mari ikuti blog ini....

Thursday, December 23, 2010

janji

Hangat-hangat tahi ayam. Ayat terbaik untuk saya dan blog ini. (saya hangat dan blog ini tahi ayam).hahahaha.. yela, jarang sekali nak duduk hadap pc n update blog ini. apa lagi magu kemaskini gambar dan sebagainya. Memang susah sekali. Tapi saya sangat rajin blog-walking. Bile dah rasa kebosanan memang suka untuk baca-baca blog orang lain. Baca blog orang tak kenal pun best jugak. Inilah dunia bloger. Kite share smthng dengan sesiapa sahaja. Best wooooo......

Skrang ini memang ada kesempatan untuk hadap pc ini. banyak juga cerita yang saya tak update. Pindah rumah, birthday teeha, kerja apa tah lagi. Macam-macam cerita yang saya t ak cerita kan. (pleas berjanji pada diri sendiri intuk update blog selalu)....maka semua cerita itu diabaikan. Sebab dah basi. Nak cerita sekali pun dah tak seronok.

Cuba kite pejam celik mata laju2. kejap je dah sampai tahun 2011 kan. New year 2010 pun rasa mcm baru berlaku. Peristiwa pergi Chilling, curve dengan seuar yg kotor. Memang terbaik!!!! New year 2011 memang tak de apa2 plan lagi. Setakat ini hanya mahu tidur sahaja di rumah. Jangan nak cakap saya pemalas atau saya seorang yang anti-sosial.

Tahu tak, saya dah lama tak menikmati hujung minggu. Bile sabtu ahad, ada sahaja kerja atau urusan-urusan yang perlu diselesaikan. Weekend yang lepas pulak badan kurang sihat. Makanya hanya terlantar atas katil je la. Mengharapkan minggu ini akan ada hujung minggu untuk diri sendiri. Mak dah call ajak saya keluar. Best jugak, dah lama tak kuar jalan-jalan ngan mak kan....saya memang suka dating dgn mak saya. best!!!!

OK, currently teraddicted dengan AH dan HZ. Sgt romantik AH untuk mendapatkan HZ. Actually i pun tak tahu apa kaitan mereka. Tapi kalu betullah AH nak kat HZ, harap2 cinta blog diorg ni menjadi la. Sape yg belum tahu cari ini vidiyo saya. anda tgk video itu dan saksikan bersama. Paling best adalah video HNSZLKH......i nak berangan sekejap...

Hari ini saya mahu duduk dan merancang untuk 2011. seperti biasalah, perancangan mesti ada. Apa yang dirancang 2010 alhamdulillah adalah sedikit tercapai. At least saya telah bergelar seorang pekerja. Yang lain-lain sedang usaha untuk lebih baik.

katanye budak ini sudah tumbuh gigi!!!!

Wednesday, December 22, 2010

tolong!!!!

dah lama tak update blog. saya sgt busy la. jgn marah saya tau. tak baik...

dengan pantas dan ringkas...kepada semua pembaca, sape tahu blog2 or website yg jual barang secara on9...saya sgt pemalas nak keluar bershoping tapi ade bende saya nak cari...plssss..bgtau saya k......


kalau tak de yg tolong saya terpaksa la start kete g ferenheit...jom...!!!!

Monday, December 13, 2010

impian...

Jom kita hadap sebentar blog ini. dah lama tak update kan. Pertama al-fatihah buat arwah atok yang kembali ke rahmatullah pada khamis lepas. Alhamdulillah semua urusan jenazah berjalan lancar. Semoga roh atok di tempat di kalangan orang-orang beriman.

Jadi sekali lagi hujung minggu i adalah tidak menjadi hujung minggu. Tak baik merungut kan. Tempoh bersedih pun i rasa harus ditamatkan. Apa yang penting sentiasa ingat pada yang telah tiada dan sedekah kan al-fatihah.

Balik rumah ku yang indah, i kembali jadi gila. Makin menjadi-jadi perangai kami dalam rumah. Ibarat seperti tiada dunia lain. Bahagia sgt duduk di rumah itu. Kalau sape2 nak join aktiviti kami silalah. Mungkin susah u olss nk jumpa housemate yang mcm kwn i ni. hahahahah..... kalau sume blur2 ape aktiviti kami, dan nak tahu, meh la join sekali. Kami alu-alukan. Syaratnya, sila tinggal semua barang anda di belakang pintu masuk.

Minggu ini kembali bekerja seperti biasa. Setakat ini tak lah byk sgt kerja yang menanti. Tapi i hanya menanti segala kesibukan yang bakal melanda. I sangat suke kerja i.....kata ko!!!!!!

I ada satu lagi impian yang belum tercapai dalam rumah itu. Errrrrmmmm.......i harus laksanakan impian sebelum housemate sorang lagi masuk........

*** 1, 2, 3, 4 i dah lalui.....so i nak lebih dari empat!!!!

Monday, November 29, 2010

CHM kembali........

Dah lama tak buat Cerita Hujung Minggu. Yela, tak de aktiviti menarik maka tiada la CHM. Mari kita lihat apa yang berlaku pada minggu ini. bermula jumaat malam, kami (kamal n alan n me) gigih untuk melakukan aktiviti yang dah lama tak buat. Letih kaki di lantai dansa. Tak hingat esoknya kami bakal penat yang teramat sgt. Skip je la cerita dosa2 ni..malas nk share...

Sabtu.

Pertama, i nak bgtau u olss, i dah berpindah ke rumah baru. Sangat penat ye. Bangun pagi sebab nak g amik kunci, bersih kan rumah, balik rumah lama kemas barang lite2. nak angkut barang masuk lori. Dah la lori tak muat. Kene pulak angkut dengan kete. Dengan hujan nye lagi... sampai rumah baru lif pulak rosak. Terpaksa tambah duit lori sebeb diorang angkat naik tangga. Tingkat empat u olss. Aktiviti pindah pada hari sabtu bermula jam 10 pagi dan berakhir jam 12 tgh malam. Tu pun ada yang tak setel lagi.

Penat kan nak masuk pindah rumah baru. Nak beli barang sume. Barang2 sekarang pun sume mahal2. ape kan daya je. I sgt percaya smthng yang i usahakan bukan sia2.

I tak boleh nak cerita lebih2 pasal pindah ni. Sebab nak menghormati salah seorang ahli rumah yang belum masuk. Katanya tunggu dia dah masuk baru kami declare yang kami sah pindah serumah. Baik........

Ahad

Walau pun penat hari jumaat dan penat berpindah tak hilang lagi, tapi hari ahad dah gigih bangun pagi2. ke seremban ada kenduri umah mak lang i. i ingatkan makan2 keluarga. Rupa-rupanya siap pasang khemah bagai. Ada doa selamat dan tahlil.

Yang penting, sampai je rumah i terus ke dapur mencari mak i yang tercinta. Bukan jumpa nak salam je, terus i melekat kat dapur bersama mak cik i yang lain. Lantak la kan pak cik-pak cik dok depan. I dok dapur pun tolong2 gak lite2. tapi masa tahlil i dok depan la. Bersama-sama kaum lelaki yang lain.

Hujan turun sepanjang hari. Tapi lepas makan-makan i ngan mak i gigih ke hospital jempol untuk melawat jiran kami kat palong. (ni i ada entry khas).

Dah setel semua i anta mak i blk shah alam n i balik la ke rumah baru. Malam kedua di rumah baru.

Isnin.

Masuk keje seperti biasa. Even rasa malas sangat dan mengharap demam. Tapi tak demam pun. So tak leh nak MC....tapi kite kena GIGIH!!!!!!!!!

Friday, November 26, 2010

dari jemapoh ke manchester...

jumaat kembali lagi. alhamdulillah...masih diberi kesempatan untuk menikmati pagi jumaat yang barakah...

kesihatan adalah dalam keadaan yang membimbangkan. dah la sekrang memang musim orang demam. i takut kalau2 berjangkit. plssssssss....jgn lah demam minggu ini. minggu yang sgt penting... byk benda yang i nk setelkan minggu ni. harap sumenya berjalan lancar...

persiapan untuk untuk hujung minggu ni rasanya masih 10%. semalam baru sikit2 malakukan persediaan. konon hari ni nak cuti, tapi gigih jua ke ofis. pastu sampai ofis mcm pening2 kepala skit. baik cuti je kan.....

so, i hanya ada malam ni untuk bersedia. esok sudah mahu melakukan satu perubahan. dengan ada urusan2 lain yang perlu i setelkan. kalau lah i ni ada kuasa mistik, i guna kan kuasa je untuk setelkan sume kerja. apa kan daya, tulang empat kerat ni jugak yang kene gigih.


Tuesday, November 23, 2010

meggi gorang mamak tak nak sayur!

curi masa sekejap untuk blog pagi2 hari masuk ofis ini. walau kerja agak berlambak hari ini. yela, dah bermula deadline maka kene la gigih untuk berusaha.

i akan menjadi gila dalam minggu ini. banyak perkara nak fikir tapi i rasa i kene positif dan i percaya i ting tong sekarang untuk smthng yang akan menggembirakan i nanti. keputusan yang i ambil adalah muktamad. ini yang i mahu kan? ting tong bukan sebab i tak cume sebab dalam keadaan yang segera i perlu bertindak dan dengan pelbagai hal lain lagi.

so, i kene la bijak merancang baik2. jangan nanti ting tong lagi. harap semua berjalan lancar.

untuk seketika i sendiri tak tahu ape yang i rasa n apa yang patut i rasa sekarang ini.

sekian.

Friday, November 19, 2010

Pak Arab Tingkat 5....

Apalah i nak buat sorang2 di ofis ni. Hujung minggu dah datang lagi. Minggu ni pun i ada keje. SHOUT! Awards. Bukan pergi suke2 ye u olss, i kene bekerja kat sana. Jgn nak berangan berjalan atas carpet merah....

Raya haji lepas i balik shah alam bersama ......? siapa lagi kan? Mereka la.. Malam raya kami 3some kat umah amanda. Dah lama tak lepak tido sama. Memang tak buat ape pun. Lepak2 sambil menonton dan tertido.

Pagi raya terus gerak ke shah alam. Lepas makan2 kat umah i, diaorang ke melaka pulak. I ngan mak i balik kampung tgk atok. Semua mak cik n pak cik ade. Sepupu2 pulak i, abang i n sepupu2 yang kecik. Makanya memang i lah anak dara kan. Siap tolong2 mak cik i bagai hidang bila nak makan. Jangan nak cerca i k. Itu tandanya i seorang yang rajin

Sekarang kat ofis. Seyes tak de idea untuk bekarya. Tak tahu la malas or memang tak de idea. Mungkin nak jugak tunggu garisan mati baru i bersungguh. Dah la story byk pulak. Mampos!!!!