mari ikuti blog ini....

Thursday, August 18, 2011

Carolina Herrera

Pejam, celik, pejam dan kembali celik semula, kita sudah menghampiri Syawal. Alhamdulillah, puasa tahun ini berjalan dengan lancar. Nafsu mmg sukar dibendung. Mujur iman dan akal masih berfungsi untuk menafikan tindakan dan perihal nafsu. Kata kau!!!!! Ko dah ponteng puasa kan? Diam!!!!

Persiapan raya rasanya masih belum cukup lg kot. Baju melayu pun belum amik lg. Jangan terlupa sudah lah. Lain2 lite2 sajork. Tak yah nak raya sangatlah. Ko dah dapat carolina herrera cukup lah. Thanks mak!!! Lain2 persiapan tunngu nak raya nanti untuk beli barang2 rumah. Biasa mak yang akan uruskan. Tugas saya hanyalah membawa mak membeli je. Tapi tahun ni saya nak beli sendiri la. Belajar la beli barang rumah untuk raya. Baik!!! Bahau, tunngu nnti I datang shopping k.

Lepas habis deadline raya ari tu, kat ofis tak la busy sgt. In fact, tak keje sebenarnya. Having fun with my angry bird n browsing je keje. Next week mungkin busy skit.

Saya masih belum makan nasi kerabu wan atiq untuk ramadhan kali ini. Tak sempat lagi. Minggu dpn la. Eh eh..minggu dpn satu lagi dah nak raya. Eh eh birthday saya!!!! Jangan nak raya sgt. Ingat bday saya tau.

Pc n blog i kene ceroboh..celaka la nuar!!!hahah... ko baca kan....

*** awak, jom bercinta.. saya panggil awak Sang Jiwa lah.;

Tuesday, August 2, 2011

Tak boleh ponteng!

Selamat berpuasa tau untuk semua. Dah masuk 2 Ramadhan dah ni. alhamdulillah...sempat kita jumpa lagi dalam bulan Ramadhan. Semalam saya buka puasa dengan mak saya. dengan kakak-kakak saya dan keluarga kakak-kakak saya. juga bersama dua orang teman rumah saya. angkut sekali balik shah alam. Eh2 eh2...busy la...nk sambung kerja. Bye!


**nak ponteng berapa hari erk tahun ni? errrkkkk????!!!

Friday, July 29, 2011

Eh! Eh!

Berhabuk dan bersawang bagailah blog ini tidak diberi perhatian. Banyak sangat cerita yang tertinggal ini. tak payah nak cerita sangat lah kan. Panjang sangat. Tapi semalam saya ke stadium tau. Tengok Harimau Malaya vs Spore. Sedih sebab tak berapa nak menang sangat. L

Minggu depan sudah menjelang Ramadan. Sudahkah anda bersedia?? Saya??? Pasti!!!!

Salam Ramadan buat semua. Jom kita ambil peluang keberkatan Ramadan ini untuk tingkatkan pahala. Errkkkk?????


**bulan Ramadan ni boleh cari cinta tak?? perlu lebih gigih ke bazar Ramadan.....

Friday, June 3, 2011

pondok usang

Tak ada sangat perasaan untuk buat keje hari ini. ye la kan, jumaat dan bukan deadline. So, memang hanya menunggu detik jam enam sahaja. Apa mahu cerita? Ok, jom kita mulakan.

Beberapa hari lepas saya ke jb untuk program satu program amal. Ini bukan yang pertama sebab sebelum ini kami telah pun singgah di beberapa lokasi lain. Program amal ini akan melawat ke rumah seri kenangan di sesebuah negeri dan akan singgah di dua buah rumah orang miskin yang tersenarai di bawah jabatan kebajikan masyarakat.

Untuk dua buah rumah di jb, memang satu pengalaman baru. Rasanya inilah kes paling teruk kami pernah lihat. Bayangkan, rumah yang didiami oleh seorang lelaki berusia lebih kurang 60 tahun plus2 adalah sebuah ‘pondok’ usang. Lantainya adalah tanah yang berair dan kotor. Hidup malam dalam kegelapan sebab tak ada bekalan elektrik.

Pertama kami saya masuk rumah itu, saya cepat2 keluar balik sebab rasa nak muntah. Mana tak nya, bau pinggan mangkuk yang tidak berbasuh. Melihat kedaifan pak cik itu, ramai yang menitiskan air mata.

Sempat juga berbual dengan pak cik itu, dia cakap setiap bulan dia akan naik bus untuk ke pejabat jbtn kebajikan untuk mengambil bantuan sebanyak rm300. Duit itulah yang dia guna untuk makan setiap bulan. dengan kudrat tua itu dia naik bus. tak boleh ke orang JKM nak hantar sendiri duit? Sempat juga saya melihat jiran sekeliling. Terkejut jugak sebab taraf hidup pak cik itu dengan jiran yang lain sgt berbeza. Rumah mereka besar dan rasanya hidup mereka senang.

Bayangkan ada sebuah pondok kecil di deretan rumah kampung yang mana lainnya saya kira tak lah susah sangat hidup mereka. menurut pak cik itu lagi, jiran hadapan rumah adalah saudara dia dan jarang sekali untuk mereka datang melawat. Sedih....

Panjang kalau saya nak cerita detail. Apa yang saya boleh cakap, memang sedih bila melihat masih ada orang yang hidup dalam keadaan sebegitu daif. Mungkin saya tak biasa dengan keadaan itu. even di kampung saya pun saya tak pernah tengok orang tinggal dalam keadaan begitu. bukan nak berlagak, tapi apabila melihat keadaan sebegini, saya sendiri terkejut. saya sendiri tidak boleh bayangkan kesusahan pak cik itu.

Nak tahu lebih lanjut, nanti beli HAI k...promosi!!!!

Apa yang saya dapat? Pertama, setiap bulan ko merungut tak de duit, tapi sebenarnya adalah orang yang lebih susah lagi hidupnya. Syukur apa yang ko ada. Kedua, hidup sebatang kara seorang diri. Sepanjang jalan balik saya teringat kat mak saya. InsyaALLAH saya tak sesekali buat begitu kat mak saya. JANJI!!! Ketiga, jangan berserah pada takdir andai sekali pun ko tak pernah nak usaha.

Sekian.

Thursday, May 26, 2011

ampun

Seminggu yang lepas sangat tidak memberangsangkan. Macam-macam dugaan. Itu dan ini. Dari pelbagai sudut menerjah. Kerja, diri sendiri, keluarga, dan sekeliling. Tak perlu nak cerita. Sebab kalau cerita sure semua akan gelak sebab bukannya masalah besar pun. Tapi kalau dah semua datang serentak, rasa boleh buat jiwa kacau. Buang jauh-jauh semua itu. Alhamdulillah, masalah yang datang setakat ini rasanya selesai. Apa lagi yang Tuhan akan duga lepas ini. Jangan nak merungut. Yang penting kena kuat. Apa yang saya belajar dari semua masalah ini? Pertama, apa yang berlaku ada sebabnya. Jangan nak pandang jauh-jauh. Sebaliknya tengok diri sendiri. Kenapa Tuhan bagi dugaan begitu. Itu namanya Tuhan bayar cash!!! Ye2, saya sedar. Sebab salah sendiri jugak. Kedua, semua masalah ade jalannya. Apa cara sekalipun pasti ada jalan. Fikirkan yang terbaik dan jangan takut mengambil keputusan. Kalau keputusan yang salah sekalipun kita sendiri yang akan rasa. Untuk jadi pengajaran di masa akan datang. Ok! Cakap sekadar di mulut. Hari ini kita ingat, esok lusa? Kalau esok lusa saya alpa dan tersasar, sila tampar saya laju-laju. :(

Friday, May 20, 2011

short!

lama tak update ape2 kan...ye2..saya bukan blogger yang tegar...lately lebih fokus kepada hal2 yang lain. sekarang pun malas nak update. just nak bgtau saya nak pegi melaka malam ini..MELAKA!!! siapa yang tak suka melaka. semua suka kan...sekian... yang menuju ke selatan malam ini, kita jumpa di highway PLUS k..

Monday, March 28, 2011

CHM GIGIH...KUIH KAPIT...

Sebab tak de keje kan, so sempat la untuk ketuk-ketuk keyboard ini. apa mahu cerita?

Kita mulakan dengan CHM....

Sabtu saya ke seremban untuk kenduri tahlil arwah mak lang. Pagi-pagi lagi mak dah call n pesan datang awal untuk tolong-tolong. Ye ye, saya akur. Tapi sampai je seremban tak buat apa-apa pun sebab order makan kat katering. Kenduri lepas Maghrib. Dah sampai awal tak tahu nak buat ape. Sempat tido kejap. Selesai je kenduri, terus balik bangi untuk perjalanan esoknya.

Jam 0050 saya dah celik kan mata untuk bersiap-siap memulakan perjalanan ke batu pahat johor. Semangat jugak untuk jadi pengapit pengantin ni..hahahah.. walau pun mata dah rabak, tapi gigih sesubuh hari. Gerak ke BP bersama Shay. Dalam jam 0600 kami gerak dari bangi.

2 jam perjalanan, singgah jap kat hentian Pagoh. Makan dulu. Andi dah call bagai cakap suruh cepat. tak sabar gamaknya nak nikah kan. Lepas breakfast, sambung perjalanan ke exit tol Yong Peng. Shay plak sempat tidur lepas pekena nasi lemak sebungkus.

Kebetulan sampai di Yong Peng sama dengan rombongan pengantin yang gerak dari Benut. Tak de masalah la nak cari jalan. Ikut je rombongan.

Sampai je rumah pengantin perempuan, saya tengok, yg lelaki dah siap pakai baju nikah. Gelabah jugak la sebab saya tak siap lagi. Park kete n terus sarung baju melayu dan terus gerak ke rumah untuk majlis akad nikah. Saya pun tak tahu sangat apa yang saya kene buat. Yang saya tahu duduk je sebelah pengantin, n ikut je ape die nak. saya rasa dalam sume camera sure ada gmbar saya. hahaha....

Alhamdulillah, sekali lafaz sah andi jadi suami kepada isterinya. Tahniah!!!!

Selesai nikah, memang saya cari tempat nak landing ke. Bersanding lepas zohor. Lama lagi. Selamat ada bilik kat rumah penanggah. Memang terbongkang la bersama shay. Tapi lelap sekejap je la.

Siap2, untuk majlis bersanding. Pening gak la dengan karenah pengantin. Nak itu ini bagai. Nak pegang duit tol bagai. Mana la saya tau sume tuh. Tolong kipas-kipas boleh la kan. Yang penting penat diri lama-lama nak kipas kan pengantin. Takpe2, yang penting kene sentiasa senyum. Supaya gambar dalam setiap camera nampak cantik...ntah2 nanti abang foto crop gambar i..celaka!!!!

Selesai majlis sanding. Alhamdulillah.... sekarang saya dah tau la camne rasa jadi pengapit. Ada orang cakap kalu jadi pengapit turn kite adalah next. Ada pulak yang cakap kalau selalu jadi pengapit, jodoh kite lambat lagi. Maka saya ambil pendapat kedua. Sape2 nak tempah i jadi pengapit?????

Selessai. Balik lalu muar. Lalu depan sekolah lama. Nak ambik gambar tapi macam segan nak turun. Terus ke melaka. Singgah rumah kak ngah. Tidur n bangun semula, mandi dan gerak balik. Singgah makan kat ayer keroh n terus ke bangi. Jalan jem, down!! Kul 1030 sampai umah.

Sekian.

Thanks kak ngah bagi tumpang tido jap. Sori la ye tak tolong kemas umah.


*pengapit terlampau....