mari ikuti blog ini....

Monday, September 5, 2011

25 tahun 1 syawal

Seriusly mode agak kurang memberangsangkan petang-petang ini untuk bekarya. Konon je dari semalam semangat untuk bekerja, lepas dapat nasi goreng kat kantin masa breakfas td terus je jadi malas, kuyu, kaku, lesu dan sebagainya. So curi masa untuk blog seketika.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah sempat kita menyambut kemenangan Ramadhan 1432 Hijrah.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 25. Yeahhh. Pertama kali menyambut birthday pada 1 Syawal. Agak teruja jugak la. Bukan senang kan nak sama tarikh dengan raya. Suku abad dipinjamkan nyawa oleh NYA. Terima kasih atas segala doa dan ucapan.

Azam tahun ini adalah untuk mengumpul wang simpanan dan juga ingin berbuat baik kepada anak-anak. Teeha, Iman, Ais, Izzat n Fya. Pak su sayang semua.....

Raya tahun ini seperti biasa tugas saya adalah tolong mak di rumah. Sempat la belajar beberapa resepi. Tapi macam dah lupa. insyaAllah warisan resepi mak akan kekal sepanjang zaman. Gitewwwww... (i mask kuah kacang n sambal tumis. Rendang belum berani nak cuba lagi).

Aktiviti Melaka masih seperti tahun lepas. Empat rumah kali ini. Damien, Alan, Kak Ngah n Cilut. Cuma ahli rombongan kali ini agak sedih. Saya dan kamal sahaja. Yang lain tidak dapat sangat nak join.

Ok. Itu sahaja cerita raya saya. sebab mmg tak ade cerita. 1, 2 ,3 raya duduk rumah sahaja. Kerja buat air, basuh cawan, buat air, potong kek, potong ketupat, itu dan ini.

Sekian.

**nnti kite story lain k