tell. Masa ni la nk update semua info2. huhuhuhuuh.....

Bile dah berjumpa memang kecoh la kan. Gelak tawa bagai. Pengantin bergambar atas pentas kami sibuk kat bawah syok sendiri amik gambar. Hahahaha....

Hasilnya sile ke facebook saya ye.

Sangat seronok berjumpa kalian semua. Sayang korang semua. Sape punye turn lepas ni??? Tunggguuuuu......

-cerite sebelum gelak-tawa-

sampai je dewan n masa nak cari parkin dah ramai orang dah masa tuh. Takut jugak saya lambat.malu je kan.

Dari saat turun kerete, hingga ke lif, dan dari lif ke registration sume tetamu jalan berdua n ada yg bawak anak bagai. SAYA??

Down!!! Dengan lajunya saya jalan sorang2... sedehnye... n at that moment saya mula terfikir, i hate wedding. Saya rasa lepas2 ni saya akan datang reception sorg2 tanpa teman. Nak sedeh tapi nak buat camne kan. Dah memang saya single n i’m happy with it.

Selamat la nawal tak asingkan meja ikut kategori single n couple. Huhuhuuhu.....

Tapi sedeh tak lama. Bile jumpa kawan2 n bergelak tawa, saya dah mula happy... yeaaahhhh!!!

terima kasih kalian.


*gambar sila rujuk FB k*

Cerita Terkumpul.

Sudah lama tidak blogging. Mari curi masa sekejap untuk blogging. Jom.....

Banyak cerita yang tertinggal. Bermula cerita raya sehingga hari ini. Macam2 berlaku. Of course la kan. Bukannya saya duduk dalam hutan yang tak nampak orang lain. Simple n padat. Mari kite mula.

RAYA

Tahun ini semua beraya di Palong. Alhamdulillah semua dapat balik beraya bersama. Semua bermaksud keturunan anak2 Mustafa Kamil. Sangat seronok rumah ramai orang. masak ramai2 dan makan ramai. Dan seperti biasa apabila berkumpul ia bermaksud pesta makanan. Jgn risau pasal makanan ada sahaja untuk di makan.

Tak banyak program raya tahun ini. Lbh banyk dok rumah je. Tak banyak jugak jalan raya. Sebab faktor ekonomi dan juga lebih suke untuk duduk rumah. Tak tahulah kenapa tahun ini saya rajin sgt duduk rumah. Baik kan.

Cuti raya 10 hari. Duduk palong pun tak lama. Dah siap sume beraya, kembali semula ke bumi Shah Alam. Dan yg pasti rumah intana tercinta.

Isnin 20hb dh start keje.

MELAKA

Raya ke-4 sempat beraya ke Melaka. Seperti tahun lepas tak banyak rumah. Just rumah alan n cilut. Aktiviti juga tak banyak berubah. Jalan2 n karoke.

Tapi raya melaka tahun ini saya tak kan dapat lupakan. Nak cerite??? Ade entry khas untuk raya. Kemudian lah ye.

SAYA SANGAT SUKE MELAKA!!!!!!!!

KERJA

20hb dah start keje setelah lama cuti. Masuk keja memang tak de keje sangat. Just dok dpn pc n online. Tak de esaimen jugak. So memang tak buat ape2. *sigh*

tapi saya dapat khabar gembira. Yeeaaahhhhh...insyaALLAH lepas ni akan berstatus tetap. Alhamdulillah....

rindukan deadline dan busy2. bosan jugak kan ble tak de kerja.

OPEN HOUSE

Tak banyak lagi open house yang saya pergi. Jemputan ade la jugak sikit2. insyaALLAH ada masa saya datang.

Makan2 di intana semuanya berjalan lancar. Terime kasih yang datang. Salah silap serta kekurangan harap di maafkan.

Monday, August 30, 2010

HAPPY BIRTHDAY ME!!!!

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN BUAT DIRI SAYA SENDIRI......

I'M 24 YEARS OLD NOW....ALHAMDULILLAH MASIH BERNAFAS DAN DIBERI KESEMPATAN UNTUK TERUS HIDUP...

STILL LONG TO GO... MORE THINGS TO LEARN.....

THANKS EVERYONE WHO ALWAYS BE AT MY SIDE..MAK, SISTERS, BROTHERS N OF COURSE SUME KWN2 SAYA....BER4, U, WARGA INTANA DAN SEKALIAN ALAM....

i luv me

Tuesday, August 24, 2010

Picca

cantik tak gambar ini.... sume dh tahu kan siapa mereka...cuma leha tidak dpt hadir semasa sesi fotografi...kesian leha....

Prananjaya...

rajin pulak saya berblog kan... di kala tak de keje.. boleh la buang masa coret2 kat blog ni...(carit2 lite2)...

semalam berbuka puasa bersama amanda n topek di rumah.. tetibe rajin nak masak.. maka masak la nasi goreng.. n sambal ikan yang saya masak untuk sahur semalam tuh elok lg...lazat..bak kata mereka lah. kalu mereka tipu makan tipulah saya....

lepas berbuka shy came over n lepak sama2 dpn td... sampai tertdo pun ada..topek as usual gigih berQalas2. then 12am, abg saya call ajak makan.. gigih la saya ke serdang n bwk abg saya maka...saya memanga adik yang baik kan...

hari ini berbuka di rumah amanda plak katenye... tak tahu la ape juadahnya kan...bazar sajork!!!!
hudson prananjaya dari melaka nk blk bangi hari ni katanye... boleh lah buka sama2 nanti kan...

sekian....

Monday, August 23, 2010

CHM lite2

selamat bersua kembali di blog ini. hari isnin dtg semula. sekejap je masa berlalu. puasa pun dah tak terhitung berapa hari yg berlalu. seperti biasa meneruskan kehidupan di ofis. tidak byk yg berlaku pada hari isnin. semangat kerja pun lite2 sahaja.

hari minggu lps menghabiskan masa di rumah. rajin pulak nk kemas rumah hari sabtu. bukan la kemas sgt pun. sapu2 je. sabtu berbuka di Doorsett KL jemputan Jam Mak Dar. balik rumah dan melepak di rumah sehinggalah jam 6 pagi keesaokkannya. gigih berjaga. dan pengalaman yang tak mungkin saya lupakan. (amanda sila senyap!!! tp sure nanti wanita india tuh akan tahu)

ahad memang ambil kesempatan untuk bermalasan di rumah. memang tak buat ape2. bangun pun lambat. lps zohor terus konon2 sambung wat keje rumah. kemas2 bilik lite2. dah lama tak bermalasan mcm ni. kalu status FB saya tulis bermalasan sekali pun itu sebenarnya tidak benar. sukar untuk saya bermalasan.

dan isnin kembali. 23 ogos. bulan ogos spt biasa adalah bulan menghitung hari. hahahahahah...ok2...mahu keluar...bye2...


Thursday, August 19, 2010

PUASA...

Kembali berblog....lama sgt meninggalkan blog ini.. tidak wajar rasanya... byk juga cerite2 yg tertinggal... alasan klise..BUSY!!!!...tp ini cerita betul. Saya betul2 busy dgn keja. Kalu ada masa pun lbh baik rehat dari terus menaip dalam blog ini kan.. kerja saya pun asik menaip je... semakin melentik la jari2 saya...

Alhamdulillah Ramadhan kembali lagi.. Tuhan masih beri kesempatan untuk saya menikmati keindahan Ramadhan... Cuma saya yg tetap lupa untuk bersyukur dgn nikmatNYA... apelah nk jadi kan....

Baik, teruskan sahaja....’i luv my job’.....maybe kwn2 akan ckp saya gigih, n ble saya jmp kwn2 saya selalu ckp saya letih...tp sebenarnya saya sgt suke kerja ini... even blk lmbt tgh mlm. Kerja tak tentu masa, ke sana, ke mari dan sebagainya...

Saya tak pernah kisah semua itu.. dh memang saya tak buat ape2 pun kan... nk dating tak de kekasih hati... so biarlah saya gigih bekerja...yeeaaahhhh!!!!

Raya semakin hampir...saya asik tanye org persiapan raya...saya?? masih belum siap ye..baju melayu masih di ambil dan semuanya tak plan la

ngsung.... mmg berkira-kira untuk budget raya.. servis kete, dit minyak, n belanja untuk hidup lps raya..tak kan lps raya nak makan pasir kan.. or saya patut kutip duit raya untuk belanja lepas raya?? Camne tuh???

tetibe terlihat gambar lama.....

Wednesday, July 28, 2010

malas.

Bertemu lagi di blog ini. Mungkin org tidak pernah kisah kemunculan i kan... sedeh la camni... baik lah, i akan terus ber blog untuk diri i sendiri.. saje2 mahu menaip ketika tidak ada kerja (kate ko tak de keje!!!!)...

Baik, mari memulakan cerita dgn amanda yg telah berpindah ke rumah baru. Cantik rumah nye dan bilik nye. Tp kite tunggu je lagi tiga bulan... apelah akan jadai pada bilik amanda?? Harap2 maintain cantik spt shasha....

Ok, kite akhiri cerita dengan kisah yang sempurna..kisah ape???

---malas---

Friday, July 23, 2010

aku mahu pulang...

Mari kite berblog.sekian lama tidak update blog ni. Minggu ini sgt sibuk. Isnin dan selasa di johor dan kemudian bersambung dgn beberapa kerja di ibu kota. Di samping bekerja keras mengejar deadline. Alhamdulillah... semuanya telah selesai.....

I pun dh lama tak buat CHM kan u olss.. ade ke yg masih membaca CHM i? Sodehhhh!!! Mungkin jugak sbb i dah lama tidak berCHM. Kalu tak kerja sekali pun i lbh suka bermesra-mesra dengan tilam dan bantal.

Ape yg berlaku minggu ini? Like i said, sgt sibuk.. sepnjg sibuk ni jugak i learnt so many things. Memang la kite bekerja membuat kerja kite, but actually I learnt more new things. Yela kan, hari2 jmp org lain2. lain padang lain lah belalang nye.

Setakat ini, I rasa I dh buat apa yg termampu n I did my best. Kalau ade kurang sini sana I harap semua pihak memaafkan i.. ampun….

Bersyukur pada Yang Maha Esa. Memberi nikmay kpd I yg tercinta ni. Masih bertenaga dan berupaya utk mencari nafkah.

Saat ini, saya sgt ingin mahu pulang. (igt tak iklan raya yg ada lagu ‘aku mahu pulang’).. perasaannya spt itu.. saya mahu bermanja dgn mak saya yg sgt saya cinta. Tp punggung ni sure tak boleh dok lama kat rumah kan.. asik nk keluar je..

Mak, nk makan macam2 boleh?

Hujung minggu ini, mahu kemas rumah, balik shah alam dan pelbagai lagi… sgt pening memikirkan keje2 yg tak siap..(bkn I tangguh kerja ye..)

Wednesday, July 14, 2010

NIPPON

Hari ni di ofis sendu lagi. Macam tak banyak keje or lebih tepat tidak ade kerja. Smthng need to be worried. Apelah story i nk buat nanti kan. Kepada mereka2 sila la buat kes. Boleh saya cari anda dan buat story. Huhuhuhu...

Kegiatan malam sekrang semakin aktif. (i bukan pelac ok!!!).... kuar2 tgh malam. Minum2 dan lepak2. bangun pagi pun dh semakin lambat. Tak de masa nk nescafe dh sekarang. Minum di ofis sajork.

Utk hari ini, i akan meneruskan acara lenggang perut atas kerusi roda ni. Yeaahhh... mengalami krisis identiti ni.. nk jadi ‘i’ ke nk jadi ‘saya’... seperti mula menjadi cat nippon dgn menumjukkan warna sebenar. nippon??!! Saya suke cat nippon...

Keturunan ke7 puteri saadong (miss nina), i dh tau nama die.. anyway malam td i keluar rumah kul 1 pg...destinasi rahsia.. hahahaha......

Jom 15!!!!!

Monday, July 12, 2010

PR....

Lama tidak bermesra dgn blog ini. Cubaan menukar rupa bentuk menjadi lebih teruk. Tak tahu la ape rupe blog skrang ini. Any designer yg nk tolong saya. Errrrmmm..abaikan....

Sekarang ini lbh byk menghabiskan masa bekerja...tak la gigih sgt. Keje spt biasa, dan tidak ada yg luar biasa. Cuma malas untuk berblog. CHM juga dh banyak tertangguh. Lagi pun tidak ada yg menarik.

Cik Nina (tak tahu die bangsa ape)...saya dah ade PR..yeahhhhh.... gigih aku dok umah amanda k.. ko ada??!!! Padan muke... dh tak nak guna laptop ko dah...

Sekian...

Thursday, June 10, 2010

helo..helo...

Since hari ini i makan gaji bute, maka i luangkan masa untuk menulis blog ini...(tetibe tertukar kata ganti nama)..habut la u olsss...i penat jadi baik..org tetap kata i jahat jugak kan..i buat jahat plak org keji i kan... so?? Ade ku kesah (kredit to One nation emcee)...

Sekrang cuti sekolah kan..menggelintin adik2 nk bercuti kan...like u tak pernah la kan..yess...dulu cuti panjang i menghabiskan masa dgn bermain je...main sorg2 pn jadi..perlu ke ulang kaji..i budak pandai ok...abaikan...

U ollss, skrang dh bulan ketiga i keje di sini..kerja bekarya memberi info buat pembaca... u ollss wajib beli tau..sbb duit itu jugak nk bayar gaji i kan..kalu jualan meningkat maka mane la tau dapat bonus...amin...

Dunia ni kecik kan...pusing2 kite akan kenal org yg sama..td i baca la blog2 bloggers yg lain...ade sahaja antara mereka yg berkaitan antara satu sama lain dan ade je yg i kenal..menci... tak baik tau....lupe kan....

Sekrang i tgh cari cinta...oopppsss..cmne tuh? Celah mane i nk korek cinta...ke ade yg nk lamar cinta i?? I tunggu jah...- kalu dok menunggu je memang smp tua la i single mingle n suci murni... ble la nk pecah dara ni...oopppssss......lantak la.....

Demam world cup dh nak kembali...i ?? jgn nk keji k...mmg la i tak menonton bole..i menonton pemain bola ok....ooopppsss lagi... mati la....errrrmmm..jujur i mmg tak tahu pasal bola...sekadar baca paper je... jgn nk ckp i bodoh sgt k... tak baik....

Dan dikala ini actually saya sangat perlukan kekuatan untuk saya terus hidup... mungkin semua nmpk saya gembira dan senang... biar saya sahaja yg tahu apa yg saya rasa... semoga saya terus kuat untuk hari esok..esok lebih kuat untuk hari2 akan datang...

Ok u ollss.. perlu ke i nk tulis pnjg2 kan..u olss pn mcm ala2 je nk baca kan....suke carut i... tak baik tau....sampai bertemu kembali... tak tahu la lps ini akan jadi SAYA atau tidak....i perlukan diri i yg sebenarnye......

Adios korg....

Tuesday, June 1, 2010

terlebih sudah!!!

dunia gempar apabila dikejutkan dengan berita serang zionis terhadap flotila Gaza yang dalam misi menghantar bantuan...satu tindakan yang agak melampau..mereka ibarat tidak menghormati undang-undang dan hak asasi kemanusiaan... kecaman hebat kepada tentera Israel... padan muke mereka yang sebenarnya takut akan ancaman dunia... namun mereka tidak akan kalah jika hanya bersuara.. dunia perlu bertindak... kepada semua pemimpin dunia tolong lah lakukan sesuatu.. sebagai rakyat i did my part.. saya sokong semua tindakan terbaik kerajaan...

nk ulas lebih2 pun tak tahu... sbb saya dh lama meninggalkan hal2 begini... bercerita tentang isu antarabangsa... byk aktor terlibat... bila perkara sebegini berlaku siapa kuasa dan siapa yang harus bertindak... rejim keganasan perlu dihentikan...

apa yang boleh kita lakukan??? jalankan tanggungjawab anda...

buat saat dan ketika ini, saya hanya mampu berdoa agar Tuhan memberi jalan yang terbaik buat mereka yang mulia hati berjuang untuk keamanan....



Monday, May 24, 2010

pillow talk...

memulakan hari isnin pada minggu baru. minggu ini adalah minggu terakhir dalam bulan mei. pantas masa berlalu meninggalkan kite semua. dan saya masih di sini menjalani kehidupan seperti biasa. alhamdulillah..... ALLAH masih berikan nyawa. DIA masih letak kan saya di keliling orang yang saya sayang.

sempat semalam ber'pillow-talk' bersama housemate tersayang. dari bilik ke bilik. pillow talk terakhir adalah di bilik 7-4-1-4 (bilik ku)...

bila ada sesi pillow talk ini banyak perkara yang dikongsi bersama. beberapa perkara yang menarik perhatian saya....

bahagia
adakah kini kita bahagia? walau pun hidup single mingle. ALLAH telah buat jalan yang cantik untuk kita. walau pun jalan itu berlopak2, namum ada sebabnya. mungkin akibat perkara yang pernah kita lakukan maka masa depan kita tidak begitu sempurna.

ALLAH berikan kita mereka2 yang ada disekeliling. untuk kita belajar dan memahami orang lain. jangan la nk menghina orang lain (tak baik tau...). ALLAH kurang kan kita pada satu bahagian tapi lebihkan pada bahagian lain.

setiap apa yang berlaku itu pun, ALLAH surub kita belajar kenapa ia berlaku? mungkin ia jalan terbaik untuk kita. "kalu hanya ada pada hati orang yang tidak bersyukur" - papadom. justeru kita kena la belajar untuk memahami setiap kejadian. jangan nak salahkan perbuatan orang lain. sebaliknya cermin dahulu apa yang telah kita buat.

saya bersyukur dengan jalan ini. buat ketika ini, saya gembira dengan apa yang saya miliki. semoga DIA tetapkan hati saya untuk terus bersyukur dengan nikmatNYA. semoga ini jalan terbaik buat saya. saya juga mohon agar jalan dihadpan sana lurus dan elok tidak berlopak dan berliku. amin.

errrrmmm..tulah rumusan yang boleh saya buat untuk sesi pillow talk semalam...atau mungkin apa yang saya rasa selepas pillow talk berlaku.

terima kasih kepada mereka yang masih sayang saya.... (sape yg sayang saya??)... MAK, KAKAK2, ABANG2.... saya tahu mereka sayang saya... PASTI... KAWAN2, saya butuh kasih sayang kalian... ber4 yang saya cinta, housemate yang saya sayang...n of course u. i sayang u selalu....thanks kalian......

Friday, May 21, 2010

rasa hati ini...

saya rasa ingin berblgging hari ini..tp byk keje..bile ketuk story je pasti idea berblogging dtg..ble bukak blog hati tak senang sbb pk kerja....maka..tinggal kan blog dulu ye...nnti kite sama2 share2 perasaan k....

Monday, May 17, 2010

CHM ..... kegembiraan mengabaikan pertelingkahan...

Mari kite mulakan CHM.... tajuk CHM kali ini ialah bercinta bersama housemate yg saya sayang sangat....

Jumaat – selepas pulang dari kerja kuar makan2 bersama ber4 dahulu..leha tak de la plak... lepak di nasi ulam n makan malam bersama.... of course la saya sgt cinta ber4.... mereka adalah buah hati saya.... walau sekejap je melepak banyak la cerita2 yang kuar utk di update bersama....

Sabtu – pagi hanya duduk di rumah... housemate sempat ke jom heboh di putrajaya.. saya dok umah, kemas bilik, kuar gunting rambut n jalan2 cari majalah bollywood...tp tetap tak jmp..ampun kak emma..

Sabtu petang kami ke berjaya hotel untuk menikmati hi tea... idea asal hi tea adalah oleh taifiq yg mmg teringin sgt melaksanakan aktviti ini bersama.... since semua ahli rumah ada, ini lah kesempatan untuk bergembira bersama...

Komen pasal hi tea?? Errrmmmm.. saya bukan la seorang pengkritik makanan yg baik.. suasana menarik, layanan ok!, makanan sume boleh masuk la.... tu je yg saya tahu komen... nk rasa kesedapan cube baca blog bob if die dh update.... lps hi tea smpt jln2 di time square jap...

Blk umah ptg itu, terjun ramai2 dalam kolam sambil fotoshoot..lantak la masyarakat sekeliling pndg..ade aku kesah??ko ada???!!!!

Malam menikmati akademi fantasi bersama... n lps AF lpk2 kat sek 3...... (saya masak maggi goreng – thanks to fendy gak)

Ahad – walau pun sepatutnya hari bermula dgn ceria, tp ahad pagi dimulakan dengan sedikit salah faham... malas nk fikir n mungkin sbb salah saya juga.. apa yg saya tahu hari ini mahu bergembira...

Seawal jam 6.30 pagi semua dah bangun n siap2 untuk ke kalumpang... satu tempat mandi2 di area hulu selangor... (sekali lagi saya bukan pengkritik terbaik tentang temapt2 menarik di malaysia, cube la baca blog hasrul or bob mungkin)

Ahli-ahli kegembiraan – saya, shay, faizie, topec, hasrul, bob, fendy n dani.

Apa yang pasti kami manikmati kegembiraan bersama.. fotoshoot of course, aksi terjun2 (lihat gambar di FB saya), n of course China pemenang aksi air terbaik...yeeaaahhh!!!

Abis mandi, g makan kat pau yin mun n pulang semual ke bumi bangi....

Ptg itu saya terus memecut balik shah alam bertemu mak tersayang..saya sayang mak saya... mlm pulang semula ke bangi n zzzZZZzzz....

Isnin – memulakan minggu baru....



gambar2 sile lihat di FB k...search for Farol Kamil....

Friday, May 14, 2010

ko ada???

ape pendapat anda ttg saya?? cantik? vouge? meletop? buruk ? hina? atau sebagai nya...

errmmm..bukannye ape..sekadar ingin bertanya.. saya rasa saya sedar diri saya bahawa saya tak la ade rupe sgt... buruk je kot...

tp apa yg nk saya persoalkan hari ini adlah kenapa bile saya cakap saya single sume org tak percaya dan respon sume adalh lbh kurang berikut :

"tak caya la..u kan cantik"

"u single? tak kan la cantik mcm u tak de org nak"

"u ni memilih kot"

u olsss...i dh penat mencari cinta..bkn i tak nak.tp tak de sape nk kat i..i ni mmg makhluk asing yg tak de sape pndg kot...sedeh!!!!!!!!!!!11

sedeh!!! ko Ada??!!!

sekian..saya nk balik....

jumaat

rasanya dh pernah buat post pasal hari jumaat kan sebelum ini... tak pe la... baca sahaja... semua org gembira hari jumaat... saya? untuk hari ini saya memang tajk de perasaan untuk hari jumaat...

minggu ini mmg tak de plan untuk berbuat ape2... mungkin pulang ke shah alam sajork.... itu pun masih dalam pertimbangan...

malam semalm sngt bongok... cerite nippon dan pak guard... sangat marah kat nippon n pak guard jugak... kesan dan akibat saya yang kene... nk story kat cni pun saya rasa membara... panas je nk cerita... diam sajorkkk!!!!

kerja hari ini masih byk yg perlu diselesaikan... ptg kalu rajin mahu menonton thomas... errrmmmm.... jom....!!!

jom kerja.....

Monday, May 10, 2010

"anak mak dh besar"

CHM....

abaikan la CHM..tak de ape yg berlaku..ape yg lbh pntg adlah HARI IBU...selamat hari ibu buat semua ibu2....special dedication buat mak saya yang sangat saya sayang.....PN. KAMSIAH SHARUDIN....

mak, terime kasih yang teramat sangat kerana lahirkan dan besarkan adie smp dh jd orang dh skrang....

adie mintak maaf sbb adie byk buat mak menangis.... buat mak susah hati n buat mak sedih....

adie sayang mak yang teramat sgt...

----sepanjang dalam perjalanan dari kampung ke bangi saya menangis sorg2 dalam kete.. tetibe tgh drive saya rasa rindu kat arwah ayah.... bagi saya, di kala ini saya tak sempat nk tunjukkan kat dia saya dh berjaya... ayah tak de masa saya konvo, n ayah tak sempat nk tengok anak dia ni pakai smart2 g keje.... sedeh....

ayah tak sempat nk tengok anak dia ni dh pandai bawak kete... mak pernah ckp, dulu masa kecik2 kalu naik kereta suke dok tgh2... skrang dh drive sendiri.... pernah sekali saya balik palong smp umah tgh malam, mak ckp "dh besar anak mak, dh boleh balik sendir tgh malam"... sedeh.... dulu ayah yang bwk mak jalan2.. skrang saya jd driver mak...

ayah tak sempat nk melihat anak2 dia berjaya... sume dh kerja skrang... ayah tak sempat nk rasa anak2 dia belanja makan... n ayah tak sempat nk melihat keturunan dia berkembang...

sepanjang minggu ni asik igt kat ayah..bermula lps ngok cite papadom... sgt touching cerita itu...

untuk ketika ini, saya juga gembira dan bangga sbb ayah telah mendidik saya menjadi apa yg saya ade skrang.. alhamdulillah, even byk salah saya buat salah, tapi semua tuh mengajar saya...

kalu ayah masih ada sure dia bangga dgn anak dia kan...(yg baik2 je la)....

byk benda yg saya tak sempat buat utk ayah.....adie minta maaf kat ayah....

semoga ALLAH merahmati roh ayah di sana.....saya rindu ayah saya...en.MUSTAFA KAMIL MD ALI. al-fatihah...

......post ttg ayah pada hari ibu....sama je kan..kedua-duanya adalah org yg pntg dalam hidup kita.. hargai mereka dan sayangi mereka sementara kita masuh berkesempatan...

eerrmmmm..hari isnin, mari memulakan kerja...mak saya pasti marah kalu saya tak buat kerja...

SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU....

BUAT YANG TELAH TIADA...AL-FATIHAH....