Mari curi sedikit lagi masa untuk blog. Tapi hari ini boleh curi masa banyak skit kot. Tak pe, untuk diri sendiri saya izinkan. Tidak ada yang menarik sangat hari ini kecuali kes2 di surat khabar tentang bunuh dan dibunuh. Sedih bukan? Lebih sedih lagi apabila kes2 melibatkan ahli keluarga. Si mati terbunuh akibat di tetak oleh keluarga sendiri. *istifar*.
Sila rujuk kosmo dan juga utusan untuk laporan lanjut.
Sebagai pihak ketiga, susah nak tafsirkan apekah di sebalik setiap kejadian. Memang kalu ikut hati dan nafsu kita akan cakap semua itu gila dan pembunuh memang layak di hukum mati. Atau mungkin orang akan cakap Tanggang sekarang bukan sahaja kurang ajar malah sudah bertindak lebih dengan membunuh.
Kalau ikut waras akal, perkara begini memang tak sepatutnya berlaku. Punca2 kejadian juga adalah suatu yang menjadi masalah besar dalam masyarakat. Masalah dadah dan juga kuasa mistik. Perkara yang memang tak boleh kita terima. Betul tak??
Apa kita boleh buat sebagai masyarakat sekeliling? Kalau setakat baca paper dan sedih mungkin belum cukup untuk elakkan perkara ini berlaku. (i cakap untuk diri sendiri). tapi apa kudrat kita untuk atasi semua tuh? *sigh*
*al-fatihah*