mari ikuti blog ini....

Monday, November 29, 2010

CHM kembali........

Dah lama tak buat Cerita Hujung Minggu. Yela, tak de aktiviti menarik maka tiada la CHM. Mari kita lihat apa yang berlaku pada minggu ini. bermula jumaat malam, kami (kamal n alan n me) gigih untuk melakukan aktiviti yang dah lama tak buat. Letih kaki di lantai dansa. Tak hingat esoknya kami bakal penat yang teramat sgt. Skip je la cerita dosa2 ni..malas nk share...

Sabtu.

Pertama, i nak bgtau u olss, i dah berpindah ke rumah baru. Sangat penat ye. Bangun pagi sebab nak g amik kunci, bersih kan rumah, balik rumah lama kemas barang lite2. nak angkut barang masuk lori. Dah la lori tak muat. Kene pulak angkut dengan kete. Dengan hujan nye lagi... sampai rumah baru lif pulak rosak. Terpaksa tambah duit lori sebeb diorang angkat naik tangga. Tingkat empat u olss. Aktiviti pindah pada hari sabtu bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tgh malam. Tu pun ada yang tak setel lagi.

Penat kan nak masuk pindah rumah baru. Nak beli barang sume. Barang2 sekarang pun sume mahal2. ape kan daya je. I sgt percaya smthng yang i usahakan bukan sia2.

I tak boleh nak cerita lebih2 pasal pindah ni. Sebab nak menghormati salah seorang ahli rumah yang belum masuk. Katanya tunggu dia dah masuk baru kami declare yang kami sah pindah serumah. Baik........

Ahad

Walau pun penat hari jumaat dan penat berpindah tak hilang lagi, tapi hari ahad dah gigih bangun pagi2. ke seremban ada kenduri umah mak lang i. i ingatkan makan2 keluarga. Rupa-rupanya siap pasang khemah bagai. Ada doa selamat dan tahlil.

Yang penting, sampai je rumah i terus ke dapur mencari mak i yang tercinta. Bukan jumpa nak salam je, terus i melekat kat dapur bersama mak cik i yang lain. Lantak la kan pak cik-pak cik dok depan. I dok dapur pun tolong2 gak lite2. tapi masa tahlil i dok depan la. Bersama-sama kaum lelaki yang lain.

Hujan turun sepanjang hari. Tapi lepas makan-makan i ngan mak i gigih ke hospital jempol untuk melawat jiran kami kat palong. (ni i ada entry khas).

Dah setel semua i anta mak i blk shah alam n i balik la ke rumah baru. Malam kedua di rumah baru.

Isnin.

Masuk keje seperti biasa. Even rasa malas sangat dan mengharap demam. Tapi tak demam pun. So tak leh nak MC....tapi kite kena GIGIH!!!!!!!!!

Friday, November 26, 2010

dari jemapoh ke manchester...

jumaat kembali lagi. alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menikmati pagi jumaat yang barakah...

kesihatan adalah dalam keadaan yang membimbangkan. dah la sekrang memang musim orang demam. i takut kalau2 berjangkit. plssssssss....jgn lah demam minggu ini. minggu yang sgt penting... byk benda yang i nk setelkan minggu ni. harap sumenya berjalan lancar...

persiapan untuk untuk hujung minggu ni rasanya masih 10%. semalam baru sikit2 malakukan persediaan. konon hari ni nak cuti, tapi gigih jua ke ofis. pastu sampai ofis mcm pening2 kepala skit. baik cuti je kan.....

so, i hanya ada malam ni untuk bersedia. esok sudah mahu melakukan satu perubahan. dengan ada urusan2 lain yang perlu i setelkan. kalau lah i ni ada kuasa mistik, i guna kan kuasa je untuk setelkan sume kerja. apa kan daya, tulang empat kerat ni jugak yang kene gigih.


Tuesday, November 23, 2010

meggi gorang mamak tak nak sayur!

curi masa sekejap untuk blog pagi2 hari masuk ofis ini. walau kerja agak berlambak hari ini. yela, dah bermula deadline maka kene la gigih untuk berusaha.

i akan menjadi gila dalam minggu ini. banyak perkara nak fikir tapi i rasa i kene positif dan i percaya i ting tong sekarang untuk smthng yang akan menggembirakan i nanti. keputusan yang i ambil adalah muktamad. ini yang i mahu kan? ting tong bukan sebab i tak cume sebab dalam keadaan yang segera i perlu bertindak dan dengan pelbagai hal lain lagi.

so, i kene la bijak merancang baik2. jangan nanti ting tong lagi. harap semua berjalan lancar.

untuk seketika i sendiri tak tahu ape yang i rasa n apa yang patut i rasa sekarang ini.

sekian.

Friday, November 19, 2010

Pak Arab Tingkat 5....

Apalah i nak buat sorang2 di ofis ni. Hujung minggu dah datang lagi. Minggu ni pun i ada keje. SHOUT! Awards. Bukan pergi suke2 ye u olss, i kene bekerja kat sana. Jgn nak berangan berjalan atas carpet merah....

Raya haji lepas i balik shah alam bersama ......? siapa lagi kan? Mereka la.. Malam raya kami 3some kat umah amanda. Dah lama tak lepak tido sama. Memang tak buat ape pun. Lepak2 sambil menonton dan tertido.

Pagi raya terus gerak ke shah alam. Lepas makan2 kat umah i, diaorang ke melaka pulak. I ngan mak i balik kampung tgk atok. Semua mak cik n pak cik ade. Sepupu2 pulak i, abang i n sepupu2 yang kecik. Makanya memang i lah anak dara kan. Siap tolong2 mak cik i bagai hidang bila nak makan. Jangan nak cerca i k. Itu tandanya i seorang yang rajin

Sekarang kat ofis. Seyes tak de idea untuk bekarya. Tak tahu la malas or memang tak de idea. Mungkin nak jugak tunggu garisan mati baru i bersungguh. Dah la story byk pulak. Mampos!!!!

Monday, November 15, 2010

seperti dia....

contoh terbaik untuk entry sebelum ini. i pun tak tahu siapa wanita ini.

SYUKUR!!!!!

Entry ini sekadar suke2.. jgn nak pikir lebih2...

Cuba bayangkan diri anda jika anda dilahirkan dengan jantina berlawanan dengan jantina sekarang. Errrrmmm.. bukan i berangan nak jadi akak2 ye. I bersyukur dengan diri i sekarang. Malah untuk setakat yang ada ini i bangga menjadi diri sendiri.

Ok, kalaulah i dilahirkan sebagai seorang ppuan. Pertama pastinya i ada p**i. eeeeuuwwww...ape tuh.... i tak nak bercakap pasal yang lain Cuma nak cakap pasal fesyen if i ni seorang wanita.

Pertama i rasa sah2 la tudung i hanya ada sehelai sahaja. (pelbagai guna, untuk raya dan ada majlis agama) Rambut i tak kan rebonding sebb dah memang lurus. Rambut panjang lite2. tak la seperti puntianak. Rambut lepas kan sahaja. Tapi kemas.

Dalam almari baju i rasa sumenya skirt pendek n baju saiz s sahaja. Baju kurung pun maybe ada 24 pasang sebab 24 tahun i hidup (tempah baju kurung untuk raya sahaja). Baju kurung pulak sume biasa2 je. I tak suke sangat nak fesyen2. sama seperti baju melayu. Seluar? Jubah? Baju labuh? I tak kan simpan. Sori.....

Heel2 adalah perkara paling i suke. Seperti jugak i suka simpan koleksi kasut. Pelbagai jenis dan rupa heels... kalau kuar kerja or jalan2 sekali pun skirt dan heels.. cantik tak?? Handbag maybe tak banyak la. Sebb i suke pada satu beg je.

Aksesori jugak tak banyak. Cukup la i ada bende basic seperti rantai dan gelang. Not to much ok. I tak suke serabut2. rimas. Make-up?? I dont think so. Memang la ppuan kene make-up, tapi tak la mampan. Lipstick dan bedak asas sahaja. Sedikit warna pada mata. Cukup!!!!

Boifren??? Big NO!!!!

Yang pasti i akan jadi wanita yang ada class i sendiri. sofistikated. Tapi i jenis yang simple la... i sangat suke ppuan pakai skirt je.. HOT!!!! Ditambah lagi dengan figura i yang tinggi. tapi badan nak kurus skit la...sah2 kaki i nampak cantik....

Skirt pendek dan juga heels.... HOT!!!!!

Tapi sume tuh i tak kan berlaku lah kan...

*jalan2 pakai skirt dengan nina dan amanda. Pasti kami HOT!!!!!

Friday, November 12, 2010

Tasik Idaman


dua barang ni yang i idam sekarang ini.
boat shoe
mcm tgh trend je pakai kasut gini kan.... walau pun ada ala2 begini tapi nak yang baru gak.

fully-blooded by swatch
i tak tahu la dah sampai malaysia belum jam ini. belum sempat nak g cari lagi. since odm n fossil tak de yang cantik, i nak swatch plak.


tp... camne i nak beli, kalu bukak wallet asik piki nak isi minyak n isi perut. untuk dua perkara utama ni i ala2 berkira jugal duit hanya untuk makan n duit minyak je...camne??

menadah tangan dan berdoa semoga ada rezeki untuk dua benda ni.
senyum