mari ikuti blog ini....

Wednesday, November 10, 2010

Durja Ningsun dan metamorfin

Mari curi sedikit lagi masa untuk blog. Tapi hari ini boleh curi masa banyak skit kot. Tak pe, untuk diri sendiri saya izinkan. Tidak ada yang menarik sangat hari ini kecuali kes2 di surat khabar tentang bunuh dan dibunuh. Sedih bukan? Lebih sedih lagi apabila kes2 melibatkan ahli keluarga. Si mati terbunuh akibat di tetak oleh keluarga sendiri. *istifar*.

Sila rujuk kosmo dan juga utusan untuk laporan lanjut.

Sebagai pihak ketiga, susah nak tafsirkan apekah di sebalik setiap kejadian. Memang kalu ikut hati dan nafsu kita akan cakap semua itu gila dan pembunuh memang layak di hukum mati. Atau mungkin orang akan cakap Tanggang sekarang bukan sahaja kurang ajar malah sudah bertindak lebih dengan membunuh.

Kalau ikut waras akal, perkara begini memang tak sepatutnya berlaku. Punca2 kejadian juga adalah suatu yang menjadi masalah besar dalam masyarakat. Masalah dadah dan juga kuasa mistik. Perkara yang memang tak boleh kita terima. Betul tak??

Apa kita boleh buat sebagai masyarakat sekeliling? Kalau setakat baca paper dan sedih mungkin belum cukup untuk elakkan perkara ini berlaku. (i cakap untuk diri sendiri). tapi apa kudrat kita untuk atasi semua tuh? *sigh*

*al-fatihah*

Tuesday, November 9, 2010

Sila Jawab Guna Pensil 2B

I tak tahu la sama ada blog ini ada pembaca atau tidak. I harapkan ada la yang sudi baca dan berkongsi cerita di alam maya ini. ok, hari ini i nk tanya pendapat semua.....

Mungkin ada yang tahu siapa diri i sebenarnya dan ada yang tahu apa i buat kan. begini, i pernah terfikir untuk buat entry berkaitan dengan kerja2 i. kalau i update story2 berkaitan kerja i rasa u olls sure suke sebab nak tahu gosip2 kan...haiisshh.. tak baik tau...

Actually i buat blog sebab kat sini lah i nak lari dari kerja. Menaip bukan cerita kerja dan secara bebas i boleh cakap ape2. tapi ada gak berpendapat i boleh share berita-berita sensasi kat sini. Errrrrmmmmm... nnti dah jadi macam i buat kerja kat blog ni.... cmne??

U olss nak gosip? Atau mungkin lebih baik seperti biasa kita kongsi cerita yang bukan pasal kerja?

U olss nak camne?

Sebagai pendahuluan i nak bgtau gosip ....... tak de gosip....lalalala...

Ala, lagipun dah banyak blog2 yang cerita pasal gosipkan..so i tak nak la terlibat sama....

One World Hotel

Ada banyak masa untuk blog hari ni. Yela, semalam di ofis sehingga jam 3 pagi. Maka selepas deadline memang masa untuk suka ria seketika di ofis sebelum keje2 akan datang lepas ni.

I tak de hutang CHM kan? Last weekend pun tak buat apa2. tak de aktiviti menarik pun. Tapi bila bersama perempuan gila dan wanita portugis adalah aktiviti paling best. Cuma sekrang ni i rasa nak mengeluh. Sebab i rasa i dah lama tak rehat yang betul2 rehat. Dah lama i berangan nak g bercuti. At least duduk kat hotel bangun tido lambat. Swimming kat pool dan jalan2. ntah bile la i boleh buat sume tuh. Masalah paling utama adalah $$$$. I bukanlah orang kaya yang boleh petik je nak pegi mana kan. Tapi kalau dapat duduk hotel area2 kl pun ok. Ada sapa2 nk spedo or ajak i bercuti? I nk cuti free... camne? Boleh tak? Jangan nak berangan!!!!!

Hari ini i dah tak nak berangan lagi pasal Sang Indah, Sang Setia atau sebagainya. Walau pun mungkin Sang Setia ada respon positif tapi malas nak fikir buat seketika. Seketika bermaksud sampai selesai i tulis entry ni. Lepas tuh sure lah i akan berangan balik.

Hari yang sangat mengantuk sebab tak de kerja. I dah baca GLAM lelaki dari kulit ke kulit. Bukan mudah i nk buku ni. Nak exam pun i tak baca kulit ke kulit. Sebab bosan, sume i baca. Dan baca blog top to toe. Selalu kalau panjang2 i jarang nak baca.

Jap2... i ada keje..nak call Nur Amina...

ikan kembung masak ladprik

U olss, sekarang jam menunjukkan pukul 12.45 tgh malam ye. Cube teka i kat mana sekarang?? I masih kat ofis ye.....sgt gigih mencari sesuap nasi. Kata ko!!!!

Ahad lepas i gigih ke kolam renang dgn harapan dapat jumpa Sang Indah. Tapi sedih..mungkin bukan jodoh dgn Sang Indah. Tapi yang pasti Sang Setia tidak mengecewakan. terbaik!!!!!

Sekian.

Thursday, November 4, 2010

mihun sup tak nak seafood

sangat rindu pada wanita portugis dan juga perempuan gila itu....dah lama tidak mengkeji antara satu sama lain.bile lah boleh lepak sama kan...esok pulak sah2 la tak boleh sbb cik nina nak raya...errrrmmmm...jom.....

apelah costum cik nina esok???

Tuesday, November 2, 2010

MENUJU PUNCAK!!!!

sebelum keseronokan di pd seperti yang digambarkan dalam entry sebelum ini, ada satu lagi keseronokan yang berlaku sebelum bergerak ke PD.heheheheh...actually dah lama memang memasang niat nak lakukan aktiviti ini. barulah sabtu lepas kesampaian. jom mendaki broga....

plan nak ke broga dah buat seminggu awal, ateem dah roger cakap nak naik broga. i pun on jah....tapi i down la kan sebab kul 4.30 dah call i kononya kul 5 berkumpul. tapi akhirnya tetap i menunggu manja di patronas sek 15.

sampai kay kaki bukit broga masa tuh still gelap lagi. lupa lah pulak nak bwk torch lite, makanya jalan ikut org depan je la. memang seronok sebab bergelak ketawa dan yang paling penting adalah pose2 sambil mendaki. yessssss....

dari satu puncak ke puncak yang lain. pelbagai pose kami lakukan. demi tak nak kalah dengan min maka gigih ke puncak broga yang betul2 puncak. sampai je atas puncak cuaca memang mendung teramat. cepat2 kami pose atas batu sebab nak turun balik. baru je nak gerak turun hujan turun mencurah-curah. sangat takut ketika itu ye. gigih jugak turun perlahan2. hujan tak lah lama, tapi bila dah hujan sah2 la jalan licin kan. maka sangatlah mencabar ketika nak turun bukit. bahaya ye... tapi tetap seronok...

alhamdulillah selamat sampai ke bawah. walau pun cerita i lite2 je, tapi i rasa u olss dapat rasakan keseronokan mendaki bukit broga...yang tak tahu sila google ye. dan yang lebih seronok adalah bersama rakan2...dah la memang dah lama tak jmp diorng......thanks korang!!!!

ahli2 broga - ateem, intam, fareed n pejul....
spt biasa gambar dalam fb k.

CHM...staff day

Mari kite berblog sekejap. CHM kembali lagi. Kali ini memang menarik. I ke PD untuk staff day. Perkataan pertama, SANGAT SERONOK!!!!!!

Percaya atau tidak ini adalah staff day pertama bagi i. walaupin dah byk keje i pindah2. i tak tahu la camne nak gambarkan keseronokannya. Dari hari sabtu sampai isnin. Sukanneka, bbq, polo air, volleyboy dinner dan segalanya. semuanya seronok. Yang paling best semuanya sporting nak join sama dan bersuka ria. Jerit2 bagai. 3 hari dua malam kat Pemaisuri Resort memang best. Walaupun sampai rumah badan sakit2.

few moment2 yang tak boleh lupa .....

kena benam dalam air oleh abg boy (tunggu pembalasan tahun dpn)

gambar lompat2 tepi pantai – tak kisah lah org tgh final volley ball kan...tetap lompat2 bergambar.

Kak azie kene benam oleh nazirul – ko mampu.

Negeri Sembilan kalah bola masa kami tgh ber BBQ.

Malam dinner menari ramai2, siap bos pun sama joget dan poco2....bos ko mampu!!! Pn. Zu mmg terbaik....

JIKA KAU TAK DATANG!!!!

semua moments bersama rakan2 sekerja. Thanks bos, bos2 besar, kakak2 n abang2, semua rakan....luv ya!!!!

- gambar tunggu la ye.. tak pun sila ke FB saya.