mari ikuti blog ini....

Friday, November 18, 2011

Please say YES!

Di kala kesempitan masa, sempat jua menghadap blog yang setia ni. eh, memamg lah setia. Kalau dia ada kaki pun sudah pasti dia akan lari jauh-jauh. (saya taip ni dalam Words. Atas ni ada story anuar zain yg dari semalam tak siap-siap).

Bila update blog sah2 keje ko tgh merengse kan. Yeahhh. Tgh konfius. Mahu fokus pada yang satu atau mungkin mencuba dua dalam satu. Orang cakap tak baik kita tamak nak amik semua. Tapi yang satu ini belum tentu memberi kepastian. I kan memang tak suka tunggu-tunggu ni. dalam hidup i kena ada pasti YA atau TIDAK!

So, sekarang i nak cari kepastian dalam hidup. Iaitu menyiapkan kerja i sebelum mak hayam i letak surat berambus atas meja i ni... sekian. I nak pura-pura rajin depan pc sehingga jam 6 ptg. Malam ini Muzik-muzik semi final. Tgk di rumah mungkin lebih baik.

Thursday, November 10, 2011

Terima kasih kalian

Hati tidak keruan entah kenapa. Akal tidak dapat menafsir apa kata hati. Adakah sistem ini tidak lagi berfungsi untuk menterjemahkan apakah tidakan yang wajar. Susah bila akan dan hati tidak selari. Takut nanti tersungkur pabila melangkah. Pincang pabila berkata atau mungkin kabur pandangan bila melihat.

Penat. Memang penat. Semua serba tak kena. Gelap. Tak nampak sebarang cahaya di hadapan. Maka, mana jalan untuk melangkah. Takut untuk ke kiri dan kanan belum tentu ada pasti.

Setakat ini saya masih tersenyum. Di sisi teman-teman. Gelak ketawa dan riang. Syukur ada mereka. Terima kasih kalian.

Bicara soal hati. Biarlah sendiri je yang tahu. Eh, kalau dah masuk soal hati ni jgn nak skema sgt..errrrmmm... I tak tahu la skrang ni. Ye2, memang I mudah suka kat orang. Awak pegang tangan pun, saya boleh jatuh cinta. Tapi saya tak de kuasa nak baca hati awak. So, saya tak tahu apa yg awak rasa. Kalau ini permainan awak, saya tak main sgt main2 game cinta ni. Kalau stupid zombie or jewels bleh la. Tolonglah awak.

Mungkin silap saya suka sangat kat awak. Tapi awak pun beri jalan yg selesa utk saya pada awal nya. Saya tak tahu ape maksud segala apa yang telah berlaku. Harap2 bukanlah sekadar permainan awak utk kelebihan diri awak.

Ok, setakat ini, keputusan saya adalah untuk berundur. Sebelum saya makan hati, baik saya makan nasi. Takut nnti saya yang rengse. Padan muka sendiri.

Kalau awak sayang saya, bahagianya saya. Tapi saya pasti macam tak mungkin je.

Awak jaga diri baik2.

Monday, October 3, 2011

TEGUH!

Mengantuk yang teramat sangat ni. Sehingga terlelap seketika tadi. Saya yakin ini adalah akibat gangguan tido malam tadi. Kerana semput dan rasa nak demam, maka badan rasa sejuk yang teramat sangat. Bukak kipas slow je, pastu tak pusingkan (satu hala je). Kiranya kipas dinding je. Hahahah...(ok bos lalu).

Ketika bergelut dengan kesakitan malam tadi, sempat terfikir untuk MC hari ini. tapi pagi tadi terjaga dan rasa mcm sihat je. So tak jadi la nak g MC. Siap-siap dan terus berkhidmat untuk negara. Pagi-pagi tadi juga dengar dua orang housemate saya memekak. Entah isu apa yang mereka bincangkan, saya sendiri tidak tahu. Bising bangat!!!! Apa kan daya, tahan sahaja dan sambung tidur buat seketika.

Ok, mata dah hilang sedikit rasa mengantuk. So mahu sambung buat story Heechul. Tu stroy yang aku buat dari pagi tak siap-siap.

Sekian.

dan kemudian hujan turun membasahi bumi. ok, ini mungkin mengundang mengantuk kembali. TEGUH!

Thursday, September 29, 2011

Bersatu...

Betul org cakap sebenarnya bekerja dengan otak lebih penat. Apa lagi utk memikirkan pelbagai macam perkara. Bukanlah masalah kerja sangat. Alhamdulillah, now keje ok sahaja. Semua berjalan lancar.

Tapi yang kurang memberangsangakn ialah apabila perkara-perkara lain yg asyik nak menguji tahap pemikiran ni. Kadang-kadang bukanlah penting sangat. Tapi kalau asyik menerpa dalam otak, penat den nak fikirkan.

Hati dan akal tidak bersatu membentuk satu rasa. Waahhhhh.... Ayat nak over je. Betul la. Serabut bila rasa macam ni.

Boleh tak lupakan seketika semua itu dan lakukan apa sahaja yg di depan mata.

**cantik layout baru org buat ni. org saja je suka2. errmmm...dah lama tak ber'org'....errmmm....

Wednesday, September 28, 2011

Pelengkap Profile

Maybe sebab keje i adalah penaip story yang banyak2, makanya i mmg malas untu menaip log ini. penatlah berfikir menyusun ayat untuk setiap baris kata. Sebab itulah blog ini adalah sekadar hiasan dan pelengkap profil kehidupan zaman IT. Ok. Itu sahaja buat kali ini. lain kali lain cerita.

Monday, September 5, 2011

25 tahun 1 syawal

Seriusly mode agak kurang memberangsangkan petang-petang ini untuk bekarya. Konon je dari semalam semangat untuk bekerja, lepas dapat nasi goreng kat kantin masa breakfas td terus je jadi malas, kuyu, kaku, lesu dan sebagainya. So curi masa untuk blog seketika.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Alhamdulillah sempat kita menyambut kemenangan Ramadhan 1432 Hijrah.

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yang ke 25. Yeahhh. Pertama kali menyambut birthday pada 1 Syawal. Agak teruja jugak la. Bukan senang kan nak sama tarikh dengan raya. Suku abad dipinjamkan nyawa oleh NYA. Terima kasih atas segala doa dan ucapan.

Azam tahun ini adalah untuk mengumpul wang simpanan dan juga ingin berbuat baik kepada anak-anak. Teeha, Iman, Ais, Izzat n Fya. Pak su sayang semua.....

Raya tahun ini seperti biasa tugas saya adalah tolong mak di rumah. Sempat la belajar beberapa resepi. Tapi macam dah lupa. insyaAllah warisan resepi mak akan kekal sepanjang zaman. Gitewwwww... (i mask kuah kacang n sambal tumis. Rendang belum berani nak cuba lagi).

Aktiviti Melaka masih seperti tahun lepas. Empat rumah kali ini. Damien, Alan, Kak Ngah n Cilut. Cuma ahli rombongan kali ini agak sedih. Saya dan kamal sahaja. Yang lain tidak dapat sangat nak join.

Ok. Itu sahaja cerita raya saya. sebab mmg tak ade cerita. 1, 2 ,3 raya duduk rumah sahaja. Kerja buat air, basuh cawan, buat air, potong kek, potong ketupat, itu dan ini.

Sekian.

**nnti kite story lain k

Thursday, August 18, 2011

Carolina Herrera

Pejam, celik, pejam dan kembali celik semula, kita sudah menghampiri Syawal. Alhamdulillah, puasa tahun ini berjalan dengan lancar. Nafsu mmg sukar dibendung. Mujur iman dan akal masih berfungsi untuk menafikan tindakan dan perihal nafsu. Kata kau!!!!! Ko dah ponteng puasa kan? Diam!!!!

Persiapan raya rasanya masih belum cukup lg kot. Baju melayu pun belum amik lg. Jangan terlupa sudah lah. Lain2 lite2 sajork. Tak yah nak raya sangatlah. Ko dah dapat carolina herrera cukup lah. Thanks mak!!! Lain2 persiapan tunngu nak raya nanti untuk beli barang2 rumah. Biasa mak yang akan uruskan. Tugas saya hanyalah membawa mak membeli je. Tapi tahun ni saya nak beli sendiri la. Belajar la beli barang rumah untuk raya. Baik!!! Bahau, tunngu nnti I datang shopping k.

Lepas habis deadline raya ari tu, kat ofis tak la busy sgt. In fact, tak keje sebenarnya. Having fun with my angry bird n browsing je keje. Next week mungkin busy skit.

Saya masih belum makan nasi kerabu wan atiq untuk ramadhan kali ini. Tak sempat lagi. Minggu dpn la. Eh eh..minggu dpn satu lagi dah nak raya. Eh eh birthday saya!!!! Jangan nak raya sgt. Ingat bday saya tau.

Pc n blog i kene ceroboh..celaka la nuar!!!hahah... ko baca kan....

*** awak, jom bercinta.. saya panggil awak Sang Jiwa lah.;