mari ikuti blog ini....

Tuesday, January 25, 2011

sob sob

Satu perkara lagi lupa nak update. Perkara sedih. ODM saya dah tak boleh pakai. Tali dah putus. Baru pakai setahun beberapa bulan je. Saya update entry pasal odm tahun 2009. skrang dah tak boleh pakai dah. Mahu yang baru. Toy watch or maybe swatch?

Monday, January 24, 2011

1, 2, 3

Curi sikit masa untuk blog. Mahu ringkas dan padat.

Pertama Happy Belated Birthday untuk housemate saya yang seorang itu. Bday die 23 januari lps. Tak dapat nak celebrate sebab die balik melaka. Tunggu la malam ni.

Kedua, saya tak tahu perlu simpati atau sedih dengan housemate yang seorang lagi. Baru lepas putus cinta. Kalau itu terbaik bagi dia maka saya sokong dan saya sentiasa ada untuk dia. Sabar k. Kalau nak break lagi bgtau awal2. Boleh buat rservation kat restaurant 5 stars.

Ketiga, kejadian khamis lepas. Ada insiden kejar mengejar dan meminta no telefon di highway PLUS selepas tol sungai besi sehingga exit bangi. Errrrmmmm.. Progres? Sekadar berbalas SMS dan coment di fb. Terima kasih. Sape2 nak kejar i kat highway lagi n mintak no tell??? Lalalalala....

Keempat, masih ingat kepada Sang Indah? Sila ingat kembali ye. Saya bertemu Sang Indah di IB ketika menonton teater. Tak sangka dia ada di sana bersama rakan-rakannya. Namun hanya sekadar hi hi bye bye. Harap ada jodoh bertemu die lagi. Sang Indah semakin indah.

Kelima, saya sakit mata sabtu lepas. Nak kata sakit mata, tak jugak sebab kejap je dah elok. Mungkin sebab lense kot. Saya dah kembali ok.

Keenam, road tax kereta dah siap tapi tak amik-amik lagi. Malam ni mahu ambil. Yeaaahhhh!!!! Saya boleh berlagak angkuh ketika lalu di roadblock.

Ketujuh, esok gaji!!!!! Tak tahu lah boleh bergembira atau tidak. Harap2 boleh senum sikit.

Kelapan, sekian.

Friday, January 14, 2011

nama

Kembali mencuri masa. Boss saya dah dua hari MC. Maka, i ada la sikit2 peluang nak coret-coret di blog saya yang sepi dan sendu ini. bukan ramai yang baca pun. Awak semua tahu tak, saya dah tukar tempat. Ala, tukar sebelah je. Tapi saya suka tempat ni. agak terselindung skit. Jadi kalau bos besar lalu, sempat la saya nak minimize kan page youtube yang saya buka. Yeeaaahhhh!!!!

Tentang entry saya sebelum ini. awak semua tak pergi pun melawat page HAI. nape tak klik ‘like’ kat situ. Klik ramai-ramai tau. Terima kasih. Saya hargai semua jasa anda.

Dah seminggu alan mula duduk serumah. Seperti yang saya cakap, lengkaplah rumah kami bile sudah bertiga. Tapi rumah kami masih belum ada nama. Nama bagi nama apa kat rumah kita??? Ada cadangan?? Sila angkat tangan. Saya nak panggil mansion je. Sebab rumah kami sangat seram. Tapi macam tak baik je.

ini muka-muka yang duduk serumah

cerita lain plak – saya tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ini banyak sangat roadblock. Saya sangat down. Ada polis semua tahu bahawa roadtax saya telah tamat tempoh. En.polis, sabar lah ye. Jangan saman saya. nanti saya hidupkan semula cukai jalan saya. tunggu ye.

Ok, saya mahu sambung kerja. Kerja apa? Errrrmmmmm.......... berfikir....

Wednesday, January 12, 2011

fanclub HAI.


transformasi akan berlaku....kepada rakan2 pembaca sekalian...sila ke fan page majalah HAI di facebook dan baca post yang terbaru. sila sama-sama support dan dengan baik hatinya tolong.. terima kasih....


Tuesday, January 11, 2011

SAMBAL TUMIS...

Jom curi masa...asik nak curi masa je kan. Kalu bos tahu, nnti die curi plak gaji i separuh..cmne? cecite...cecite....

CHM yang lalu, sabtu saya balik shah alam. Balik untuk basuh baju. Tapi itu bukanlah tujuan utama. Dah janji dengan mak nak ke seremban umah mak lang. Errrmmm...kesian mak lang menanggung sakit. Semoga mak lang akan cepat sihat. Lepas tuh, pergi melawat anak buah baru plak. Sepupu saya dah bersalin ujung december....baru minggu lps sempat tgk... bertambah la budget duit raya...nak duit raya?? Pak su tak kaya ye harith....tunggu paksu kaya...dari uamh sempat singgah melepak kejap sebelum bangi bangi tercinta. Yang paling penting hajat i nak makan nasik lemak sambal tumis mak i dah termakbul..siap dgn rendang ayam lagi...saya sayang mak saya!!!!!!!

Cerita ahad rasanya dah bgtau dalam entry lepas.. n pasal AJL tak banyak sangat nak share sebab dah ramai kan yang menjadi pengkritik untuk AJL. Nak cakap lebih pun tak guna. Semoga tahun depan lebih baik. Yang nyata persembahan artis jemputan lebih mantap. Abang Nash, Kak Ziana n Tok Ti.....itu pilihan saya. terbaik!!!!!!siap ulang tengok kat youtube lagi...sori boss...

Hari ini dah hari selasa. Saya masih dalam kelajuan gear tiga. mungkin sesiapa perlu tampar saya laju2 untuk ingatkan saya bahawa saya akan menghadapi double deadline mulai minggu depan. Sungguh tidak sedar diri.

Sekian.


rindu sama ini budak!!!! lagi enam bulan sorang lagi anak buah....anak sendiri??? pak su sayang semua...

Monday, January 10, 2011

CUKUP!!!

penat AJL tak abis lagi..bkn penat AJL sgt...penat weekend kot...hahahaha....ok..kini umah saya dah cukup ahlinya...kami ber3 dah duduk bersama...memulakan pagi ahad dengan sarapan bersama....saya tak yah la cite lebih2...nak tahu baca blog alan ye.....

yg pntg bab saya tu tipu sgt...bkn la tunggu makanan je...saya tunggu makanan n air sekali...hahaha...pagi ahad dah ade orang kejut...sah2 la saya sangat malas nk bangun kan...hamik!!!!!

Friday, January 7, 2011

Sejenak...

Entry kedua untuk tahun 2011. lepas2 dah deadline ni boleh la curi masa skit nak update blog. Tapi tak boleh la nak hadap sangat kat blog ni. cerita2 lepas bak yang tertinggal. Sambutan new year hanya di rumah. Petang 31.12.10 keluar dengan mereka yang tersayang. (panjang nye...dah tak boleh nak tulis ber4 lg). Sempat tengok hantu kak limah. Nak sangat kan tgk cite ni. review dari ramai orang cakap cite ni best. Tapi bile kami kuar je panggung macam tak de perasaan. Walau dah gelak puas2 dalam panggung. Errrrmmmmmm......

Besok, isi rumah akan menjadi lengkap. Kami yang tersayang akan lengkap duduk bersama dalam rumah pangsa kita tu. Kite tolak cerita p*k* kak siti n kebodohan abang fendy. Jom kita hidup gembira dalam rumah itu. tapi sori sangat2 sebab tak dapat nak tolong pindah rumah esok. I kene balik shah alam.ampun.....malam ni i kemas kan bilik u k...

***pukul 1115 pun makan2 lagi...buat keje la..kem salam kat fahmi ye...

habis mode gembira...jap lagi saya nak sedih2 pulak....next entry la.....bye....

Thursday, January 6, 2011

Jejar run

entry pertama tahun 2011. tak boleh nak panjang sgt sebab tgh deadline...makan perlu hadap pc dan menekan keyboard dengan sedaya mungkin......cerita2 new year nnti la saya update k.....


tetibe rasa jejari i pun runcing jugak...cmne??? hahahaha....kene la i bertapa kat bukit jalil lps ni....