mari ikuti blog ini....

Monday, March 28, 2011

CHM GIGIH...KUIH KAPIT...

Sebab tak de keje kan, so sempat la untuk ketuk-ketuk keyboard ini. apa mahu cerita?

Kita mulakan dengan CHM....

Sabtu saya ke seremban untuk kenduri tahlil arwah mak lang. Pagi-pagi lagi mak dah call n pesan datang awal untuk tolong-tolong. Ye ye, saya akur. Tapi sampai je seremban tak buat apa-apa pun sebab order makan kat katering. Kenduri lepas Maghrib. Dah sampai awal tak tahu nak buat ape. Sempat tido kejap. Selesai je kenduri, terus balik bangi untuk perjalanan esoknya.

Jam 0050 saya dah celik kan mata untuk bersiap-siap memulakan perjalanan ke batu pahat johor. Semangat jugak untuk jadi pengapit pengantin ni..hahahah.. walau pun mata dah rabak, tapi gigih sesubuh hari. Gerak ke BP bersama Shay. Dalam jam 0600 kami gerak dari bangi.

2 jam perjalanan, singgah jap kat hentian Pagoh. Makan dulu. Andi dah call bagai cakap suruh cepat. tak sabar gamaknya nak nikah kan. Lepas breakfast, sambung perjalanan ke exit tol Yong Peng. Shay plak sempat tidur lepas pekena nasi lemak sebungkus.

Kebetulan sampai di Yong Peng sama dengan rombongan pengantin yang gerak dari Benut. Tak de masalah la nak cari jalan. Ikut je rombongan.

Sampai je rumah pengantin perempuan, saya tengok, yg lelaki dah siap pakai baju nikah. Gelabah jugak la sebab saya tak siap lagi. Park kete n terus sarung baju melayu dan terus gerak ke rumah untuk majlis akad nikah. Saya pun tak tahu sangat apa yang saya kene buat. Yang saya tahu duduk je sebelah pengantin, n ikut je ape die nak. saya rasa dalam sume camera sure ada gmbar saya. hahaha....

Alhamdulillah, sekali lafaz sah andi jadi suami kepada isterinya. Tahniah!!!!

Selesai nikah, memang saya cari tempat nak landing ke. Bersanding lepas zohor. Lama lagi. Selamat ada bilik kat rumah penanggah. Memang terbongkang la bersama shay. Tapi lelap sekejap je la.

Siap2, untuk majlis bersanding. Pening gak la dengan karenah pengantin. Nak itu ini bagai. Nak pegang duit tol bagai. Mana la saya tau sume tuh. Tolong kipas-kipas boleh la kan. Yang penting penat diri lama-lama nak kipas kan pengantin. Takpe2, yang penting kene sentiasa senyum. Supaya gambar dalam setiap camera nampak cantik...ntah2 nanti abang foto crop gambar i..celaka!!!!

Selesai majlis sanding. Alhamdulillah.... sekarang saya dah tau la camne rasa jadi pengapit. Ada orang cakap kalu jadi pengapit turn kite adalah next. Ada pulak yang cakap kalau selalu jadi pengapit, jodoh kite lambat lagi. Maka saya ambil pendapat kedua. Sape2 nak tempah i jadi pengapit?????

Selessai. Balik lalu muar. Lalu depan sekolah lama. Nak ambik gambar tapi macam segan nak turun. Terus ke melaka. Singgah rumah kak ngah. Tidur n bangun semula, mandi dan gerak balik. Singgah makan kat ayer keroh n terus ke bangi. Jalan jem, down!! Kul 1030 sampai umah.

Sekian.

Thanks kak ngah bagi tumpang tido jap. Sori la ye tak tolong kemas umah.


*pengapit terlampau....

Thursday, March 10, 2011

Sekian

Ok sgt busy! Even saya bukanlah seorang pegawai tarap2 44 atau mungkin seorang exec, tapi ada masa tetap busy dengan keje jugak kan. So, blog dan apa segala adalah perkara yang tidak akan diberi perhatian.

Hari khamis dalam minggu ini. dan sepanjang minggu ini memang balik umah jam 12 tgh malam lebih. Balik keje, gosok baju, mandi, isap rokok skit dan kemudian tdo. Bangun pagi dan kemudian kerja seperti biasa. Yeeeaahhhh!!! I luv my job!!!

Minggu ni memang minggu preview filem. Merong mahawangsa, Cun dan ... dalam Botol. Ketiga-tiga filem itu adalah tidak membazir untuk di tonton. So book ut tix now!!!

Seronok dan letih penang rasanya tak abis lagi. Penang sgt seronok dan puas makan2. roti canai daging, nasi kandar, laksa feringhi + abg laksa, rojak gurney dan segala-galanya. Rasa mahu sekali lagi ke penang dan lebih lama untuk makan lebih banyak. Saya pun tak boleh nak cuti lama. Dah keje ko tak siapkan awal2. padanlah muka tak dapat nak cuti kan.

Saya penat sangat sekarang ini. saya perlukan smthng yg baru. Bukanlah nak keje baru. Tapi nak smthng yang baru sebab dah mula bosan. Mungkin terbaik adalah untuk saya mulakan di rumah. Kemas bilik. Dah bosan nak balik rumah dah. Kat ofis juga. Errrrrmmm... jap lagi lah kemas meja ni.

Ok. Itu sahaja. Sekian.

pau ni sedap tau...yg kat rumah pun tak stim kan lagi....(bak kata intan)...ok, pau kite kukus ye...kan? ke ......