mari ikuti blog ini....

Friday, June 3, 2011

pondok usang

Tak ada sangat perasaan untuk buat keje hari ini. ye la kan, jumaat dan bukan deadline. So, memang hanya menunggu detik jam enam sahaja. Apa mahu cerita? Ok, jom kita mulakan.

Beberapa hari lepas saya ke jb untuk program satu program amal. Ini bukan yang pertama sebab sebelum ini kami telah pun singgah di beberapa lokasi lain. Program amal ini akan melawat ke rumah seri kenangan di sesebuah negeri dan akan singgah di dua buah rumah orang miskin yang tersenarai di bawah jabatan kebajikan masyarakat.

Untuk dua buah rumah di jb, memang satu pengalaman baru. Rasanya inilah kes paling teruk kami pernah lihat. Bayangkan, rumah yang didiami oleh seorang lelaki berusia lebih kurang 60 tahun plus2 adalah sebuah ‘pondok’ usang. Lantainya adalah tanah yang berair dan kotor. Hidup malam dalam kegelapan sebab tak ada bekalan elektrik.

Pertama kami saya masuk rumah itu, saya cepat2 keluar balik sebab rasa nak muntah. Mana tak nya, bau pinggan mangkuk yang tidak berbasuh. Melihat kedaifan pak cik itu, ramai yang menitiskan air mata.

Sempat juga berbual dengan pak cik itu, dia cakap setiap bulan dia akan naik bus untuk ke pejabat jbtn kebajikan untuk mengambil bantuan sebanyak rm300. Duit itulah yang dia guna untuk makan setiap bulan. dengan kudrat tua itu dia naik bus. tak boleh ke orang JKM nak hantar sendiri duit? Sempat juga saya melihat jiran sekeliling. Terkejut jugak sebab taraf hidup pak cik itu dengan jiran yang lain sgt berbeza. Rumah mereka besar dan rasanya hidup mereka senang.

Bayangkan ada sebuah pondok kecil di deretan rumah kampung yang mana lainnya saya kira tak lah susah sangat hidup mereka. menurut pak cik itu lagi, jiran hadapan rumah adalah saudara dia dan jarang sekali untuk mereka datang melawat. Sedih....

Panjang kalau saya nak cerita detail. Apa yang saya boleh cakap, memang sedih bila melihat masih ada orang yang hidup dalam keadaan sebegitu daif. Mungkin saya tak biasa dengan keadaan itu. even di kampung saya pun saya tak pernah tengok orang tinggal dalam keadaan begitu. bukan nak berlagak, tapi apabila melihat keadaan sebegini, saya sendiri terkejut. saya sendiri tidak boleh bayangkan kesusahan pak cik itu.

Nak tahu lebih lanjut, nanti beli HAI k...promosi!!!!

Apa yang saya dapat? Pertama, setiap bulan ko merungut tak de duit, tapi sebenarnya adalah orang yang lebih susah lagi hidupnya. Syukur apa yang ko ada. Kedua, hidup sebatang kara seorang diri. Sepanjang jalan balik saya teringat kat mak saya. InsyaALLAH saya tak sesekali buat begitu kat mak saya. JANJI!!! Ketiga, jangan berserah pada takdir andai sekali pun ko tak pernah nak usaha.

Sekian.