mari ikuti blog ini....

Thursday, December 23, 2010

SaYa 2010....

Bile nak masuk tahun baru ni, selain memikirkan azam dan perancangan masa hadpan kita jgn lupa untuk buat imbasan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2010. untuk saya rasa 2010 adalah tahun yang boleh tersenyum. Even ada sedikit jatuh bangun, tapi 2010 adalah satu langkah untuk bermula.

Saya memulakan 2010 dengan sambutan di mutiara damansara dan juga aktiviti di sungai chilling. Sangat best. Kalau igt kembali sg. Chilling memang rasa penat sgt. Memang tak larat. Tapi ia adalah terbaik!!!!

Awal tahun 2010 juga sempat untuk melancong ke bandung dngan mak, kak long n keluarga. Pertama kali ke bandung, jadi sebab tak tahu nak buat apa hanya ikut sahaja perjalanan yang telah ditetapkan. Tangkupan Perahu terbaik.!!! Tapi tak dapat nak bermanja di salon ape ntah namanya...dah lupa....

1 April 2010, jangan nak buat april fool sgt lah. Saya rasa tarikh ini adalah antara tarikh yang penting dalam hidup saya. tarikh saya memulakan kerjaya di mana saya berada sekarang. Even ini bukan kerja pertama tapi kali ini bukan kerja main2 seperti sebelumnya. Boleh dikatakan sebenarnya ini adalah tarikh saya memulakan satu yang besar dalam hidup saya. ibarat saya sebenarnya baru memulakan kehidupan. Bekerja, pindah rumah dan ada kehidupan sendiri. Apa lagi bila saya dapat kerja di bahagian yang saya suka. Memang sorak gembira lah. Jatuh bangun, susah senang dalam kerja adalah perkara biasa. Jadi saya harus tabah.

1 April jugak anak buah i yang ke4 lahir. Shamsul izzat fahmi. Panjang kan namanye. Amik ko!!! Sebab izzat lahir sama tarikh dgn pak su masuk keje, maka mmg paksu akan igtlah bday izzat smp bile2. anak buah lain jgn nak kecik hati. Pak su tetap sayang semua....teeha, iman, ais n izzat....saya memang sayang mereka semua.

Memang selepas kerja kehidupan lebih tertumpu pada kerjaya. Kerja! Kerja! Dan Kerja! Tapi sebenarnya saya suka. Tak kisah lah busy mcm mana sekalipun. Kadang2 la merungut sebab hujung minggu pun kerja. Kerja smp tgh malam, public holiday pun keje. Tapi saya suke!!! Sebab saya ni memang jenis yg jarang nak merancang ke mana2. jadi tak kisahlah nak keje selalu.

Raya tahun 2010, rumah palong penuh bile sume balik. Seronok. Blaja masak dgn mak. N paling penting tak de soalan ble mahu kawen sebab abg saya pun ada masa raya. Jadi soalan itu lebih tertumpu kepada abang saya. kalau abang saya dah kawen nanti?

Sebelum terlupa, tak baik i nak lupakan 30 ogos. Terima kasih kepada housemate intana ria yg clbrte bday i. n shy pun sekali. Bday i tahun 2010 jatuh pada bulan ramadhan. Jadi tak boleh la nak berlebih-lebihan. Menghormati bulan puasa katanye.

Kembali sedikit tentang raya. 2010 raya di melaka adalah yang terbaik. Memang saya tak kan lupakan peristiwa di melaka sempena kunjung-mengunjung di hari raya. Kalau tahun 2010 ada empat orang, saya harapkan sekurang-kurangnya ada lima orang untuk raya akan datang.

26 November, satu lagi perubahan dalam hidup i. berpindah sekali lagi. Dari intana berpindah pula ke kajang impian. Masih dalam daerah yang sama. Pindah duduk bersama dia dan dia. I tak leh nk reveal lg pasal cerita rumah selagi yg sorang tuh belum masuk lagi. Kecoh sgt!!!!

Disember, seluruh keluarga saya dilanda kesedihan. Atok telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh atok di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Jadi sekarang ini hanya menunggu hari-hari akhir 2010. as i said b4, 2010 adalah tahun permulaan bagi saya. baru tahun ini saya mahu bertapak dan merangkak membina kerjaya. Semoga lebih baik tahun hadapan.!!! Jom kerja!!!!

janji

Hangat-hangat tahi ayam. Ayat terbaik untuk saya dan blog ini. (saya hangat dan blog ini tahi ayam).hahahaha.. yela, jarang sekali nak duduk hadap pc n update blog ini. apa lagi magu kemaskini gambar dan sebagainya. Memang susah sekali. Tapi saya sangat rajin blog-walking. Bile dah rasa kebosanan memang suka untuk baca-baca blog orang lain. Baca blog orang tak kenal pun best jugak. Inilah dunia bloger. Kite share smthng dengan sesiapa sahaja. Best wooooo......

Skrang ini memang ada kesempatan untuk hadap pc ini. banyak juga cerita yang saya tak update. Pindah rumah, birthday teeha, kerja apa tah lagi. Macam-macam cerita yang saya t ak cerita kan. (pleas berjanji pada diri sendiri intuk update blog selalu)....maka semua cerita itu diabaikan. Sebab dah basi. Nak cerita sekali pun dah tak seronok.

Cuba kite pejam celik mata laju2. kejap je dah sampai tahun 2011 kan. New year 2010 pun rasa mcm baru berlaku. Peristiwa pergi Chilling, curve dengan seuar yg kotor. Memang terbaik!!!! New year 2011 memang tak de apa2 plan lagi. Setakat ini hanya mahu tidur sahaja di rumah. Jangan nak cakap saya pemalas atau saya seorang yang anti-sosial.

Tahu tak, saya dah lama tak menikmati hujung minggu. Bile sabtu ahad, ada sahaja kerja atau urusan-urusan yang perlu diselesaikan. Weekend yang lepas pulak badan kurang sihat. Makanya hanya terlantar atas katil je la. Mengharapkan minggu ini akan ada hujung minggu untuk diri sendiri. Mak dah call ajak saya keluar. Best jugak, dah lama tak kuar jalan-jalan ngan mak kan....saya memang suka dating dgn mak saya. best!!!!

OK, currently teraddicted dengan AH dan HZ. Sgt romantik AH untuk mendapatkan HZ. Actually i pun tak tahu apa kaitan mereka. Tapi kalu betullah AH nak kat HZ, harap2 cinta blog diorg ni menjadi la. Sape yg belum tahu cari ini vidiyo saya. anda tgk video itu dan saksikan bersama. Paling best adalah video HNSZLKH......i nak berangan sekejap...

Hari ini saya mahu duduk dan merancang untuk 2011. seperti biasalah, perancangan mesti ada. Apa yang dirancang 2010 alhamdulillah adalah sedikit tercapai. At least saya telah bergelar seorang pekerja. Yang lain-lain sedang usaha untuk lebih baik.

katanye budak ini sudah tumbuh gigi!!!!