mari ikuti blog ini....
Thursday, November 11, 2010
Jus Epal Asam Boi
Studio Jalan Ampas
Jam 1500. Baru masuk ofis dan baru balik dari assgmnt. Pagi tadi tak masuk ofis pun sebab memang malas. So bgn lambat dan terus pergi assgmnt di Balai Seni Negara. Pelancaran P. Ramlee on Coins. N paling best i pun dapat jugak satu coins. Even dapat yang tembaga je, tapi sgt bertuah la kan. Antara org yang terawal memilikinya.
I ke sana bukan nak cover event sgt, ke sana sebab nak interview artis yang perform. Dapat jmp lan je. Najwa awal2 dah balik. Tak sempat nak interview. Tapi yang best jugak ble jumpa rakan2 sekerja yang lain, ada la gosip2 terbaru yang i dapat... nak tahu? Tunggu i siasat dulu k....
Tengah2 event berlangsung tetibe kecoh pulak kat luar dewan tuh. Kononnya ada menantu p. Ramlee datang nak buat kecoh. Buakan konon la, memang betul2 datang. dia cakap guard tak benar kan die masuk dan kenapa dia tak dapat jemputan untuk majlis macam ini. yelah kan, majlis yang menggunakan nama bapa mertua pulak.
Kecoh jugak la bile yang lain2 dok interview. I tak sempat sebab masa tu i tgh bertentang mata dengan lan..hahaha...tapi apa yang i wanita ini sempat bercakap dgn menteri yang datang tentang hak royalti dia dan keluarga. Al-maklum la, bila hal2 begini berlaku kan. Ibarat orang mengambil hak dari kita.
Susah i nak komen hal2 begini. Sebab isu ini dah lama dan i sendiri tak kaji sangat. Tak nak lah bercakap mcm tin kosong. Nnti i dah kaji i bgtau k.
Tapi i sempat jumpa Atilia yg juga penganjur event tu. Dia cakap dia dah jemput semua ahli keluarga p.Ramlee. errrrrmmm..camne tuh??? Mungkin ada salah faham kot....yg lebih penting cucu p. Ramlee lazat...sape2 yang suke bela ikan boleh la...hahahaha....
Sekian.
sebelum terlupa....untuk sekian kali nya, tahniah buat my BFF aman. sorang lagi BFF bile plak???
Wednesday, November 10, 2010
Durja Ningsun dan metamorfin
Mari curi sedikit lagi masa untuk blog. Tapi hari ini boleh curi masa banyak skit kot. Tak pe, untuk diri sendiri saya izinkan. Tidak ada yang menarik sangat hari ini kecuali kes2 di surat khabar tentang bunuh dan dibunuh. Sedih bukan? Lebih sedih lagi apabila kes2 melibatkan ahli keluarga. Si mati terbunuh akibat di tetak oleh keluarga sendiri. *istifar*.
Sila rujuk kosmo dan juga utusan untuk laporan lanjut.
Sebagai pihak ketiga, susah nak tafsirkan apekah di sebalik setiap kejadian. Memang kalu ikut hati dan nafsu kita akan cakap semua itu gila dan pembunuh memang layak di hukum mati. Atau mungkin orang akan cakap Tanggang sekarang bukan sahaja kurang ajar malah sudah bertindak lebih dengan membunuh.
Kalau ikut waras akal, perkara begini memang tak sepatutnya berlaku. Punca2 kejadian juga adalah suatu yang menjadi masalah besar dalam masyarakat. Masalah dadah dan juga kuasa mistik. Perkara yang memang tak boleh kita terima. Betul tak??
Apa kita boleh buat sebagai masyarakat sekeliling? Kalau setakat baca paper dan sedih mungkin belum cukup untuk elakkan perkara ini berlaku. (i cakap untuk diri sendiri). tapi apa kudrat kita untuk atasi semua tuh? *sigh*
*al-fatihah*
Tuesday, November 9, 2010
Sila Jawab Guna Pensil 2B
I tak tahu la sama ada blog ini ada pembaca atau tidak. I harapkan ada la yang sudi baca dan berkongsi cerita di alam maya ini. ok, hari ini i nk tanya pendapat semua.....
Mungkin ada yang tahu siapa diri i sebenarnya dan ada yang tahu apa i buat kan. begini, i pernah terfikir untuk buat entry berkaitan dengan kerja2 i. kalau i update story2 berkaitan kerja i rasa u olls sure suke sebab nak tahu gosip2 kan...haiisshh.. tak baik tau...
Actually i buat blog sebab kat sini lah i nak lari dari kerja. Menaip bukan cerita kerja dan secara bebas i boleh cakap ape2. tapi ada gak berpendapat i boleh share berita-berita sensasi kat sini. Errrrrmmmmm... nnti dah jadi macam i buat kerja kat blog ni.... cmne??
U olss nak gosip? Atau mungkin lebih baik seperti biasa kita kongsi cerita yang bukan pasal kerja?
U olss nak camne?
Sebagai pendahuluan i nak bgtau gosip ....... tak de gosip....lalalala...
Ala, lagipun dah banyak blog2 yang cerita pasal gosipkan..so i tak nak la terlibat sama....
One World Hotel
Ada banyak masa untuk blog hari ni. Yela, semalam di ofis sehingga jam 3 pagi. Maka selepas deadline memang masa untuk suka ria seketika di ofis sebelum keje2 akan datang lepas ni.
I tak de hutang CHM kan? Last weekend pun tak buat apa2. tak de aktiviti menarik pun. Tapi bila bersama perempuan gila dan wanita portugis adalah aktiviti paling best. Cuma sekrang ni i rasa nak mengeluh. Sebab i rasa i dah lama tak rehat yang betul2 rehat. Dah lama i berangan nak g bercuti. At least duduk kat hotel bangun tido lambat. Swimming kat pool dan jalan2. ntah bile la i boleh buat sume tuh. Masalah paling utama adalah $$$$. I bukanlah orang kaya yang boleh petik je nak pegi mana kan. Tapi kalau dapat duduk hotel area2 kl pun ok. Ada sapa2 nk spedo or ajak i bercuti? I nk cuti free... camne? Boleh tak? Jangan nak berangan!!!!!
Hari ini i dah tak nak berangan lagi pasal Sang Indah, Sang Setia atau sebagainya. Walau pun mungkin Sang Setia ada respon positif tapi malas nak fikir buat seketika. Seketika bermaksud sampai selesai i tulis entry ni. Lepas tuh sure lah i akan berangan balik.
Hari yang sangat mengantuk sebab tak de kerja. I dah baca GLAM lelaki dari kulit ke kulit. Bukan mudah i nk buku ni. Nak exam pun i tak baca kulit ke kulit. Sebab bosan, sume i baca. Dan baca blog top to toe. Selalu kalau panjang2 i jarang nak baca.
Jap2... i ada keje..nak call Nur Amina...
ikan kembung masak ladprik
U olss, sekarang jam menunjukkan pukul 12.45 tgh malam ye. Cube teka i kat mana sekarang?? I masih kat ofis ye.....sgt gigih mencari sesuap nasi. Kata ko!!!!
Ahad lepas i gigih ke kolam renang dgn harapan dapat jumpa Sang Indah. Tapi sedih..mungkin bukan jodoh dgn Sang Indah. Tapi yang pasti Sang Setia tidak mengecewakan. terbaik!!!!!
Sekian.