mari ikuti blog ini....

Monday, January 24, 2011

1, 2, 3

Curi sikit masa untuk blog. Mahu ringkas dan padat.

Pertama Happy Belated Birthday untuk housemate saya yang seorang itu. Bday die 23 januari lps. Tak dapat nak celebrate sebab die balik melaka. Tunggu la malam ni.

Kedua, saya tak tahu perlu simpati atau sedih dengan housemate yang seorang lagi. Baru lepas putus cinta. Kalau itu terbaik bagi dia maka saya sokong dan saya sentiasa ada untuk dia. Sabar k. Kalau nak break lagi bgtau awal2. Boleh buat rservation kat restaurant 5 stars.

Ketiga, kejadian khamis lepas. Ada insiden kejar mengejar dan meminta no telefon di highway PLUS selepas tol sungai besi sehingga exit bangi. Errrrmmmm.. Progres? Sekadar berbalas SMS dan coment di fb. Terima kasih. Sape2 nak kejar i kat highway lagi n mintak no tell??? Lalalalala....

Keempat, masih ingat kepada Sang Indah? Sila ingat kembali ye. Saya bertemu Sang Indah di IB ketika menonton teater. Tak sangka dia ada di sana bersama rakan-rakannya. Namun hanya sekadar hi hi bye bye. Harap ada jodoh bertemu die lagi. Sang Indah semakin indah.

Kelima, saya sakit mata sabtu lepas. Nak kata sakit mata, tak jugak sebab kejap je dah elok. Mungkin sebab lense kot. Saya dah kembali ok.

Keenam, road tax kereta dah siap tapi tak amik-amik lagi. Malam ni mahu ambil. Yeaaahhhh!!!! Saya boleh berlagak angkuh ketika lalu di roadblock.

Ketujuh, esok gaji!!!!! Tak tahu lah boleh bergembira atau tidak. Harap2 boleh senum sikit.

Kelapan, sekian.