mari ikuti blog ini....

Tuesday, November 29, 2011

CHM...setelah sekian lama

Lama sangat tak buat CHM. Atau saya pernah cakap tak mahu CHM lg. Atau mungkin dh mmg tak CHM. Sedih. Ok, kali ini ade sedikit CHM. Mari...

CHM kali ini mula awal skit sbb saya amik cuti hari jumaat. Konon nak bangun lambat. Tp awal juga. Tgh hari saya keluar ke ferenheit 88 dgnn semangat waja. Ade branded sales katenye. Gigih beratur selama satu jam utk menyaksikan jualan tersebut. Bukan main teruja lagi. Alih2 bila dh masuk, hadooooo...langsung tidak memberangsangkan. Untuk ladies maybe yes, sbb banyak barang wanita. Utk saya? Errrmmm...beratur satu jam, n masuk less than 10 mins. Ok, keluar!

Singgah isi perut di a&w sekejap. N ade drama pulak sebelum makan. Malas nak layan sgt drama itu. Saya harap awak ok sahaja. Jgn nak nangis2 k. I'm always here for u. Eh eh..

Habis makan, menonton wayang pula. Immortals. Keji2 sambil tgk wayang. Malas nak komen sgt. Yang penting selamat kami tidak di baling dek kerana suara kuat seorang itu. Kami? Oh, lupa nak bgtau ahli CHM. Errrmmmm... Saya dan mereka.

Abis wayang, isi perut lagi dan terus ke down town cheras. Akhirnya beli jugak baju kat leha. Cantik2. Mak saya pun suka. Selesai down town, ade ujian vokal pula. Ok, spt nak pecah suara. Penat dah. Abis tu, terus pulang. Sume muka cam haram dh tahan ngantuk. Saya tetap gigih memandu. Sekian hari jumaat.

Sabtu bangun awal jugak. Biasa2 je la waktunya. Kemudian kerelina call ajak ke wangsa maju cari rumah. Yesss..gigih mengikut. Petang balik umah, mandi2 dan keluar semula bersama keri n rijal. Kembali ke pavi. Mahu makan tenpayaki katanye. Sedap2!!!! Suke!!! Selesai makan, ade ujian suara lagi. Sgt gigih. Balik jam 2 tanpa menghiraukan esok mahu bangun awal.

Ahad memang kene bangun awal. Siap2, amik mak di shah alam, n zassss..balik palong. Tak perlu la cite hal di palong. Spt biasa, soalan bila mahu kawen wajib ade. Saya suka jawaban mak saya. Mak saya mmg bijak back up. Hahahah...

Isnin, tgh hari gerak semula ke shah alam. Jalan dalam keadaan hujan. Alhamdulillah selamat sampai. Balik bangi, mandi2 n keluar lagi. Doa selamat UPU pulak. Tak de maknenye doa selamat. Majlis makan2 sahaja. Kenyang..sedap dayah masak... Lepas makan2 dgn UPU, sambung minum di fariz maju pula. Tetap pulang rumah jal 1 lebih. ZzzzzZzZzzz.....

Now, di ofis la. Blogging jap before gigih kerja. Weekend lps yg sangat gigih. Hujung minggu akan datang pun saya perlu gigih. Yeaaahhh!!!! Penang n taiping pula. Jom....

Friday, November 18, 2011

Please say YES!

Di kala kesempitan masa, sempat jua menghadap blog yang setia ni. eh, memamg lah setia. Kalau dia ada kaki pun sudah pasti dia akan lari jauh-jauh. (saya taip ni dalam Words. Atas ni ada story anuar zain yg dari semalam tak siap-siap).

Bila update blog sah2 keje ko tgh merengse kan. Yeahhh. Tgh konfius. Mahu fokus pada yang satu atau mungkin mencuba dua dalam satu. Orang cakap tak baik kita tamak nak amik semua. Tapi yang satu ini belum tentu memberi kepastian. I kan memang tak suka tunggu-tunggu ni. dalam hidup i kena ada pasti YA atau TIDAK!

So, sekarang i nak cari kepastian dalam hidup. Iaitu menyiapkan kerja i sebelum mak hayam i letak surat berambus atas meja i ni... sekian. I nak pura-pura rajin depan pc sehingga jam 6 ptg. Malam ini Muzik-muzik semi final. Tgk di rumah mungkin lebih baik.

Thursday, November 10, 2011

Terima kasih kalian

Hati tidak keruan entah kenapa. Akal tidak dapat menafsir apa kata hati. Adakah sistem ini tidak lagi berfungsi untuk menterjemahkan apakah tidakan yang wajar. Susah bila akan dan hati tidak selari. Takut nanti tersungkur pabila melangkah. Pincang pabila berkata atau mungkin kabur pandangan bila melihat.

Penat. Memang penat. Semua serba tak kena. Gelap. Tak nampak sebarang cahaya di hadapan. Maka, mana jalan untuk melangkah. Takut untuk ke kiri dan kanan belum tentu ada pasti.

Setakat ini saya masih tersenyum. Di sisi teman-teman. Gelak ketawa dan riang. Syukur ada mereka. Terima kasih kalian.

Bicara soal hati. Biarlah sendiri je yang tahu. Eh, kalau dah masuk soal hati ni jgn nak skema sgt..errrrmmm... I tak tahu la skrang ni. Ye2, memang I mudah suka kat orang. Awak pegang tangan pun, saya boleh jatuh cinta. Tapi saya tak de kuasa nak baca hati awak. So, saya tak tahu apa yg awak rasa. Kalau ini permainan awak, saya tak main sgt main2 game cinta ni. Kalau stupid zombie or jewels bleh la. Tolonglah awak.

Mungkin silap saya suka sangat kat awak. Tapi awak pun beri jalan yg selesa utk saya pada awal nya. Saya tak tahu ape maksud segala apa yang telah berlaku. Harap2 bukanlah sekadar permainan awak utk kelebihan diri awak.

Ok, setakat ini, keputusan saya adalah untuk berundur. Sebelum saya makan hati, baik saya makan nasi. Takut nnti saya yang rengse. Padan muka sendiri.

Kalau awak sayang saya, bahagianya saya. Tapi saya pasti macam tak mungkin je.

Awak jaga diri baik2.