mari ikuti blog ini....

Wednesday, February 9, 2011

cuti kah??

Mari kite cite2 pasal cuti raya cina yg lepas. Cuti? Hadooooooo......issshhh...tak baik tau... jom...

2 Feb

dengan semangat yang membara dan berkobar-kobar, dan jiwa membara lepas keje terus blk shah alam amik mak dan terus bergerak ke melaka. Penuh angan2 dan cita2 untuk cuti2 di melaka. Sampai melaka, amik izzat n terus ke dataran. Tunggu kak ngah balik pastu makan n blk umah tdo utk hari esok.

3 Feb

Tema cuti kali ini adalah jalan2 cari makan. Tapi sebab bangun lambat maka sarapan pagi di rumah sahaja. Hahahaha. Keluar pun dh tgh hari. Sesi makan pertama di secret recepi dataran pahlawan. Erk!!!! Kan kl pun ada kan... tak pelah. Jalan2 sekitar dataran, shopping2 skit. Dan lepak big apple.

Petang g melawat rumah baru kak ngah n balik rumah. Malam tak kuar sebab izzat kurang sihat.

4 Feb

Pagi2 dah dapat call bgtau mak lang dah agak sakit di hospital. Maka dengan kadar segera bergegas ke hospital seremban. Dan secara otomatik percutian di melaka tamat!!! Sedih tak?? Tak pe....

Balik dari hospital singgah rumah cik anie. Ada house warming. Selepas itu terus pulang ke shah alam. zzzZZZzzz....

5 Feb

HAPPY BIRTHDAY to KAK LONG!!!!

Pagi2 dah bangun dgn semangat nak ke jelebu. Jue bertunang. Bangun pagi ke? Emy siap marah lagi sebab lambat sampai. Maaf ye semua orang.

Alhamdulillah Jue selamat bertunang. Yang paling penting ke jelebu adalah balik maktak!!! Memang terbaik!!!! Rindu sangat. Melawat kelas lama. Yg penting lebih best kat 3 al-razi kedudukan sama macam saya f3 dulu2. waaaa....sudah 10 tahun tinggalkan maktab. Makanya sudah tua!!!!!

Sebelum balik sempat singgah restauran fatimah. Tempat selalu lepak time outing dulu kat kk. Puas!!! Pic?? Sila ke FB.

Sampai seremban sempat melwat mak lang kejap n balk semula ke shah alam. Tgh malam jugak sampai rumah. Makan mcD dulu dgn mak. Blk tdo....

6 Feb

HAPPY ANNIVERSARY to KAK LONG n ABG ZUBAI!!!!!

Bangun tdo, siap2 n keluar ngan mak ke shah alam. Ke sacc. Tak mahu cakap byk. Terima kasih kat mak saya yang tersayang. Tu je yang mampu saya cakap.

Lepas anta mak blk shah alam, siap2 nak balik bangi. Otw balik bangi pulak mak call suh patah balik. Katanye mak lang dah tak sedar. Terus la saya patah balik. Amik mak n terus ke seremban.

Otw ke seremban dan call bgtau mak lang dah tak de. Innalillah.......

Terusla perjalanan ke seremban untuk ziarah. Malam tdo seremban smp esoknya untuk pengkebumian.

7 Feb

sehari di seremban sehingga selesai kebumi sebelah petang. Nak stay smp malam mcm dh tak mampu sbb letih sgt. Maka terus la blk bagi dan memulakan kerja selepas cuti.

Maka itulah percutian untuk tahun baru cina.

Al-fatihah buat arwah mak lang. Semoga roh dicucuri rahmat. Mintak ampun n maaf kalau adie ada buat salah. L

Sepanjang kat melaka puas bersama izzat. Rindu lagi sama itu budak. Sekarang rindu jugak sama yg lagi tiga. lama tak jumpa mereka sebab g bercuti.

Jom kerja!!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

  1. salam

    cuti kira okeh laa kan...
    tapi lama juga bercuti ni..;)

    ReplyDelete