mari ikuti blog ini....

Monday, September 27, 2010

Cerita Terkumpul.

Sudah lama tidak blogging. Mari curi masa sekejap untuk blogging. Jom.....

Banyak cerita yang tertinggal. Bermula cerita raya sehingga hari ini. Macam2 berlaku. Of course la kan. Bukannya saya duduk dalam hutan yang tak nampak orang lain. Simple n padat. Mari kite mula.

RAYA

Tahun ini semua beraya di Palong. Alhamdulillah semua dapat balik beraya bersama. Semua bermaksud keturunan anak2 Mustafa Kamil. Sangat seronok rumah ramai orang. masak ramai2 dan makan ramai. Dan seperti biasa apabila berkumpul ia bermaksud pesta makanan. Jgn risau pasal makanan ada sahaja untuk di makan.

Tak banyak program raya tahun ini. Lbh banyk dok rumah je. Tak banyak jugak jalan raya. Sebab faktor ekonomi dan juga lebih suke untuk duduk rumah. Tak tahulah kenapa tahun ini saya rajin sgt duduk rumah. Baik kan.

Cuti raya 10 hari. Duduk palong pun tak lama. Dah siap sume beraya, kembali semula ke bumi Shah Alam. Dan yg pasti rumah intana tercinta.

Isnin 20hb dh start keje.

MELAKA

Raya ke-4 sempat beraya ke Melaka. Seperti tahun lepas tak banyak rumah. Just rumah alan n cilut. Aktiviti juga tak banyak berubah. Jalan2 n karoke.

Tapi raya melaka tahun ini saya tak kan dapat lupakan. Nak cerite??? Ade entry khas untuk raya. Kemudian lah ye.

SAYA SANGAT SUKE MELAKA!!!!!!!!

KERJA

20hb dah start keje setelah lama cuti. Masuk keja memang tak de keje sangat. Just dok dpn pc n online. Tak de esaimen jugak. So memang tak buat ape2. *sigh*

tapi saya dapat khabar gembira. Yeeaaahhhhh...insyaALLAH lepas ni akan berstatus tetap. Alhamdulillah....

rindukan deadline dan busy2. bosan jugak kan ble tak de kerja.

OPEN HOUSE

Tak banyak lagi open house yang saya pergi. Jemputan ade la jugak sikit2. insyaALLAH ada masa saya datang.

Makan2 di intana semuanya berjalan lancar. Terime kasih yang datang. Salah silap serta kekurangan harap di maafkan.

No comments:

Post a Comment