mari ikuti blog ini....

Thursday, December 23, 2010

SaYa 2010....

Bile nak masuk tahun baru ni, selain memikirkan azam dan perancangan masa hadpan kita jgn lupa untuk buat imbasan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2010. untuk saya rasa 2010 adalah tahun yang boleh tersenyum. Even ada sedikit jatuh bangun, tapi 2010 adalah satu langkah untuk bermula.

Saya memulakan 2010 dengan sambutan di mutiara damansara dan juga aktiviti di sungai chilling. Sangat best. Kalau igt kembali sg. Chilling memang rasa penat sgt. Memang tak larat. Tapi ia adalah terbaik!!!!

Awal tahun 2010 juga sempat untuk melancong ke bandung dngan mak, kak long n keluarga. Pertama kali ke bandung, jadi sebab tak tahu nak buat apa hanya ikut sahaja perjalanan yang telah ditetapkan. Tangkupan Perahu terbaik.!!! Tapi tak dapat nak bermanja di salon ape ntah namanya...dah lupa....

1 April 2010, jangan nak buat april fool sgt lah. Saya rasa tarikh ini adalah antara tarikh yang penting dalam hidup saya. tarikh saya memulakan kerjaya di mana saya berada sekarang. Even ini bukan kerja pertama tapi kali ini bukan kerja main2 seperti sebelumnya. Boleh dikatakan sebenarnya ini adalah tarikh saya memulakan satu yang besar dalam hidup saya. ibarat saya sebenarnya baru memulakan kehidupan. Bekerja, pindah rumah dan ada kehidupan sendiri. Apa lagi bila saya dapat kerja di bahagian yang saya suka. Memang sorak gembira lah. Jatuh bangun, susah senang dalam kerja adalah perkara biasa. Jadi saya harus tabah.

1 April jugak anak buah i yang ke4 lahir. Shamsul izzat fahmi. Panjang kan namanye. Amik ko!!! Sebab izzat lahir sama tarikh dgn pak su masuk keje, maka mmg paksu akan igtlah bday izzat smp bile2. anak buah lain jgn nak kecik hati. Pak su tetap sayang semua....teeha, iman, ais n izzat....saya memang sayang mereka semua.

Memang selepas kerja kehidupan lebih tertumpu pada kerjaya. Kerja! Kerja! Dan Kerja! Tapi sebenarnya saya suka. Tak kisah lah busy mcm mana sekalipun. Kadang2 la merungut sebab hujung minggu pun kerja. Kerja smp tgh malam, public holiday pun keje. Tapi saya suke!!! Sebab saya ni memang jenis yg jarang nak merancang ke mana2. jadi tak kisahlah nak keje selalu.

Raya tahun 2010, rumah palong penuh bile sume balik. Seronok. Blaja masak dgn mak. N paling penting tak de soalan ble mahu kawen sebab abg saya pun ada masa raya. Jadi soalan itu lebih tertumpu kepada abang saya. kalau abang saya dah kawen nanti?

Sebelum terlupa, tak baik i nak lupakan 30 ogos. Terima kasih kepada housemate intana ria yg clbrte bday i. n shy pun sekali. Bday i tahun 2010 jatuh pada bulan ramadhan. Jadi tak boleh la nak berlebih-lebihan. Menghormati bulan puasa katanye.

Kembali sedikit tentang raya. 2010 raya di melaka adalah yang terbaik. Memang saya tak kan lupakan peristiwa di melaka sempena kunjung-mengunjung di hari raya. Kalau tahun 2010 ada empat orang, saya harapkan sekurang-kurangnya ada lima orang untuk raya akan datang.

26 November, satu lagi perubahan dalam hidup i. berpindah sekali lagi. Dari intana berpindah pula ke kajang impian. Masih dalam daerah yang sama. Pindah duduk bersama dia dan dia. I tak leh nk reveal lg pasal cerita rumah selagi yg sorang tuh belum masuk lagi. Kecoh sgt!!!!

Disember, seluruh keluarga saya dilanda kesedihan. Atok telah kembali ke rahmatullah. Semoga roh atok di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Jadi sekarang ini hanya menunggu hari-hari akhir 2010. as i said b4, 2010 adalah tahun permulaan bagi saya. baru tahun ini saya mahu bertapak dan merangkak membina kerjaya. Semoga lebih baik tahun hadapan.!!! Jom kerja!!!!

2 comments:

  1. eh lupa ke tarikh ko beli Blackberry???? kena masuk tu...hahahaha

    ReplyDelete
  2. celaka la...seyes tak igt!!!!

    ReplyDelete