mari ikuti blog ini....
Thursday, October 14, 2010
Adie Mitcham
Wednesday, October 13, 2010
termenung
Tuesday, October 12, 2010
baby....
FB
Friday, October 8, 2010
CHM.....
Ada sedikit masa terluang. Mari update blog sedikit. Kali ini CHM kembali lagi.
CHM minggu lepas saya kira sangat seronok. Apabila saya meletakkan perkataan sangat maka pastinya Melaka. Yeaaahhhhh!!!!
Ahli-ahli yang berseronok adalah seperti biasa saya, alan n kamal dan turut disertai oleh shy. Perancangan ke melaka adalah utk open house umah kak ngah. Awal kami gerak dari bangi. Sampai melaka lbh kurang jam satu. Makan2, ambil gamabr, makan2, hisap rokok, ambil gambar dan makan lagi. Selesai!
Selepas tuh kami terus ke bandar hilir untuk sesi fotografi. Ape lagi, memang beraksi sakan la kami kat sana. Siap gigih panjat kota a’Famosa tuh. Ko mampu??!!! Setiap sudut nak amik gambar. Tak kira la kat mana. Lantak la nk duduk atas jalan ke, baring atas rumput ke kan. Demi nk bergambar sanggup semuanya. Puas!!!!
Sempat jugak naik cruise keliling sungai melaka yang indah bersih aman permai tuh. Kata kau!!! Dah selesai semua kami makan malam kat umah alan. Terima kasih mak alan. Terima kasih jugak kat angah. Baik angah. Jam 10 gerak semula ke bangi. Hujan lebat yg sgt lebat. Memandu di lorng tgh sahaja. Sangat hati2. alan je teman i k. Kamal n shy dh selamat zzzZZZzzz.....
Rasanya ini pertama kali kami berjalan jauh (jauh ke mlk?) bersama naik kete sama2. selalunya mesti tak cukup sorg kan. Seronok ble makan2 kat highway, makan2 umah kak ngah, jalan2, n bergambar. Lebih seronok bile kite buat sume tuh bersama. Betul tak perempuan gile dan wanita bugis? Sayang sgt kat korng.. terima kasih kat shy juga. Shy sgt suke makan donut....
Thanks for the moment....
Pic will be uploaded..tunggu fotografer ye...
Friday, October 1, 2010
PANAS!!!!
Mari berblog lagi. Rajin pula mahu menulis untuk blog ini. Sementara belum busy maka boleh la nk ngada2 kat blog ni.
Malas nak berfikir dan merancang. Takut nanti tak menjadi. Maka biarkan sahaja berlaku apa yang akan berlaku.
Semalam masih sempat beradu suara dengan amanda n nina. Gigih walau pun sekadar sejam. List lagu yg dipilih pun tak abis nyanyi... =(
Tapi tak pe sbb semalam suara i tak sedap pun. So balik awal je la.
Saya perlukan yang panas dan hangat!!!! Idea!!!!
Tuesday, September 28, 2010
5 perkara SEBELUM 5 perkara
Mari bercerita tentang kematian. Bukanlah nak cerita insaf2 ni. Tapi kadang2 cerita tentang kematian boleh memberi keinsafan.
Pernah tak terfikir mcm mana kita akan mati. Haasiiissshh...takut bile difikirkan. Tapi ade tak terfikir tentang kematian yang dari keturunan. Contohnya sakit yang diwarisi ke kan.... macam tuh la... kalu u olss tak pernah berfikir lantak u olss la..
Tapi ini adalah somthng yang i selalu fikir. Mati keturunan. Begini.....
Arwah ayah meninggal pada umur 52 tahun sebab sakit jantung. Dan dua org pak cik sebelah ayah meninggal pada umur 52 (lebih kurang).... ada pak cik yang pernah cakap lps ni turn diorg plak bile umur 52. adakah i juga??
Kedua, nenek sebelah mak meninggal sebab kanser. Baru2 ni mak cik i, (adik mak) di sahkan mengidap kanser jugak. Belum la sampai tahap nak menunggu ajal, (nauzubillah). Tapi itu adalah salah satu penyakit keturunan jugak kan.... adakah i juga??
Tapi yang bestnye cerita atok i. Tahun ni (2010) atok i berumur 88 tahun. Percaya atau tidak?? Dan adik-beradik atok i ada yang masih hidup yang juga sudah tua berumur lingkungan 75++. Meletop kan mereka??? Dan atok i masih mampu bwk kereta.... adakah i akan begitu??
Entah la, i pun tak tahu jalan yang telah ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Sebagai umatNYA i hanya mampu berdoa agar dikurniakn kesihatan dan kehidupan yang sempurna. Insya ALLAH...
- i ade telinga besar seperti atok i, tp i ada mata seperti arwah ayah i-