mari ikuti blog ini....

Thursday, May 26, 2011

ampun

Seminggu yang lepas sangat tidak memberangsangkan. Macam-macam dugaan. Itu dan ini. Dari pelbagai sudut menerjah. Kerja, diri sendiri, keluarga, dan sekeliling. Tak perlu nak cerita. Sebab kalau cerita sure semua akan gelak sebab bukannya masalah besar pun. Tapi kalau dah semua datang serentak, rasa boleh buat jiwa kacau. Buang jauh-jauh semua itu. Alhamdulillah, masalah yang datang setakat ini rasanya selesai. Apa lagi yang Tuhan akan duga lepas ini. Jangan nak merungut. Yang penting kena kuat. Apa yang saya belajar dari semua masalah ini? Pertama, apa yang berlaku ada sebabnya. Jangan nak pandang jauh-jauh. Sebaliknya tengok diri sendiri. Kenapa Tuhan bagi dugaan begitu. Itu namanya Tuhan bayar cash!!! Ye2, saya sedar. Sebab salah sendiri jugak. Kedua, semua masalah ade jalannya. Apa cara sekalipun pasti ada jalan. Fikirkan yang terbaik dan jangan takut mengambil keputusan. Kalau keputusan yang salah sekalipun kita sendiri yang akan rasa. Untuk jadi pengajaran di masa akan datang. Ok! Cakap sekadar di mulut. Hari ini kita ingat, esok lusa? Kalau esok lusa saya alpa dan tersasar, sila tampar saya laju-laju. :(

No comments:

Post a Comment